You

1.8K 260 20
                                    

Hoseok's pov;

Aku tersenyum penuh bangga melihat pelbagai lauk yang sudah siap diatur atas meja makan. Cuma yang tinggal adalah memanggil Yoongi untuk makan bersama.

"Yoongi mesti suka ni.."

Dengan senyuman lebar, aku melangkah laju ke bilik Yoongi yang terletak berhadapan dengan bilik aku. Tetapi, perbuatan aku terhenti apabila terlihat perbuatan Yoongi dari celahan pintunya yang tidak tutup rapat.

Aku menarik muka pelik apabila Yoongi menelan ubat dari dalam botol ubat yang dipegangnya. Apa tu? Kenapa Yoongi makan ubat? Yoongi sakit?

Aku mula berasa risau tetapi cepat cepat aku menyedapkan hati sendiri. Aku menganggap itu adalah Vitamin C yang diambil Yoongi untuk bertambah sihat. Ya, vitamin C. Vitamin.

Aku lantas menolak pintu biliknya dengan wajah ceria. "Yoongi!" Saat itu aku perasan akan kelakuannya yang kelam kabut menyimpan semula 'vitamin C' ke dalam lipatan bajunya.

Dengan lagak biasa aku mengajaknya makan dan cuba sedaya upaya untuk tidak menanyakan tentang apa yang aku lihat tadi. Aku betul betul bertarung dengan rasa risau.

Berkat naib johan pada pertandingan theater sekolah rendah dahulu, aku membuat seperti tiada apa. Dan aku bersyukur Yoongi tidak berwasangka pada aku dan tidak menanyakan soalan seperti 'kau nampak apa aku buat tadi?' atau sebagainya.

Namun jauh di sudut hati, aku nak sangat tanya pasal tu. Tapi entah kenapa aku tak boleh.

 Tapi entah kenapa aku tak boleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now