Bab 15

173 9 0
                                    

"Terima kasih doktor."

Encik Yusuf menuju ke wad yang menempatkan Haqiem.

"Haqiem masih lagi koma, melalui pemeriksaan doktor tu cakap Haqiem berkemungkinan akan hilang ingatan." Kata Encik Yusuf kepada semua orang.

Air mata Ellissa mengalir lagi dan lagi. Dia tidak lagi mampu menahan air mata daripada jatuh. Begitu juga Puan Khadijah.

"Siapa tadi? Ayu? Er apa kata kamu bawak kawan kamu ni balik dulu. Bagi dia rehat. Muka dia dah pucat sangat tu. Apa-apa nanti pakcik bagitahu Rizuan." Encik Yusuf menyuruh Ayu membawa Ellissa pulang.

"Baik pakcik."

- - - - - - - - -

"Kau taknak makan ke Ellissa? Dari petang sampai sekarang kau tak makan lagi. Jom lah makan." Pujuk Ayu.

"Taknak. Kau makan lah sorang-sorang." Kata Ellissa.

"Hm..nanti kalau kau nak makan turun lah bawah tau."

"Hmm..Ayu?" Panggil Ellissa.

"Ye?"

"Kau rasa semua ni salah aku ke? Kau rasa dia lupa aku tak? Aku kecewa dengan diri aku sendiri." Ellissa menenung cincin yang tersarung dijari manisnya.

"Tak ni bukan salah kau. Dah jangan nangis-nangis dah. Mata kau dah sembab lah Ellissa. Dia takkan lupakan kau sebab kau cinta sejati dia. Trust me." Ayu cuba memujuk hati Ellissa.

"Dah la aku nak tidur. Kau keluar lah."

Hati Ayu terasa berat untuk meninggalkan Ellissa bersendirian di dalam bilik. Takut terjadi apa-apa, bff kan?

"Harini aku temankan kau tidur lah. Kesian aku tengok kau macam ni."

"Hm..." Balas Ellissa sepatah membenarkann tindakan Ayu.

- - - - -

"Kau busy tak? Jom teman aku pergi hospital." Ajak Ellissa.

"Okay. Aku nak siap jap." Balas Ayu.

1 minit
.
2 minit
.
3 minit

"Ayu!" Jerit Ellissa dari bawah.

"Ye! Kejap lah." Balas Ayu.

Setelah 10 minit, Ayu turun ke bawah dengan pakaian tadi.

"Asal tak siap lagi?"Tanya Ellissa.

"Sorry weh. Aliff ajak aku keluar pulak. Kau pergi sorang naik kereta aku boleh?" Terang Ayu sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"Hm..takpelah. Aku gi sorang je. Kunci?" Balas Ellissa.

"Ada kat atas meja tu. Aku gi siap dulu eh jap lagi Aliff datang amik aku. Take care Ellissa."

"Take care too beb."

- - - - -

"Adik ni siapa eh? Dah lama sebenarnya acik nak tanya kamu." Tanya Puan Khadijah.

"Saya kawan Emir." Jawab Ellissa.

"Ouh. Cantik orangnya, bertudung. Manis je dipandang." Puji Puan khadijah.

"Emir dah banyak ubah hidup saya makcik." Kata Ellissa sayu.

"Betul ke kamu ni sebenarnya kawan je dengan Emir? Tiada hubungan? Takkan Emir tak cair dengan perempuan yang bertudung macam kamu ni."

"Sebenarnya sebelum Emir kemalangan, dia ada melamar saya." Balas Ellissa dan tanpa dia sedari air matanya mengalir.

Air mata Ellissa dikesat oleh Puan khadijah.

"Dah jangan nangis." Puan Khadijah tersenyum ke arah Ellissa.

Senyuman Puan Khadijah disambut oleh Ellissa.

Tiba-tiba jari Haqiem mula bergerak-gerak.

"Emir?" Panggil Ellissa apabila melihat Haqiem membuka mata.

"Doktor! Doktor!" Jerit Puan Khadijah sambil menangis kegembiraan.

3 minit kemudian.

"Boleh saya berjumpa dengan salah seorang keluarga Haqiem?" Tanya doktor yang merawat Haqiem.

"Saya."

"Ellissa, kamu tunggu sini ye. Temankan Haqiem." Arah Puan Khadijah.

"Baik makcik." Balas Ellissa sambil tersenyum.

"Haqiem, ni saya Ellissa."

"Si..si..apa..ka...kau." Tanya Haqiem tergagap-gagap.

"Ni saya Ellissa. Awak dah lupa saya ke? Awak ada melamar saya sebelum awak kemalangan hari tu." Ellissa cuba menahan air matanya dari jatuh.

"Aku tak kenal kau!" Suara Haqiem kini meninggi.

Ellissa hanya diam dan mampu menangis.

"Arghh!" Jerit Haqiem tiba-tiba.

"Haqiem!"

Haqiem memegang kepalanya.

"Doktor!" Jerit Ellissa.

Ellissa menekan emergency button yang berada berdekatan katil Haqiem.

"Cik sila keluar sebentar untuk kami buat pemeriksaan." Kata salah seorang jururawat.

"Okay." Ellissa memberi kerjasama dan terus keluar.

Dalam masa yang sama, Ayu tiba di luar wad Haqiem.

"Ellissa, kenapa kau menangis?" Tanya Ayu.

"Di...dia..ta..tak..ingat..a..a..ku.." Air mata Ellissa mengalir lagi.

"Kenapa malang sangat nasib aku?"

Ellissa terus berlari keluar dari hospital tanpa hala tuju.

- - - - -

Sorry for this late update. Keep support Lorong Hitam okay?

Please jgn jadi silent readers ye🙃 lps bce hrp vote

Lorong HitamWhere stories live. Discover now