Flies

1.9K 238 8
                                    

"Berani betul kau ya? Memang manusia tak tahu malu ke apa?" Lelaki botak dan bertatu di lehernya itu mencerlung tajam seorang lelaki berpakaian lusuh berdiri di hadapannya.

"Maaf tuan, saya betul betul perlukan duit sekarang. Saya dah tak ada duit ni." Bersungguh lelaki berpakaian lusuh tadi, Pakcik Kim berkata. Ada nada mengharap ketua kumpulan pemberi hutang itu akan memberi pinjam wang lagi kepadanya.

"Tak ada duit, tak ada duit! Kau kena ingat tau hutang kau tahun lepas pun kau tak bayar lagi! Kau fikir aku tak boleh bunuh kau kalau kau tak bayar? Fikir kau boleh lepas?!" Kevin bangun dan mendekati Pakcik Kim.

"Saya mintak maaf lah. Saya tak ada duit nak bayar hutang tahun lepas. Tapi saya janji yang saya akan bayar. Kali ni bagilah saya peluang lagi untuk pinjam. Anak saya kena bayar yuran universiti dia." Pakcik Kim separuh merayu.

"Alasan yang sama. Asyik pinjam untuk yuran anak kau je! Kau ni tak ada kerja ke ha? Kalau kau tak kerja alamatnya hutang aku tak terbayar juga!" Kevin mula berang. Pantang orang yang meminjam darinya, berdalih terlalu lama untuk membayar semula.

"Sekali ni je, tuan. Saya akan bayar nanti. Tolonglah." Pakcik Kim hampir melutut.

"Orang tua, kau ingat aku tak tahu ke yang kau guna duit tu untuk judi jugak?" Kevin menyoal. Dia mengetahui kegiatan Pakcik Kim pun sewaktu dia menyuruh anak anak konconya menyiasat Pakcik Kim kerana tidak membayar hutang.

"Ya tapi.. saya betul betul kena bayar juga yuran anak saya tu. Nanti dia kena buang universiti, tuan. Tolonglah. Ni tahun akhir dia."

Kevin merengus kasar. Hampir sahaja dia mengangkat penumbuk dan menumbuk wajah Pakcik Kim.

"Anak pandai sampai ke universiti tapi ada appa yang bodoh macam kau." Kevin kembali ke tempat duduknya dan membuka satu fail.

"Berapa kau nak pinjam kali ni?" Soal Kevin.

"10 ribu."

Kevin berhenti menulis sesuatu di failnya lalu mendongak memandang Pakcik Kim.

"10 ribu lagi banyak dari hutang kau tahun lepas. Kau pasti kau bayar balik lepas ni?" Soal Kevin.

"Err ya tuan."

Kevin menyambung menulis sebelum dia memasukkan sejumlah wang ke dalam sampul bewarna coklat. Sampul itu lalu diserahkan kepada Pakcik Kim. Sebelum sampul berpindah tangan, Kevin membuka mulut.

"Aku bagi amaran. Ni kali terakhir. Lepas ni kau tak dapat bayar hutang kau, aku nak dibayar dengan nyawa kau. Ingat tu." Kevin bersuara keras.

Pakcik Kim sedikit tergamam. Perlahan lahan dia menyambut sampul berisi duit itu. "Saya ingat, tuan."

"Berambus." Halau Kevin dan dengan pantas, Pakcik Kim keluar dari tempat tersebut. Hatinya mula agak lega dengan duit yang berjaya dipinjamnya.

 Hatinya mula agak lega dengan duit yang berjaya dipinjamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now