Petang ni aku ada event. ceh event. bukan event pun. Kau tahu tak pekerja pizza jual tepi jalan tuh? haaa yang tu lah kerja aku sekarang. Kuang hajoo mia kawan diorang kata aku kena buat benda ni sebab aku rajin tidur kat restoran.
Anda sungguh ikan!
Banner kedai ku hayun tepi jalan. Aku pendek lah mana orang nak nampak seketul Amsyar?
Suara ku berdehem sedikit. ehem ehem.
Ready start go!
"PIZZZA!!!!!! SIAPA NAK BELI PIZZA DATANG LAH KE SINI!!!!! KAMI MENGENAKAN HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN!!! PIZZA!!! PIZZ- UHUK"
uhuk uhuk.. ya aku batuk. ikan argh. sadis nya hidup. antara sebab kenapa aku jerit:
1) speaker yang ulang suara tu rosak tadi aku buat -_-
2)suara aku bukan macam maknyah yang garau tahap bahabun ayam tuh
Haaa begitu lah al kisah nya. speaker tu memang aku tak puas hati. aku baru nak tekan on dia rosak macam tu jer. dia ingat tangan aku macam namjoon?
"PIZ-" baru aku nak jerit, semua orang yang lalu lalang melihat ku. Dah lalu lalang tu meh arghh beli. ingat aku buat free show ke hapa?
Seorang lelaki yang macam maknyah datang ke gerai ku. Haih ni seram. Baju gaun berwarna pink dan klip rambut butterfly di rambut dipadankan.
"hye you..." meremang sia bulu roma aku dajal!! di poket apron aku ada pemotong pizza jangan sampai aku potong kau bentuk 6.
"cik nak apa? kami ada semua perisa. beef peperoni. makaroni flavour, fish stick dan bermacam lagi" ramahku bicara.
Orang nak beli kena lah ramah.
Lelaki ini tak lepas pandang aku. nampak macam aku tomboy bertudung ke hape?
" i nak you boleh?" serentak itu kotak pizza yang tak digunakan itu mendarat di kepala hotak dia.
Dia mengaduh manja *emoji hidung khinzir
Jari aku serta merta sejuk. fikiran pagi tadi menerjah kembali.
Hye! lelaki memang macam ni ke?
"you nihh sampai hati buat i macam ni! i taknak datang kedai you. buang masa jer. patutlah tak laku. orang nak benda lain bukan pizza ni" katanya lalu beredar.
Siapa jual ikan? aku nak baling kat mamat nih.
Aku mengeluh kasar. nak menangis pun ada. badan aku ni memang seksi sangat ke? tak salah aku ni bulat tak kurus pun.
Sebuah kereta datang berhenti di tepi jalan. Okay Amsyar! ramah dengan dia. mana tahu dia nak beli pizza kan bukan orang.Senyuman ku ukir.
Seorang makcik dalam lingkungan 50-an keluar dari kereta itu. Jaguar kot!!!
"Assalamualaikum" Aku sedikit leka melihat keretanya. tetiba setapak tangan menghayun di mukaku.
Aku tersedar dan terkejut.
"hehe...waalaikumsalam minta maaf makcik..haaa makcik kami ada macam2 pizza di sini. jaguar peperoni jaguar stick jagu- " belum sempat aku nak sambung, makcik tu gelak terkekek di hadapan ku.
Ada aku cakap salah ke? cer tengok ayat aku. Tak dak salah kan?
" haha..dikk kalau terpukau dengan kereta makcik pun jangan lah sampai jaguar peperoi jaguar stick. kamu ni pun" ooo hehe
Biasa lah angan2 besar ni jangan dibuat main.
Kami berdua gelak bersama.
"maaf makcik haa makcik nak apa yer?" suara aku tetiba serak. mungkin sebab aku jerit pastu gelak kuat pula.
Makcik itu memandang ku pelik." adik okay? klinik depan tu jer nak makcik bawa?" aku mengeleng dengan tersipu malu. acah acah.
"tak pe makcik.. haa makcik nak apa? kesian makcik tunggu lama" dia hanya mengangguk.
Kalau mak ada mesti aku tak kurang kasih sayang. mesti aku happy jer sekarang. Wajah makcik ini ku tenung lama. rindu di benak hati semakin membuak buak.
