Selepas makan jajan, Mr_Haha kekenyangan huhu. Ini semua rezeki jugak dari Allah. Ha jadi apa saya kena buat? Apa lagi, syukurlah. Alhamdulillah. 😊
Cakap pasal bersyukur teringat pasal rezeki. Baru-baru ni Mr_Haha dan Mr. Sentap baru sahaja dapat keputusan PT3 2017. Ni salah satu bukti rezeki manusia berbeza-beza.
Mr. Sentap dapat 8A kot. Aku dapat 5A. Tapi aku gembira. Orang pelik. 5A kot, kenapa gembira semacam?
Hari ni, aku nak share sikit rahsia kegembiraan ni. Senang je. Kita kena bersyukur. Tu je. Tak banyak pun. Kita dapat apa-apa kat dunia ni semuanya rezeki dari Allah. Kalau kita tak start bersyukur, sampai bila-bila kita susah nak terima takdir dan ketentuan. Sebab ada je orang yang dapat lebih dari aku tapi still rasa diri tak bagus. Jangan risau, sahabat. Korang tetap dah buat yang terbaik.
Cuma, kena mula bersyukur je. Bila kau bersyukur, kau akan happy punyalah. Cara bersyukur ni ada 3 yang aku tahu.
1. Hati
2. Lisan
3. TindakanDalam hal ni aku nak bercakap tentang tindakan. Tindakan ni macam contoh kau kaya, kau bersedekah. So, itu maknanya kau guna rezeki Allah dengan baik. Hasilnya, rezeki kau melimpah ruah. Tu contoh kau bersyukur lah.
Dalam situasi result exam pula, kalau kau tak bersyukur macam mana kau nak dapat result yang lebih baik. Dan kalau kau tak start bersyukur aku sure if one day result kau makin teruk, kau lagi lari dari kesyukuran. Sebab tu pun tak bersyukur, kalau dapat lagi teruk tak tahulah aku nak cakap apa.
Memang lah akan ada orang cakap,
"Siapa je tak sedih dapat result teruk?"Ya, kalau nak diikutkan mandi air mata kat dataran tu sebab semua sedih. Yelah, yang dapat 9A pun sedih sebab lagi 1 tak A. Kalau diikutkanlah. Nasib baik, dorang reti bersyukur.
Tapi, kalau kita bandingkan diri kita dengan orang lain, nasib kita lagi untung. Serious aku cakap. Okay, aku jarang se'serious' ni. Huhu.
Kalau kita berbalik pada tajuk, apahal lak syukur kena kaitkan dengan rezeki? Ha, senang je. Selagi mana kau bersyukur dengan rezeki Allah, Allah akan multiply lagi rezeki kau sampai kau kaya raya lah. Dengan syarat, apa yang kau dapat sikit atau banyak, SYUKUR. Bukan susah, taknak bertindak pun guna lisan lah cakap Alhamdulillah, tak membazir pun air liur tu. Pahala lagi. Ha, takut tak aku serious? Aku kalau serious lipas yang terbang boleh jadi lipas kudung. Jangan ingat nama aku Mr Haha tak serious. Hahaha gurau je jangan takut aku lak. Takut Allah je. Tau.
*
*
*
*
*
*
*
Semoga rezeki tak lari daripada kita.
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...