Gitar. Satu alat muzik yang memang common lah dalam dunia hiburan. Jaranglah sesebuah lagu tu tiada alunan gitar melainkan lagu Didi and Friends. Eh jap, bukan ada ke?
So, siapa yang tak kenal gitar ni memang (ha ingat aku nak suruh sangka buruk la tu). Memang apa? Memang perlukan bimbingan korang lah. Bantulah dia keluar dari kejahilan. Hahahaha!!!
Okay, enough dengan intro, so sekarang aku nak kaitkan balik dengan tajuk. Apa kena mengena gitar dengan kebangkitan ummah?
"Kau dah takde tajuk lain ke?"
"Gila?"
"Takde cerminan dakwah langsung!"Malas nak jawab. Huhuhu, bacalah sendiri then korang nilaikanlah sendiri ya abang, kakak, yang adik sentap sayangi. Cia cia cia!!!
So, alat muzik sekecil gitar tu sebenarnya banyak kaitan dengan kesatuan dan kebangkitan ummah.
Apa yang aku nak cakap di sini ialah kesatuan ummah ni satu benda yang besar.
Hatta, Allah sendiri cakap dalam Quran...
"Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan JANGAN KAMU BERPECAH-BELAH."
[ al-Imran (3:103) ]Sebab apa Allah tekankan kesatuan? Sebab tanpa kesatuan umat Islam surely jadi lemah. Kuantiti ada tapi TAK ADA KUALITI!
So, nak berletiaq panjang-panjang pun hang pa malas nak baca.
So, aku hari ni sekadar nak bagi analogi je tentang apa yang gitar tu lambangkan terhadap UNITY.1) Lihat pada jumlah tali dan fret. Tali of course 6 which is kita panggil EADGBE dan fret standard ada 18. Setiap tali bila ditekan pada fret yang berbeza akan menghasilkan nada yang tersendiri. Kalau tekan tali E atas fret 5 akan bunyi bass. Tali E bawah bunyi high pitch, tapi cuba kita gabungkan semuanya. Kita dapat apa, kita dapat yang dipanggil CHORD. Am,F,G,Bb dan pelbagainya. Sedap tak bunyi dia. Of course lah sedap, kalau kau pandai tekan lah. Tekan pun macam picit semut harapan lah. Huhuhu!!
Apa kaitan dengan ummah, bro? Apa kaitan? Cuba kau bayangkan, setiap orang ada potensi dan bakat tersendiri yang Allah bagi. Ada yang pandai bercakap, pandai menulis, melukis, berlakon, pandai skodeng anak dara orang. Eh, tu pandai ke? Tu memandai-mandai.
Bakat-bakat ni kalau kita buat sorang-sorang itu biasa tapi kalau kita bergabung, itu LUAR BIASA!
Bila kita bergabung, itu tanda kita ialah ummah yang bersatu.
Hasilnya, ummat Islam khasnya akan maju dan maju dan maju kerana setiap orang dapat menyumbang dalam pelbagai sudut dan aspek
Lagi indah kalau gabungan potensi itu digunakan untuk menaikkan agama Allah! Wah, sweetnya macam gula-gula tabur gula!2) Cuba bayangkan kalau ada satu tali gitar yang lari tune. Bunyi dia macam mana? Mesti macam anak zebra kena kejar dengan wolverine kan? Cer kalau tali yang lari tune tu kita "chordkan". Mesti sumbang kan?
Itulah sabda Rasulullah SAW
"Perumpamaan seorang Mukmin itu dengan yang lainnya adalah seperti satu tubuh, jika satu bahagian tubuh sakit, maka pasti seluruh tubuh akan merasai sakitnya."Setiap orang ada kelemahan dia sendiri tapi sebab tu lah kita kena betulkan, kalau tak memang rosak habislah ummah. Tapi nak harapkan sorang je, boleh kirim salam lah. Nak betulkan misalnya anak-anak muda zaman sekarang yang dah lemas dalam lautan maksiat. Kita kena bergabung dalam membetulkan mereka. Allah pun cakap :
"...dan tolong menolonglah kamu dalam perkara baik dan ketaqwaan.."
[ al-Maidah (5:2) ]Sebab apa Allah suruh tolong-menolong? Sebab Allah tahu manusia tu lemah dan perlukan satu sama lain. Ingat,"KLCC hanya terbina dari kumpulan bata kecil."
Selagi kita tak bantu membantu dan bersatu, selagi tu ummah akan terus jatuh dan akhirnya terkulai. Macam gitar lah, kalau satu tali lari tune, tali lain boleh main? Boleh memang boleh tapi sedap ke? Masak lemak mak aku lagi sedap.
Jadi sebagai kesimpulan, ummah ini takkan terbina walau sejengkal jari kera sehinggalah ada pada kita walau sekelumit rasa kesatuan.
Ingat tu !
Perubahan besar bermula dengan kesedaran dan kesatuan yang kecil.
Kalau kita tak ubah diri kita, Allah pun takkan ubah kita.
Kenapa? Baca la surah ar-Ra'd. Ayat berapa? Tak nak bagitahu. Saja supaya korang baca semua ayat sampai jumpa ayat tu. Baru dapat top up pahala.So, itu jelah yang Mr. Sentap nak sharekan hari ni, standard la aku tulis panjang-panjang + lawak hambar lagi. Hahahaha!
Okay lah. Assalamualaikum, guys!
P/S : "Banyaknya kau tahu pasal gitar !"
Hello, aku pandai main gitar okay!!
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...