Hoseok's pov;
Aku masih membuang pandang ke arah kaca televisyen yang menayangkan siaran Running Man. Namun, fikiran aku asyik melayang kepada Yoongi yang berada dalam biliknya sendiri.
Gelak tawa dan telatah lucu ahli Running Man itu sedikit pun tidak berjaya mencuit hati aku. Aku ingin sangat tahu apa yang sedang dilakukan Yoongi sekarang. Aku takut dia sakit lagi.
Lima minit aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku akhirnya bangun dari duduk dan melangkah perlahan menuju ke bilik Yoongi. Pintu biliknya tidak ditutup rapat sekali lagi membolehkan aku melihatnya tanpa dia ketahui. Perlahan lahan aku menjengukkan kepala.
"Yoon-yoongi."
Aku hampir menjerit dan mendapatkannya. Aku lantas menekup mulut aku sendiri apabila terlihat Yoongi yang sedang menahan sakitnya sambil menutup mulutnya juga.
Aku pasti Yoongi masih mahu merahsiakan penyakitnya daripada aku. Sebab itulah dia tidak sekali pun menjerit dan memanggil aku ketika dia terasa sakit.
'Yoongi, kenapa seksa diri kau macam ni.' Aku tak dapat tahan lagi air mata yang ingin turun. Air mata aku bertambah laju apabila melihat Yoongi yang bersusah payah membuka almari untuk mendapatkan ubat.
Rasa risau Yoongi akan melihat kehadiran aku disitu, aku lantas kembali ke ruang tamu. Dengan juraian air mata yang masih ada, aku perlahan lahan duduk bersandarkan tepi sofa.
'Yoongi akan okay aje kan? Yoongi baik baik aje kan?' Aku menyoal diri aku sendiri. Padahal jawapannya tiada.
'Yoongi, maafkan aku sebab tak dapat tolong kau. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam ni.' Aku berkata kata dalam hati. Hingus yang mula hendak keluar kerana menangis ditahan.
'Mungkin cuma aku teringatkan impian kau, Yoongi. Impian kau untuk tengok aku gembira dan tak bersedih. Aku cuba buat impian kau tu, Yoongi. Sebab tu aku pura pura gembira depan kau. Maafkan aku, Yoongi.'
Monolog aku terhenti apabila mendengar bunyi seperti pintu dikuak luas. Aku yakin itu adalah Yoongi dan aku cepat cepat mengelap mata serta pipi dengan hujung lengan baju.
"Oh? Hoseok ah?"
Yoongi terlihat aku dan terus menyoal. Ada riak terkejut pada wajahnya.
"Ne?" Aku mendongak memandangnya.
"Kau buat apa tu? Kenapa kau duduk kat situ?" Soal Yoongi ingin tahu.
"Ohh aku tengah cari duit syiling nak kumpul, ada laa banyak jugak aku jumpa sebab rumah kita ni boleh tahan sepah. Penat, tu aku duduk kejap. Yang kau ni nak pergi mana?"
Maaf Yoongi. Aku tipu.
Kelihatan Yoongi mengangguk perlahan. " Aku nak keluar sekejap. Sebelum pukul 10 aku balik."
"Yelah. Hati hati."
Yoongi mengukir senyum. Baru hendak melangkah keluar, dia memandang aku semula.
"Kenapa mata kau merah, Hoseok?"
Aku agak terkejut dengan soalannya itu lalu menyentuh mata aku sendiri. "Merah? Patutlah pedih. Ni mesti masa aku check kewujudan duit syiling bawah sofa tadi. Berhabuk, bang. Kita kena kemas nanti." Aku menepuk bahunya sekali.
Lagi. Aku tipu.
"Aiee iyelah. Macam macam perangai kau ni. Aku pergi dulu." Yoongi mengusutkan rambut aku lalu melangkah pergi tanpa menaiki keretanya.
Tujuan lelaki itu keluar membuat aku tertanya tanya. Aku lihat Yoongi hampir hilang dari pandangan, saat itulah aku cepat cepat masuk ke dalam bilik aku untuk mendapatkan sweater.
Pintu dikunci dan aku terus melangkah mencari Yoongi. Tidak berapa lama mengejar, aku melihat Yoongi dari kejauhan melangkah membelakangi aku.
Aku akan buat keputusan. Aku akan ikut dia kemana dia pergi. Dan kalau dia pusing ke belakang, dan ternampak aku kat sini, aku akan ceritakan semuanya yang aku tahu tentang penyakit dia. Aku akan ceritakan dan tolong dia.
Agak lama melangkah, aku hampa.
Yoongi langsung tidak pusing ke belakang.
"Yoongi. Jangan seksa diri kau sorang sorang lagi. Apa guna aku sebagai sahabat kalau kau tak minta tolong pada aku. Apa guna aku sebagai sahabat kalau kau tak luahkan perasaan sedih kau. Aku sahabat kau, Yoongi. Aku akan setia jaga kau."
Tiba tiba, langkah aku terhenti apabila Yoongi melutut. Dari jauh aku terlihat dia memegang kepalanya.
"Yy-yoongi.."
Setitik air mata aku jatuh. Orang mula cemas mendapatkan Yoongi.
Tak..
"MIN YOONGI!!" Aku menjerit lalu berlari laju ke hadapan. Aku terus meredah orang orang yang berkerumun dan menampung kepala Yoongi di atas paha aku.
Aku menghiraukan orang ramai dan menangis semahunya disitu. Masih setia memeluk Yoongi yang tidak sedarkan diri.
Sayup kedengaran salah seorang dari mereka menelefon ambulans. Aku senyap senyap bersyukur di dalam hati atas kprihatinan manusia itu.
Dan kerana itulah, aku disini menunggu Yoongi sedar. Aku akan setia tunggu.
❤🌸
YOU ARE READING
There's a Sad Story Than Sadness +BTS
Fiksi Penggemar"Promise me, you won't forget our laughs, our jokes, our smiles, our memories and our friendship." +BTS Friendship's Fanfiction.