Setelah pintu bilik Yoongi itu ditolaknya perlahan, mata Hoseok melilau memandang sekeliling bilik itu yang kemas dan terjaga. Tidak seperti biliknya yang bersepah sampaikan lantai nak pijak pun tak kelihatan.
Tanpa membuang masa, Hoseok terus melakukan tujuannya masuk ke bilik Yoongi tadi. Almari milik Yoongi dihampiri sebelum dibuka. Terpampanglah baju baju yang disangkut rapi dan dilipat kemas.
"Kat mana dia simpan ni.. takkan dia bawa sekali." Hoseok berkata seorang diri seraya tangannya ligat menyelak lipatan baju baju untuk mencari sesuatu.
Tidak sampai seminit, sesuatu yang ingin dicarinya akhirnya berada dalam genggaman tangan. Hoseok membelek belek sebotol ubat yang masih berisi. Namun hampa, dia tidak menemui apa apa tulisan atau petunjuk untuk mengetahui jenis ubat tersebut.
"Apa perlu aku buat?"
Dagu dimain-main. Tidak berapa lama kemudian, Hoseok memetik jari seakan mendapat idea.
Hoseok lantas bangun dan mendapatkan sweaternya. Sebelum pergi, pintu rumah dikunci terlebih dahulu untuk keselamatan rumah. Hoseok tergesa gesa ke simpang kawasan perumahan mereka dan menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
"Encik nak pergi mana?" soal pemandu teksi ramah.
"Bawa saya ke klinik yang dekat dekat dengan kawasan ni ya?" pinta Hoseok lalu tersenyum ke arah pemandu teksi tadi.
Lebih kurang 15 minit perjalanan, Hoseok tiba di hadapan sebuah klinik. Sebaik sahaja membayar tambang, Hoseok lantas masuk ke dalam klinik tanpa ragu-ragu lagi.
"Eh, encik. Encik ada buat appointment ke?" tahan seorang jururawat yang bekerja di klinik tersebut. Mukanya agak panik apabila melihat Hoseok yang seperti menyerbu klinik itu lagak pengebom berani mati.
"Err tak, ni saya nak jumpa doktor sekejap sahaja sebab nak tanya pasal ubat ni." Hoseok mengeluarkan sebotol ubat dari dalam kocek seluar dan ditayangkan kepada jururawat tadi.
"Oh sebentar ye, encik? Saya tanya doktor dulu."
Hoseok hanya mengangguk faham lalu duduk sebentar di ruang menunggu sementara jururawat tadi masuk ke dalam bilik doktor. Tidak lama kemudian, Hoseok bangun semula apabila pintu bilik doktor terbuka. Terpancul jururawat tadi.
"Doktor minta encik masuk sekarang."
Hoseok lantas melangkah masuk, sambil mengucapkan terima kasih kepada jururawat tadi."Ubat apa yang awak nak tanya tu?" soal seorang doktor lingkungan 40-an dan tertera nama 'Dr.Seojoon' di tag nama pada baju doktornya.
"Ni. Saya nak tahu ni vitamin untuk apa?" Ubat Yoongi diberikan pada doktor tadi. Dr.Seojoon membuka botol ubat itu lalu sebiji pil diambil sebelum dibelek belek penuh tekun. Dahinya sedikit berkerut melihat pil tadi.
"Awak punya ubat?" soalnya pada Hoseok.
"Tak. Kawan saya."
"Oh, kawan awak mesti tanggung beban yang sangat berat."
Mendengarkan itu, Hoseok menarik muka pelik.
"Ni bukan vitamin. Ni ubat tahan sakit yang diambil oleh orang yang menderita kanser. Dah berapa tahap kanser kawan awak tu? Boleh saya tahu?"
Hoseok terkedu seribu bahasa. Air matanya mula bergenang di kelopak mata. "Kan-kanser, doktor?" soalnya ingin kepastian.
"Ya. Eh, encik okay ke tak ni?" tanya Dr.Seojoon apabila terpandang air mata yang turun perlahan di pipi Hoseok.
Hoseok laju menepis air matanya lalu botol ubat Yoongi diambil semula dari genggaman Dr.Seojoon. Tanpa menjawab soalan doktor itu, Hoseok bangun dan menunduk hormat sebelum keluar meninggalkan Dr.Seojoon yang terpinga pinga.
