I

4.3K 438 18
                                    

"Namjoon? Kim Namjoon? Awak boleh dengar suara saya? Kalau awak dengar, cuba buka mata awak."

Suara itu agak memaksa Namjoon membuka matanya yang terasa amat berat sekali. Tangannya cuba digerak-gerakkan dan dia dapat merasa tangannya digenggam seseorang.

Setelah cuba beberapa kali, pandangannya mula berubah dari terus gelap kepada beberapa pemandangan. Dalam kekaburan itu, Namjoon terlihat seseorang yang agak biasa pada pandangannya dahulu.

"Kim Namjoon. Awak dah sedar!" Gadis itu menjerit lalu ingin menekan butang hijau di belakang katil untuk memanggil doktor. Namun tindakannya terhalang apabila Namjoon memegang pergelangan tangannya.

"Jangan panggil doktor. Saya tak apa-apa." Namjoon cuba bangun dan dibantu oleh gadis tadi lalu bersandar di kepala katil.

"Namjoon, awak mesti diperiksa. Doktor yang minta saya panggilkan dia bila awak dah sedar."

Namjoon menggeleng. Tidak mahu doktor dipanggil.

"Dah berapa lama saya kat sini, Haemi?" soal Namjoon dengan matanya memandang kosong ke hadapan.

"Awak koma hampir tiga minggu." Gadis bernama Haemi itu menjawab. Dia menyelak rambut Namjoon yang hampir menutup mata lelaki itu ke belakang. Tiba-tiba, Haemi menerpa memeluk Namjoon.

"Saya rindukan awak, Namjoon. Tolong, tolong jangan sakit lagi." Setitik air mata Haemi jatuh menuruni pipinya. Terasa ada tapak tangan lembut membelai belakang kepalanya.

"Maafkan saya, Haemi. Mesti awak agak kesunyian sepanjang ketiadaan saya." Namjoon tersenyum kecil. Dia juga rindu akan kekasihnya itu.

"Mana sahabat-sahabat saya, Haemi? Saya pasti mereka selamat juga kan?"

Mendengar persoalan dari mulut Namjoon itu, Haemi melepaskan pelukan. Anak mata yang penuh pengharapan itu ditatap lama. Haemi mencapai tangan Namjoon lalu menggenggam kuat.

"Hei, saya tanya awak ni. Saya rindukan mereka juga. Saya nak jumpa mereka. Bawa saya." Namjoon mengangkat dagu Haemi yang tertunduk. Dia cuba memberi senyuman.

"Sebelum tu, Namjoon. Saya mahu berikan awak sesuatu." Haemi mengeluarkan sebuah buku album bewarna biru lembut dan dihulurkan kepada Namjoon yang terpinga.

"Apa ni? Awak tak jawab soalan saya, Haemi." Namjoon masih menyambut album tersebut.

Haemi bangun dari duduknya setelah album tersebut bertukar tangan. Namjoon bertambah hairan dengan kelakuan Haemi itu.

"saya tahu awak sangat sayangkan mereka macam adik beradik kandung awak. Saya tak akan cakap melainkan awak dapatkan jawapan pada soalan awak sendiri daripada album ni. Saya pulang dulu. Saya biarkan awak di sini." Haemi lantas mencium dahi Namjoon sekilas sebelum keluar dari wad yang menempatkan Namjoon.

Namjoon mengetap bibir. Permukaan album itu diusap lembut. Pasti Haemi telah mengubahnya. Di dalam hati, dia sempat berterima kasih pada Haemi.

Dengan perlahan, Namjoon membuka album.

Serta merta, satu senyuman terbit pada bibirnya.

Semua gambar mencuit hati yang terdapat dalam album itu adalah gambar sahabat-sahabatnya. Seokjin, Jungkook, Yoongi, Hoseok, Jimin dan Taehyung.

Tanpa disedari, air mata Namjoon turun perlahan menyapa pipi. Kenangan bagaimana dia berjumpa mereka, kenangan sedih yang bertukar gembira berselang seli menerpa dalam kotak ingatannya.

Hal itu membuatkan air matanya terus menerus keluar.

Hal itu membuatkan air matanya terus menerus keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu bait ayat yang ditulis tangan dibaca Namjoon.

"THERE'S A SAD STORY THAN A SADNESS. BUT OUR BEAUTIFUL MEMORIES WILL BE OURS FOREVER."

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now