Korang ada phone tak ?
Nampak tak, soalan mintak kena maki? Dah kalau takde phone ikut alam ajaib mana kau boleh baca benda alah Wattpad ni. Allahu. 😂
K, abaikan soalan tu.
Cuma nak cakap,Berapa ramai dari kita yang luangkan masa dengan al-Quran sebanyak yang kita luangkan dengan smartphone?
Berapa ramai dari kita yang lebih dahulukan memahami kalam Pencipta berbanding kalam Ciptaan?
Mungkin ramai, mungkin tak.
Sedar tak yang kita dah lalai sangat. Orang sekarang sibuk kejar model-model phone baru. Inilah, itulah!
Kadang-kadang sanggup bersakit nak dapatkan gadget tu walaupun mahal sangat and seems impossible.
Salah? Tak salah pun. Cuma janganlah kerja kuat sangat sampai kita tinggal Quran.
Jangan dah ada smartphone baru-baru, canggih-canggih, bergayut 24/7. Tak boleh berenggang, sampaikan ke toilet pun nak main Mobile Legend. Adoi.
Sekali lagi, aku tak anggap lah salah. Cuma jangan tinggal Quran, tergamak ke kau tinggalkan akhirat untuk dunia?
Tahu tak Allah murka pada orang yang jual akhirat untuk dunia?
Last, aku masih teringat kata-kata seorang ustaz, jangan mati dalam keadaan TAK RETI BACA QURAN TAPI BACA WASSAP LAJU SOKMO!
Dalam liang, Malaikat tanyo,
"Mu pandai baca Quran dok?"
Dok
"Bakpo? Buke ko wassap mu laju slalu, bakpo Quran lamo benar?"Malaikat tanya pandai baca Quran tak. Bukan pandai tak baca Wassap, Ig Story dan gossip panas!
Ke memang malaikat tanya juga pandai baca wassap ke tak?
Aku belum mati, so aku tak tahu.
Tapi kalau ikut dalil, TAK!P/S : Woi,woi,woi! Jangan ingat Malaikat dalam kubur cakap Kelantan pulak, ni aku yang tulis.
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...