Bab 5

327 5 0
                                    

"Penat hari ni kerja Haqiem?" tanya Puan Khadijah.

"Boleh lah. Ummi Haqiem naik mandi dulu ye" balas Haqiem lalu memanjat anak tangga untuk ke biliknya.

- - - - - - - - - -

Haqiem membuka telefon pintarnya apabila terdengar bunyi menandakan mesej masuk.

Unknown- Assalamualaikum, terima kasih sebab selamatkan saya tadi.

Haqiem- Waalaikummussalam, sama-sama.

Unknown- Thanks jugak sebab bebaskan saya dari masuk lokap.

Haqiem- Awak mungkin bebas dari penjara dunia tapi mungkin awak akan terperangkap di penjara akhirat. Saya harap lepas kejadian yang berlaku ini awak ambil iktibar. Berubah lah ke jalan yang benar.😊

Seen.

"I hope you can change your attitude and then i will marry you one day." Haqiem berkata-kata.

Nampaknya Haqiem sudah jatuh cinta dengan seorang insan yang bernama Ellissa Arina Aqilah. Namun, dia mesti mengubah Ellissa terlebih dahulu.

Haqiem tidak mudah jatuh cinta tapi dia telah tewas dengan cinta pandang pertamanya terhadap Ellissa.

- - - - - - - - - -

"Hmm...mampu ke aku untuk mengubah diri ke jalan ye benar? Aku takut aku tetap hanyut dengan perkara-perkara haram ni lagi" Ellissa sedang memikirkan arah tujunya selepas peristiwa yang berlaku padanya malam semalam.

"Woi! Kau termenung ape? Weh macam mana kau boleh lepas dari polis-polis kat kelab malam tu? Is kau tu macam mana? Macam mana kau lari? Nasib lah lepas aku nasihat kau aku terus balik..kalau tak sekali dengan aku kena angkut masuk penjara." berdas-das soalan yang keluar dari mulut Ayu.

"Is dah kena tangkap." Ellissa menjawab lemah.

"seriously? Habis macam mana kau boleh lepas?" Ayu masih lagi mengajukan soalan.

"Ada polis selamatkan aku. Time tu Is tengah cuba nak dapatkan badan aku..tapi aku tak bagi. Nasib baik ada polis tu tolong aku, lepastu dia bawak aku pergi hospital." jelas Ellissa.

"Patutlah kepala kau berbalut macam ni. Kau okay tak?" tanya Ayu sambil memegang tangan Ellissa.

"Aku okay lah bongok! Kau tengok aku selamat je kan sampai rumah? Tapi kan.." Ellissa membalas.

"Tapi ape sakai? Kenapa dengan kau? Weh cakap lah tapi ape?" bertubi-tubi lagi soalan yang Ayu keluarkan.

"Tapi polis tu suruh aku berubah. Dia siap tawarkan diri dia lagi untuk tolong aku berubah ke jalan yang benar. Tapi aku takut aku tak mampu tinggalkan semua perkara haram tu" suara Ellissa kedengaran bergetar menahan sebak.

"Trust me. Kalau kau betul nak berubah, teruskan niat kau. Aku ada kat belakang untuk support kau. Jom sama-sama berubah nak?" Ayu mengajak.

"Betul ke kau nak berubah? Kalau betul aku nak bagitahu Emir." balas Ellissa.

"Haqiem? Who is that?" Ayu pelik. Setahu dia Ellissa tiada kawan lelaki yang bernama Emir.

Lorong HitamWhere stories live. Discover now