Sekarang ni macam-macam cara kot perempuan boleh tutup kepala tu. Banyak jenis tudung dah ada. Bawal lah, shawl lah, entahlah.
Tapi, masih ramai lagi yang dekat sekolah pakai tudung, jejak je keluar pagar sekolah bukak tudung freehair, pakai ketat-ketat seketat skru TV yang tergantung di dinding. Ish, ish dan ish.
Maybe, ada yang kata,
"Dekat sekolah kena pakai tudung sebab peraturan sekolah!"Ya ampun! Peraturan Allah enggak diikutin. Mengapa? MENGAPA? Mengapa terjadi, perpisahan ini! Eh ter'feeling' lagu kumpulan Spoon pulak.
Berbalik kepada tajuk, isu tudung ni banyak diperkatakan. Tapi, bukan setakat budak sekolah je dewasa zaman sekarang pun lebih cenderung menayangkan kepala mereka yang berbulu itu. Yang tak pakai tudung tu tak apa lagi, Insya-Allah satu hari akan berubah.
Yang pakai tudung pun satu hal pula tak ikut hukum syarak. Pakai singkat. Ish, nak aku marah kamu tu sudah berakal. Nanti dikatanya "Aku bukan budak-budaklah aku tahu apa aku buat." Dah aku pula menanggung malu. Dari Mr_Haha jadi Mr_ShyShyCat pulak. Eh, tak apa malu tanda masih ada iman. Hmm, syukur!
Ada ke sesiapa pernah dengar, tak nak bertudung pakai baldi? Aku pelik lah orang zaman sekarang, ada ke samakan baldi dengan tudung. Aku tak setuju, aku setuju kalau dorang kata pakai tong, ha besar sikit boleh tutup sampai dada.
Tapi, tak adil lah kita hukum seseorang dan klasifikasikan orang yang tak bertudung tu jahat. Kita husnuzon jelah, mungkin mereka lelaki. Hm, dah habis husnuzon ni. Hahahahaha ok ni tak lawak. Tapi part yang klasifikasikan bla bla bla tu betul, okay! Tak semua yang tak bertudung tu jahat. Beri mereka masa, kita nasihat je. Eh, tapi masa yang diberi agak-agak sempat ke sebelum ajal datang call? Hmm, baik doa sempat. Eh, doa? Doa kena tutup aurat baru beradab.
Alah senang cerita, aurat ni bab dia sangat luas lah. Aku boleh buat Sentap Ke Bro 3,4,5 dan 6 pasal aurat je tau. Sengaja aku nak usik hati kau slow-slow. Usik padu-padu kang berkecai. Uish, kasar aku ni. Okay, sorry-sorry. Apa-apa pun aku doa korang dapat Hidayah daripada Allah untuk menutup aurat. Rileks, tak hilang pun kecantikan kalau bertudung malah, lagi cantik di sisi Allah. Sama-sama kita ubah diri sendiri.
Kesimpulannya, janganlah suka sangat freehair sebab nanti dapat freedosa. Lepas tu dapat freeticket pulak masuk neraka. Nanti kat neraka pula ha aku tak nak lah sambung. Sendiri mau ingatlah!
Jazakumullah khairan kathira!
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...