Goes

1.6K 225 13
                                    

Seokjin menghempaskan beg bukunya ke atas katil. Ayy tak baik tau buat macam ni. Tapi Seokjin tidak kisah, hatinya betul betul sedih dengan perkara yang baru diketahuinya itu.

Terngiang kata kata Ken petang tadi di kafeteria mengenai appanya. Pada mulanya dia juga susah untuk mempercayai perkara tersebut.

"Appa kau.."

"Appa aku kenapa?"

Ken mengambil masa untuk memberitahu.

"Dia berjudi, Seokjin."

Bagaikan panahan kilat Seokjin terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Ken tadi.

"Sabar, Seokjin. Kau jangan buat gila tau. Aku takut kau serang appa kau pulak lepas apa yang aku bagitahu ni."

Seokjin berdiam diri.

"Tapi, kenapa appa aku buat macam tu, Ken? Ke-kenapa dia tak bagitahu aku? Dia tipu aku." Seokjin meraup wajahnya.

"Fikir positif, Seokjin. Mungkin appa kau ada sebabnya sendiri." Ken cuba memujuk.

Seokjin hampir sahaja menangis. Malam itu sebelum balik ke rumah, dia mengambil keputusan untuk melihat dengan matanya sendiri. Patutlah appanya selalu balik lewat malam tetapi dulu dia tidak ambil kisah sangat.

Sampai di gudang, Seokjin melihatnya sendiri. Dia mula percaya dengan kenyataan Ken tadi mengenai appanya.

Penumbuk dikepal. Rasa geram mula membuak buak. Mahu sahaja dia menerjah ke tempat mereka dan melepaskan tumbukan pada Pakcik Kim.

"Yah. Kali ni bagi lah aku menang. Aku nak beli makanan untuk anak aku ni. Nanti dia balik mesti dia lapar."

Seokjin tidak jadi mara ke hadapan apabila terdengar kata kata appanya itu. Hatinya perlahan lahan sejuk. Dia keliru dengan perasaannya sendiri sama ada perlu marah dengan perbuatan appanya atau sedih mendengarkan Pakcik Kim masih memikirkan anaknya dan tidak membiarkan dia kelaparan.

"Sebab aku sayang anak aku. Dia je yang aku ada sekarang."

Sekali lagi, Seokjin cuba menahan air matanya yang mula bergenang.

Seokjin berada disebalik dinding itu dan mendengar segala kata kata appanya. Dia berpatah balik ke rumah apabila mereka mula bermain pusingan seterusnya.

Seokjin lantas meraup mukanya sekali lagi selepas teringat akan kejadian tadi. Jam di dinding bilik dipandang, sudah hampir jam 12 malam. Saat itulah dia terdengar suara Pakcik Kim memanggilnya di ruang tamu.

"Seokjin ah~~"

Panggil Pakcik Kim sambil tersenyum memandang bungkusan mee pedas kegemaran Seokjin yang dibeli dengan duit pemberian Pak Sihyuk tadi. Mungkin kasihan, lelaki itu memberinya sedikit duit untuk membeli makanan.

Seokjin membuka pintunya sedikit dan memandang Pakcik Kim.

"Kenapa tu? Mari lah sini. Appa beli mee pedas kegemaran kau. Nak?" Pakcik Kim menggamit Seokjin agar mendekatinya.

"Appa.. Seokjin penat sikit hari ni. Seokjin makan dalam bilik aje ya." Seokjin pantas meraih bungkusan plastik mee pedas dan melangkah ke bilik semula.

"Laa. Kenapa tak makan dekat luar aje. Makanlah kat sini." Pakcik Kim cuba mengajak.

"Seokjin penatlah appa! Biarlah Seokjin nak rehat dalam bilik! Kalau lapar, Seokjin makan lah mee ni." Seokjin bersuara agak keras lalu masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Meninggalkan appanya yang terpinga pinga.

Seokjin meraup mukanya sekali lagi. Sekaligus cuba mengawal perasaan. Bungkusan mee pedas tadi diletakkan disisi katil.

Lima minit selepas itu, kedengaran suara Pakcik Kim di balik pintu bilik. "Seokjin ah.. mungkin kau tengah stress dengan pembelajaran kan? Appa tak patut ganggu kau sekarang. Tapi appa cuma nak bagi uyu ni. Appa tinggalkan depan pintu bilik kau ya? Nanti ambik dan minum sampai habis ya? Selamat malam, anak appa. Tidur awal, hilangkan stress tu. Appa masuk tidur dulu."

Seokjin menangkap bunyi gelas diletakkan di depan pintu biliknya. Diikuti bunyi langkah kaki berjauhan dan pintu ditutup.

Perlahan lahan Seokjin bangun dan membuka pintu. Terlihat segelas uyu yang diletakkan Pakcik Kim. Dia mengambil gelas itu dan dibawa masuk ke dalam bilik. Lama matanya merenung segelas uyu tadi.

Perasaanya sekali lagi berperang. Geram dan sedih terharu. Appanya betul betul menjaga dirinya tetapi dia tidak dapat terima kenyataan appanya selama ini berjudi.

"Appa..." tanpa dapat ditahan lagi, Seokjin menangis semahunya malam itu.

" tanpa dapat ditahan lagi, Seokjin menangis semahunya malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now