Mak, amsyar ngan amirul rindu sangat kat mak.
Setitik air mata dari kelopak jatuh di atas kotak pizza. Wajahku terus tertunduk memandang bawah.Ya Allah aku rindu mak.
"adikk" makcik itu meletakkan dulang yang diisi pizza pilihan di hadapan ku. ya aku sedang melayan perasaan.
"adikkk" makcik itu memanggil buat kali kedua. kenapa dengan budak ni? tapi punya happy.
Makcik itu datang menerpa ke tepi ku.
"adikk" Air mata ku seka dengan jari. Wajah happy macam anak anak rabbit ku tayang. Senyuman lebar ku ukir.
Asal Amsyar emo ni? IKAN kalau bos tahu haaa keluar dah mulut pokpek donald trump.
"ya jap makcik saya bungkuskan" aku memandang makcik itu sekilas. Senyuman di mulutnya tak pernah lekang. Tua2 pun cantik.
Makcik ni pilih random so aku tak gaduh lah nak potong. so aku betulkan kotak itu dari terkemek lalu masukkan ke dalam plastik beg pizza lalala..
"semua nya 20 hinggit" aku suakan ke hadapannya. dia mengeluarkan not RM20 dari purse. blink blink makcik kau mia dompet.
Duit dan plastik bertukar tangan.
"terima kasih kerana membeli.. nanti datang lah lagi.. kad bisnes pun kami sertakan di atas kotak pizza. selamat menjamu selera" aku bow berkali kali tanda hormat.
Makcik itu tersenyum melihatku. " sama2..dikk kalau ada masalah adik datang jer rumah makcik. dulu makcik ni kaunselor tau. haaa jap" makcik itu keluarkan bisnes card dia pula.
Mula nak terhutang budi ni. halamak!!! tapi aku tengok makcik ni bukan jenis mata sekerat pandang orang. kaya2 pun mesti baik ni.
Kad dia hulur. tangan aku teragak nak ambil. last2 dia ambil tangan aku lalu letakkan kad itu di dalam genggamanku.
MAKCIK STYLOO!
" terima kasih makcik..saya harap Allah membantu makcik selalu. amenn" aku bow lagi.
Dia gelak. " mungkin Allah takdirkan kamu yang tolong makcik"
ayat kau creepy.
aku gelak kekok.
"assalamualaikum makcik!!!" jeritku apabila dia masuk ke dalam kereta.
Makcik itu melambaikan tangannya. Kereta itu meluncur laju membelah jalan.
Makcik ooo makcik asal baik sangat dengan orang macam aku nih? selekeh ikan roti semua ada kat aku.
Senyuman tidak pernah lekang kat mulut sebab makcik tadi. hehe comel.
Kad yang diberinya aku pandang teliti.
PUAN HAJAH ROHANI BINTI SAMAD
JALAN AMPANG......
ooo...makcik Rohani. patut aku nampak dia tenang bak air pantai. eh jap macam tak kena jer alamat rumah dia nih.
Mata aku terbeliak sedikit memandang kad bisnes itu.
EH ni bukan alamat rumah makhluk perosak tu ke!!!??
AMIRUL!!!!!! HUWAAAA
bersambung...
................................................................................
haaaa wehh rinduu cita ni!!!!! aku kehilangan banyak idea. huhuhu. lagipun fon aku ilek nak sambung pun macam ikan sikit. so aku rasa chap ni tak best. mcm ikan kuda laut dan sebagainya. harap enjoy lah insyaAllah aku update bnyk lagi.
Thnks untuk 1.1k bnyk2 terima kasih. *dangdut dengan baby shark
hahaha...jadi makcik Rohani mak adrian??!!! haaa tunggu chap len noh.
tekan lah bintang tuh... ayyeee suka bintang warna oren. heh
sori sngat lembap update.
bye2 tatata tititi tututu tototot tointointoin..
YOU ARE READING
Kahwin Dengan Kau?!
De Todo"Aku pinang kau"amsyar ternganga mendengar kata2 yang keluar dari mulut adrian shawky. "Kau gila?! Kahwin dengan kau?! Tak dak masa"nurul amsyar membalas sedas. "Kahwin jelah kak oii amirul bagi aihh nanti jadi anak dara tua baru tau"amirul mencelah...