Tanda Allah berpaling dari kita ialah...
Kita sibuk dengan perkara-perkara yang tiada bermanfaat bagi kita.
Ooo, okay. So apa kaitannya dengan hiburan ?
Sebenarnya tiada kaitan, ya tiada kaitan langsung. Kenapa? Kerana ia memang sebegitu, tidak perlu perkaitan kerana itulah maksudnya.
Kita lihat muda mudi zaman ini, lalai dengan hiburan dunya yang merosakkan dan tak ada manfaat semata-mata untuk apa ? Ingin bahagia (kononnya). Ingin seronok (kononnya).
Sampaikan terlalu sibuk berhibur sehingga culas amal soleh. Tak suruh pun buat yang besar. Allah pun kata bertaqwa kepada Allah semampu kita, kalau tak mampu nak khatam quran 3 kali sehari, tak mampu nak solat sunat rawatib full, buat sedikit pun jadilah atau buat amal-amal yang kita rasa ringan. Berzikir ke bersedekah ke hatta ibadah bukan sahaja duduk atas sejadah, tolong mak basuh pinggan ibadah, bagi kucing makan ibadah, tolong adik dengan homework is ibadah. Tapi itu lah, kalau dah kecil-kecil pun tinggal sebab sibuk sangat berhibur, yang besar tak payah cakap apa lah.
Tapi kita tak sedar yang Allah dah berpaling daripada kita, Allah dah tak berhajat pada kita. Semoga Allah jauhkan kita daripada termasuk golongan mereka.
Ingatlah, sebagai orang yang beriman, hiburan tak salah. Nak karaoke, pi lah. Nak main gitar, main la. Nak layan perangai pelik 10 yang terbaik hagemaru lah... eh layan lah. Hihi. 😂
Tapi dalam masa yang sama, jadilah bijak dan jangan lalai, selain itu terapkan dalam hati bahawa sebenar-benar hiburan buat Mukmin adalah yang mana ia "menghiburkan" Rabbnya.
Wallahu'alam.
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...