Else

1.8K 238 20
                                    

Seokjin menggeliat perlahan untuk meregangkan badannya yang sedikit sakit. Perlahan matanya dibuka dan pantas Seokjin terbangun dari tidurnya. Dia meraup perlahan wajah apabila menyedari dia tertidur di ruang tamu dengan bekas makanan masih ditepi.

"Ah.. tak sedar pulak aku bila aku tertidur." Rungut Seokjin lalu mencuri pandang jam di dinding. Menunjukkan jam 8 pagi.

Seokjin memandang sekelilingnya. Masih sama, tiada tanda tanda Pakcik Kim sudah balik. Kalau ya, sudah tentu Pakcik Kim mengejutnya untuk tidur dalam bilik dan sarapan tersedia.

"Lama betul berjudi. Sampai tak ingat jalan nak balik rumah agaknya." Seokjin mengeluh geram. Dia bangkit dan membawa bekas makanan ke dapur untuk membasuhnya.

Saat berganti minit, minit berganti jam, dan siang juga berganti malam, Pakcik Kim tidak juga balik. Hal itu mula membuatkan Seokjin tidak sedap hati. Rasa menyesal perlahan lahan meresap dalam hatinya.

Sudah beberapa kali dia mundar mandir di hadapan pintu rumah. Menunggu untuk pagar rumahnya akan dibuka Pakcik Kim.

Dalam keadaan inilah, Seokjin memaksa diri untuk tidak lagi merajuk. Fikiran positif mula diaktifkan mengenai Pakcik Kim.

"Appa.. baliklah." Omel Seokjin sendiri.

Tiba tiba, bahunya terangkat akibat terkejut dengan bunyi pagar dibuka kasar. Sudahlah hanya pagar buatan kayu mahu roboh juga disepak orang tadi. Seokjin menarik muka pelik apabila menyedari itu bukan Pakcik Kim melainkan Kevin datang dengan konconya.

"Hoi budak, appa kau mana?" Kevin menyoal apabila terpandang Seokjin yang sudah berdiri di hadapan rumahnya.

Seokjin terdiam.

"Aku tanya kau ni! Dah pekak ke anak orang tua ni?!" Sergah Kevin hilang sabar.

"Kejap." Kata Seokjin lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Sangkaan Kevin yang Seokjin masuk ke dalam untuk memanggil Pakcik Kim, ternyata salah apabila Seokjin terus masuk ke dalam biliknya mendapatkan telefon bimbit.

Dia pantas menelefon polis secara senyap dan kembali ke luar seusai membuat laporan. Kevin yang setia menunggu itu dipandang dengan perasaan bercampur baur.

"Ap-appa aku tak ada kat rumah." Seokjin cuba menenangkan diri. Entah kenapa kali ini dia tidak berani berhadapan dengan Kevin. Hatinya tidak berhenti berharap yang appanya tidak akan balik lagi ke rumah kerana Kevin ada disini.

"Huh? Tak ada? Hahaha jangan main main dengan aku. Dia lari ke huh? Kau berpakat dengan dia?" Kevin mara lalu bahu Seokjin dicengkam kuat.

"Tak! Aku pun tak tahu mana appa aku pergi. Seharian dia tak balik rumah!" Seokjin separa menjerit.

"Habis tu, kau masuk dalam tadi buat apa kalau dia tak balik seharian?!" Soal Kevin keras. Leher baju Seokjin digenggam sehingga kepala Seokjin terdongak.

Saat itu, Seokjin kehilangan kata kata.

"Pergilah. Aku pun tak ada duit nak bayar hutang tu." Kata Seokjin perlahan.

Kevin yang sudah hilang sabar itu mendekatkan mulutnya ke telinga Seokjin.

"Aku tahu kau orang tak ada duit. Kerja aku senang, tak boleh bayar balik? Jawapannya mati." Bisik Kevin cukup membuatkan Seokjin mula menggeletar.

Hati Seokjin mula menangis. Fikirannya mula melayang membayangi Pakcik Kim. Dia sedar appanya tak pernah biarkan dia keseorangan walaupun dia berjudi. Dia masih ada masa untuk Seokjin. Dia juga sedar appanya sudah melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Pakcik Kim sanggup berhutang dan menghiraukan risiko asalkan Seokjin dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Sebab aku sayang anak aku. Dia je yang aku ada sekarang."

Terngiang kata kata Pakcik Kim saat dia menghendap tempat mereka berjudi. Kata kata itu cukup membuktikan yang Pakcik Kim terpaksa buat semua ini untuk kebaikannya walaupun perbuatan itu agak bodoh.

Seokjin menarik nafas dalam dalam. Lalu wajah Kevin yang memerah menahan marah dipandang.

