"Kita kena pindah juga ke sana. Syarikat dekat sana perlukan perhatian penuh. Susahlah kalau kita masih menetap di sini."
Jimin mengeluh entah yang ke berapa kali.
"Kali ni, Jimin tak boleh buat aturan sendiri lagi. Jimin kena jugak ikut omma dan appa." Encik Park bersuara keras.
Jimin memandang ayahnya dengan pandangan geram.
"Tapi Jimin lebih selesa tinggal di Korea. Buat apa ikut omma dan appa pindah ke New York kalau Jimin tetap juga terabai sebab omma dan appa kan lebih pentingkan syarikat tu." Jimin mengetap gigi seusai kata katanya.
"Jangan nak jadi anak kurang ajar, Jimin. Omma dengan appa tak pernah ajar cakap macam tu. Macam apa yang appa cakap, Jimin kena pindah sekali. No matter what." Puan Park mencelah.
"Tapi ma-"
"No but. Kalau Jimin tak ikut, kami terpaksa guna cara keras." Encik Park bersuara tegas.
"Sekarang Jimin pergi balik rumah Jimin tu dan ambil barang. Malam ni tidur di sini sebab awal pagi esok kita dah kena ke airport." Kata Puan Park pula lalu menyisip kopinya.
Jimin bingkas bangun dengan dengusan geram. Dia mengepal penumbuknya lalu keluar menuju ke rumah yang dibeli untuknya itu.
Jungkook. Takkan dia nak tinggalkan Jungkook begitu sahaja.
Jimin menumbuk stereng kereta sekuatnya. Rasa sakit hati, marah, sedih dan risau bercampur baur. Kali ni, dia benar benar terpaksa mengikut kata kata keluarganya.
Sementara itu di rumah, Jungkook sedang berusaha menyusun beberapa keping roti di dalam pinggan. Dia tersenyum bangga apabila dia merasakan dia dapat menyusunkan roti dengan baik di dalam pinggan itu.
Jungkook menggerak gerakkan tongkatnya ke meja belakang. Tangannya teraba raba ke atas meja itu sebelum tercapai dua cawan air milo panas yang pertama kali dia berjaya buat dengan usahanya. Agak susah kerana dia terpaksa merasa dan bau bahan setiap balang yang dicapainya untuk mencari milo dan gula.
Selalunya Jimin yang akan buat. Tapi sengaja dia mahu menggembirakan Jimin yang akan pulang nanti walaupun hanya dengan beberapa keping roti dan milo panas. Dia akan makan dengan gembira bersama sahabatnya itu.
Kedengaran pintu utama dibuka. Jungkook tersenyum lebar.
"Jimin! Tengok! Aku dah boleh buat air milo sendiri!" Ceria suara Jungkook kedengaran.
Jimin menoleh ke arah Jungkook yang berdiri tegak di tepi meja dengan tongkatnya di tangan. Ingin sahaja dia berlari dan memeluk Jungkook sekarang tetapi dia tak tahu bagaimana hendak menerangkan perkara ini kepada Jungkook.
Air mata Jimin mula bertakung. Dia terpaksa buat semua ini.
"Siapa.." Jimin mengetap bibir.
"Siapa suruh kau buat semua benda ni, tak guna?"
Senyuman ceria Jungkook perlahan lahan kendur. Dia perlahan lahan mara ke arah Jimin dengan tangan terawang di udara ingin mencari sahabatnya itu.
"Jimin.. kau okay ke?"
Tiba-tiba Jungkook merasakan tangannya ditepis kasar.
"Jangan sentuh aku. Lagi satu jangan sesuka hati buat air dan makanan untuk aku, kau faham tu?" Suara Jimin bergetar.
Air mata Jungkook sudah tidak tertahan. Dia sedih dengan kata kata Jimin tadi.
"Kenapa kau marah aku, Jimin? Aku buat salahkah? Mungkin kau lapar, jomlah makan dengan aku ya?" Jungkook cuba berlembut. Sekali lagi dia ingin mencari tangan Jimin.
"Aku dah kata jangan cuba nak sentuh aku!" Jimin menepis kuat tangan Jungkook sehingga lelaki itu terdorong jatuh.
Makin laju air mata Jungkook turun. "Jimin, maafkan aku." Jungkook cuba bangun dengan tongkatnya.
Jimin mengabaikan Jungkook lalu masuk ke dalam biliknya dan mengemas baju. Jungkook yang mendengar bunyi zip bag itu segera mendapatkan Jimin kembali.
"Jimin? Kau packing baju ke? Kau nak kemana? Janganlah pergi kalau kau marahkan aku. Maafkan aku, Jimin. Tolonglah." Jungkook separuh merayu. Mukanya lencun dengan air mata.
"Hiduplah dengan baik, Jungkook. Jangan cari aku lagi." Jimin menolak Jungkook ke tepi lalu menuju ke pintu utama.
"Jimin! Tak, kau tak boleh tinggalkan aku. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Aku sayangkan kau, Jimin." Jungkook berlarian tanpa tongkatnya dan mengejar kereta Jimin mengikut bunyi deruan enjin.
"Jimin! Park Jimin! Mana janji kau untuk jadi keluarga aku?! Kenapa tinggalkan aku?!" Jungkook masih berlari dengan harapan Jimin kembali.
Namun tiba tiba sesuatu yang tak diduga terjadi.
BAM!
Tubuh Jungkook terpelanting sebelum menghentam bumi. Terasa kepalanya mengalirkan sesuatu. Air matanya masih laju mengalir.
"Jimin.. sakit.. to-tolong aku." Rintihnya sebelum terasa bahunya disentuh seseorang dan dia tidak sedar lagi apa yang terjadi seterusnya.
YOU ARE READING
There's a Sad Story Than Sadness +BTS
Fiksi Penggemar"Promise me, you won't forget our laughs, our jokes, our smiles, our memories and our friendship." +BTS Friendship's Fanfiction.