Hoseok mengambil teksi sekali lagi dan pulang ke rumah. Sesampai sahaja dia di dalam rumah, air mata yang ditahan tadi tumpah semula. Perlahan dia meletakkan ubat Yoongi di tempatnya seperti selalu.
Dengan perasaan yang masih sedih, Hoseok memasak nasi goreng kegemaran Yoongi memandangkan lelaki itu akan balik bila-bila masa sahaja sebentar lagi. Usai, dia mengambil rehat di ruang tamu dengan televisyen terpasang tanpa mendapat perhatian Hoseok.
"Ni ubat tahan sakit yang diambil oleh orang yang menderita kanser."
Terngiang kata doktor tadi di benak fikiran Hoseok. Keadaan itu seakan memaksa Hoseok mengalirkan air mata sekali lagi untuk menghilangkan rasa sedih yang bertandang. Muka dibenamkan ke lutut yang dipeluk erat.
"Yoongi.. kenapa tak bagitahu aku? Kenapa tanggung sorang sorang?" ujar Hoseok dengan sedu sedan.
Dalam ketika dia menangis, telinganya menangkap bunyi pintu utama rumah dibuka seseorang. Diganti pula dengan bunyi derapan tapak kaki laju menghala ke arahnya.
"Hoseok.."
Mendengar suara Yoongi itu, Hoseok mengangkat muka lalu pelukan diberi kepada lelaki itu.
"Kenapa ni? Ada apa apa yang buat kau sedih ke?"
'Ada! Kau! Kau yang buat aku sedih!'jerit hati Hoseok.
Entah mengapa dia seperti menolong Yoongi terus menerus merahsiakan hal penyakitnya. Hoseok lantas meleraikan pelukan dan menunjuk ke arah televisyen, menyatakan cerita di siaran yang membuatkan dia menangis.
Yoongi tergelak. 'Dia boleh pula gelakkan aku? Kenapa lakonan kau sungguh menjadi ni ha?' Hoseok bermonolog lagi.
"Macam macam perangai kau ni Hoseok. Aku ingat ada apalah tadi. Rupanya kau tengok sinetron."
Hoseok mencebik. Dan saat itulah dia teringat akan nasi goreng yang dimasaknya tadi. Hoseok lantas mengajak Yoongi untuk makan,
"Nasi goreng? Nak!"
Hoseok agak terperanjat dengan tindakan Yoongi yang melompat keatas belakang badannya. Namun, Hoseok tetap juga ketawa lalu mendukung Yoongi ke dapur.'kan bagus kalau kau gembira tanpa ada apa apa yang kau rahsiakan, gembira tanpa tanggung sesuatu yang menyakitkan kau.' Kata Hoseok di dalam hati lagi.
"Yoongi ah.."
"Hmm?"
'Aku akan cuba. Mana tahu dia terfikir nak ceritakan pada aku sekarang.'
"Tak ada apa yang kau nak cerita ke? Aku sedia nak dengar. Kita kan sahabat."
"Tak ada apa pun. Kenapa? Kau ada apa apa nak cerita?" Soal Yoongi pula.
'Aish, nak sorokkan lagi.'
Hoseok memerah otaknya mencari soalan lain.
"Jadi, sekarang cuba kau cerita pasal impian kau ke?"
"Tengok kau happy selalu dan jangan bersedih."
'Macam mana aku tak bersedih, Yoongi? Macam mana aku nak gembira? Kau.. kau sakit. Tapi, aku akan cuba. Itu impian kau. Impian sahabat aku.'
"Hum Yoongiii~ cerita lah apa apa pasal kau."
Pancing Hoseok lagi. Berharap cerita sebenar keluar dari mulut Yoongi.
"Tak ada apa yang menarik pun lah."
"Kalau macam tu, cakap lah sesuatu. Aku bosan lah nak makan dengan keadaan macam ni."
"Saranghae."
'Pabo. Kenapa kau buat aku nak menangis semula? Kau jahat, Yoongi.'
"Nado.."
Gila tak sayang jugak?
YOU ARE READING
There's a Sad Story Than Sadness +BTS
Fanfiction"Promise me, you won't forget our laughs, our jokes, our smiles, our memories and our friendship." +BTS Friendship's Fanfiction.