Orang zaman sekarang, kerjanya nak menilai orang dan rasa diri dia lebih baik.
Datang masjid, berjubah, berida', berserban. Nampak orang datang pakai baju pagoda zip dan poket doraemon terus terlintas..
"Ceh, datang masjid pakai baju doraemon je. Tengok aku ni, jubah pakistan, rida' arab, serban pinjam anak Mak Cik Nasi Lemak RM1 belakang rumah. Barulah boek!"
Dia tak tahu orang tu dhaif hidupnya dan ada itu sahaja untuk ke masjid dan tempat lain.
Tengok orang sembahyang cepat sikit habis dari kita terlintaslah...
"Hahaha, tak khusyuk ler tu."
Dia tak tahu orang tu baru dapat panggilan kecemasan dari hospital, boleh je dia nak terus blah, tapi dia tahu. Allah itu lebih penting!
Nampak orang sedekah RM1 dalam tabung masjid terfikirlah...
"Kedekut! Tengok aku, sedekah sehari RM20, tak termasuk GST lagi."
Dia tak tahu orang tu tersepit dalam dilema, dalam wallet cuma ada RM7, nak beli susu anak atau nak sedekah semua yang dia ada!
Kita terlalu cepat menilai orang sedangkan hak untuk menilai hanyalah pada Allah!
Siapa kau nak ambil kerja Tuhan?
YOU ARE READING
Sentap Ke Bro 2
SpiritualMasanya belum terlambat, Cepat-cepatlah bertaubat, Lakukan dengan segera sahabat, Sebelum matahari terbit sebelah barat. Cukuplah mencari harta, Cukuplah mencari cinta, Dunia sudah semakin tua, Kita hidup sudah tidak lama, Menunggu hitungan dosa pah...