"Kalau macam tu, bunuhlah aku. Dan lepaskan appa aku. Anggap lepas dah bunuh aku ni, hutang kau terbayar." Kata Seokjin dengan suara bergetar.

Kevin tergelak sinis. Wajah Seokjin yang mula dicemari air mata dipandang dengan penuh ejekan.

"Well, senanglah ker-"

"Yah!"

Kata kata Kevin terhenti disebakan satu jeritan dari belakang. Ternyata itu adalah Pakcik Kim yang baru pulang dengan seplastik bungkusan makanan dan satu beg seperti beg hadiah.

"Haa.. balik pun."

"Jangan apa apakan anak aku. Selesai dengan aku. Anak aku tak ada kena mengena." Rayu Pakcik Kim yang juga mula hendak menangis melihat Seokjin mengalirkan air mata.

"Selesai dengan kau? Aku rasa dah tak payah sebab anak kau dah selesaikan. Sekarang ni anak kau perlu mati aje." Ujar Kevin lalu mengeluarkan pistol dari dalam bajunya dan dihalakan tepat ke dada Seokjin.

Tanpa berfikir panjang, satu das tembakan dilepaskan. Jelas riak terkejut pada wajah Seokjin dan Pakcik Kim. Namun, Seokjin tidak terkejut dengan bunyi tembakan tadi.

Tetapi, terkejut dengan tindakan pantas Pakcik Kim yang memeluknya dari depan. Sudah tentulah perluru tadi tidak mengenai dadanya melainkan belakang Pakcik Kim.

"Ss-Seokjin.." panggil Pakcik Kim tersekat dengan darah yang mula keluar dari mulutnya.

Siren polis kedengaran, membuatkan Kevin yang tadinya tergelak jahat terkejut.

"Tak guna! Kau telefon polis polis ni kan? HUH? KENAPA KAU TELEFON TAK GUNA?!" Kevin mula mengamuk dan bertindak untuk menembak Seokjin sekali lagi namun belum sempat peluru dilepaskan, Kevin tumbang dengan dua tembakan mengenainya yang dilepaskan pegawai polis.

Konco Kevin segera mengangkat tangan mereka dan menyerah diri.

Seokjin tidak menghiraukan keadaan tersebut, wajahnya lencun dengan air mata sambil mengampu tubuh Pakcik Kim yang mula lemah.

"Appa.. ta-tahan sikit ya? Ss-seokjin minta maaf, appa.." luah Seokjin dengan pelukan kemas pada Pakcik Kim.

"Janganlah macam ni.. anak appa tak salah. Appa yang kena minta maaf pada kau.." Keadaan Pakcik Kim mula lemah namun digagahkan juga.

Seokjin menggeleng geleng kepalanya menidakkan pernyataan Pakcik Kim. Suara seorang pegawai polis yang meminta mereka bertahan sementara ambulans dalam perjalanan dihiraukan.

"Seokjin.. ni.." Tangan lemah Pakcik Kim diangkat sedikit cuba menghulurkan seplastik bungkusan makanan dan satu beg hadiah kepada Seokjin.

Seokjin cepat cepat menyambut huluran appanya itu. "Ap-apa ni?"

"Mee pe-pedas kesukaan kau.. beg tu ad-ada.." perkataan Pakcik Kim terputus apabila dia terbatukkan darah.

"Ap-appa belikan kemeja biru un-untuk kau.. se-semalam appa terdengar perbualan k-kau.. per-pergi majlis makan malam tu se-segak segak ya?" Ujar Pakcik Kim dengan senyuman yang usaha diukirkan untuk anaknya yang sudah meraung sambil mengeratkan pelukannya.

"Ja-jangan risau.. appa tak beli dengan duit haram. Appa belikan dengan duit usaha pertama appa untuk kau.. ap-appa gembira sebab appa dapat buat ni saat saat akhir appa." Kata Pakcik Kim lagi.

"Appa.. jangan cakap macam tu." Laju air mata Seokjin setia menuruni pipi. Darah yang mengalir dari mulut Pakcik Kim dilap dengan tangan sendiri.

"Appa sayangkan kau, Seokjin. Terima kasih sebab tak tinggalkan appa, dan.. terima kasih sebab peluk appa buat kali terakhir."  Terlihat air mata dari celah mata Pakcik Kim.

"Tak! Bukan kali terakhir!" Jerit Seokjin lalu mengeratkan pelukannya.

Raungan Seokjin menjadi jadi apabila tubuh Pakcik Kim terasa longlai. Pakcik Kim tidak lagi menyahut panggilannya. Membuatkan Seokjin tidak langsung mahu meleraikan pelukan itu.

.
.
.
.
.
.
.

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now