Okay, aku selalu dengar ayat ni. Biasanya yang aku suka gelar 'Badut Agama' yang suka-suka dia je guna kalam Allah dan Nabi untuk defend dosa dia.
Aku rasa korang pun pernah atau selalu dengar pasal ni tapi mungkin ada yang tak clear, so meh aku sebagai Mr.Sentap, meng'clear'kan sambil menyentapkan korang. MUAHAHAHAHAHAHA!
Okay, sebenarnya banyak je ayat Quran atau Hadis yang badut ni ambil, tapi aku nak ambil satu jelah. Yelah, tulis panjang-panjang pun kalau korang tak baca, baik tak payah. Haha okay, sekarang serious mode!
Ni ayat yang paling banyak dorang guna...
"Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama.........."
Al-Baqarah (2:256)Biasanya ayat ni orang-orang yang spesies tak boleh ditegur je guna.
Keluar rumah pakai seksi-meksi, skirt atas lutut, baju ketat macam sarung nangka. Bila Allah hantar orang untuk tegur, melenting sambil baca ayat tu.
"KAN ALLAH CAKAP, TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA ISLAM. SO, IKUT SUKA AKU LAH NAK PAKAI HOT-HOT KE, COLD-COLD KE, SUAM-SUAM KE!"
Duduk main game sampai character dalam game tu pun dah penat korang game dia lama sangat, sampai terskip solat or solat akhir waktu, bila kena tegur. Melenting dan guna ayat tu.
"BRO, TAKDE PAKSAAN DALAM BERAGAMA. RELAX LAH!"
Okay, meh aku bagitahu. Kawan-kawan yang ana cintai, muah muah muah. Ayat tu bukan bermaksud...
Kau nak buat, buat. Tak nak buat, tak apa. Islam tak paksa.
BUKAN, BUKAN dan BUKAN!
Ayat tu membawa maksud..
Tak ada paksaan untuk orang yang bukan Islam, nak terima Islam. Maksudnya kalau kau dakwah dorang, kau sama sekali tak boleh paksa dorang terima agama Islam. Tu maksud dia!
Allah sendiri cakap,"Sesungguhnya engkau tidak boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau cintai kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya."
Tu maksud ayat tersebut. Baca sampai habis. Sebab tu kalau nak berhujah dengan al-Quran, fahamkan seluruh ayat. Bukan crop sesuka hampa ja,takut terpesong!
Jadi, aku harap korang dah clear se'clear' hati ku padamu, cia cia cia!
InsyaAllah, kita sama-sama perbaiki mana yang sempat.Kalau aku salah, tegur ya. Tegur je, aku Mr.Sentap bukan Mr.Koyak. Hahahahaha!
P/S : Tadi aku cakap tak nak tulis panjang-panjang, at the end. Aku tulis panjang jugak, Padan Muka. Hahahahahah! (Mode kejam)
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...