More

2K 296 38
                                    

"Yoongi.. saya sarankan awak setuju dengan pembedahan. Kanser yang awak hidap ni semakin teruk."

Entah ke berapa kali ayat itu masuk ke telinga Yoongi. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Sesekali tangannya digenggam kuat untuk menghilangkan rasa sedih yang tiba tiba bertandang.

"Yoongi, awak tak nak sihat semula ke?" Soal doktor lewat umur itu lagi.

Yoongi hanya tersenyum tipis. Dia menghela nafas berat. Dia bukan tidak mahu melakukan pembedahan, tetapi kosnya amat tinggi, 10 kali ganda tinggi dari gajinya. Lagipun, risiko pembedahan itu juga 50-50.

"Ubat pun dah cukup, doktor." Ujar Yoongi perlahan.

Doktor itu diam. Sudah agak dengan kedegilan Yoongi, pesakitnya yang setia dia nasihatkan sejak dua tahun yang lalu.

"Saya balik dulu ya, doktor. Dah malam ni. Nanti kawan saya tunggu." Yoongi bangkit dan menunduk hormat kepada doktor itu sebelum keluar pulang.

Sesampainya Yoongi di rumah, Yoongi dikejutkan dengan suara seseorang menangis datang dari ruang tamu. Tanpa berlengah, Yoongi terus mendapatkan Hoseok setelah pasti itu suara lelaki itu.

"Hoseok.."

Belum sempat Yoongi bertanya lebih lanjut, Hoseok bertindak memeluknya dahulu. Membiarkan Hoseok melepaskan air matanya di bahu Yoongi.

"Kenapa ni? Ada apa apa yang buat kau sedih ke?" Soal Yoongi lalu mengusap belakang kepala Hoseok.

Lelaki itu meleraikan pelukan. Tiba tiba dia menjulurkan jari telunjuknya ke arah tv.

"Cerita ni sedih ya amat! Aku sedih gila tengok cerita tak guna yang dah buat air mata aku jatuh ni!" Hoseok mengelap air matanya kasar.

Yoongi sudah tergelak. Dia duduk disebelah Hoseok yang memandangnya pelik.

"Macam macam perangai kau ni Hoseok. Aku ingat ada apalah tadi. Rupanya kau tengok sinetron." Yoongi berkata diakhiri sisa tawanya.

Hoseok mencebik lalu menyeka sisa air matanya. "Yah, Yoongi. Jom makan. Aku dah masak nasi goreng kegemaran kau."

"Nasi goreng? Nak!" Seperti budak budak, Yoongi melompat ke atas belakang Hoseok. Membuatkan lelaki itu ketawa sambil mendukung Yoongi di belakangnya.

Mereka mengambil tempat duduk dan mula untuk makan. Hoseok tersenyum saat dia terpandang wajah Yoongi yang ceria sambil mengunyah nasi gorengnya.

Hoseok menyepit seketul ayam potong dan diletakkan dalam pinggan milik Yoongi. "Makan. Supaya Min Yoongi ni sentiasa sihat selalu~"

Yoongi berhenti mengunyah. Dia mengambil pandang wajah Hoseok yang tersenyum ke arahnya. Kemudian memandang ayam yang diletakkan Hoseok tadi.

"Terima kasih, Hoseok."

Hoseok tersenyum kecil. Sebelum keduanya menyambung makan dalam keadaan senyap.

"Yoongi ah.."

"Hmm?"

"Tak ada apa apa yang kau nak cerita ke? Aku sedia nak dengar. Kita kan sahabat."  Ujar Hoseok.

Yoongi setia mengunyah. Tidak menghiraukan soalan Hoseok buat sementara.

"Tak ada apa pun. Kenapa? Kau ada apa apa nak cerita?" Yoongi menyoal Hoseok semula.

Hoseok menggeleng. "Ani. Saja aku tanya. Kita makan senyap, sunyi je aku rasa. Kut lah kau ada cerita, tak ada lah sunyi sangat."

Mulut Yoongi berbentuk 'O'. "Tak ada cerita."

"Jadi, sekarang cuba kau cerita pasal impian kau ke?"

"Impian?"

Hoseok mengangguk.

"Tengok kau happy selalu dan jangan bersedih."

Hoseok terdiam seketika lalu ketawa kecil kedengaran dari mulutnya.

"Kenapa kau ketawa?" Soal Yoongi.

"Laa kan kau nak tengok aku happy? Aku ketawa lah."

"Happy.. bukan ketawa tak ada sebab. Itu gila namanya."

Hoseok mengangkat tangan membuat gaya ala mahu mencepuk sahabatnya itu.

"Hum Yoongiii~ cerita lah apa apa pasal kau."

"Tak ada apa yang menarik pun lah."

"Kalau macam tu, cakap lah sesuatu. Aku bosan lah nak makan dengan keadaan macam ni."

"Saranghae."

Hoseok terdiam seribu bahasa. Wajah selamba Yoongi di hadapannya dipandang. Perlahan lahan Hoseok tundukkan kepalanya memandang nasi.

"Nado.."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now