CHAPTER 1

27.4K 716 181
                                    

1: Afif Lawrence

Senyuman sinis terukir. Rambut keperangan yang menutupi mata hanya dibiarkan.

"Wow!"

Tangan ditepuk-tepuk kemudian dia mula tergelak sinis. Menggelegak hatinya apabila dibuat sebegitu. Berani betul manusia tak guna ni menarik kuat topeng yang melindungi separuh wajahnya. Maka, terpampanglah wajah putih mulus miliknya.

"An... Anna Evelyn? Tak mungkin!" Remaja lelaki 15 tahun itu berundur setapak demi setapak. Longlai terasa lututnya hingga menyebabkan punggungnya selamat terhentak ke lantai.

Tak mustahil bagi sesiapa untuk mengenalnya kerana Eve terkenal dengan sifat lembut dan pemurah pada pandangan umum. Perniagaanya turut dikenali ramai. Namun itu hanyalah gimik semata-mata.

Senyuman Eve mati.

"Ma... maaf! Aku tak sengaja! Tolong jangan bunuh aku! Aku akan bayar berapa pun kau nak! Aku janji aku akan rahsiakan semuanya!" rayunya. Ketakutan dan aura gelap di sekeliling dapat dirasai.

Eve mengangkat kepala. Mata kelabunya tajam menikam anak mata mangsa.

"Well, well, well, Afif. Macam yang kau tahu, Evil Crow bencikan rayuan." Muncul satu suara garau dari belakang Eve.

Afif kalih memandang gerangan tersebut. Di wajahnya turut tersarung topeng hitam. Anak mata yang berwarna biru sedikit sebanyak berjaya menggentarkannya. Terdapat banyak cairan merah pekat yang melekat di suit hitam lelaki itu. Rambutnya berwarna putih dan berserabai teruk.

Eve pusing memandang belakang.

"Danielle? Dah siap kerja ke?" tanya Eve mendatar.

Wajah Eve yang tidak lagi dilindungi topeng itu menimbulkan perasaan aneh dalam benak Danielle.

"Dah. Topeng mana?" Danielle merapati Eve dan wajah gadis itu diusap lembut.

Eve merengus geram. Tangan lelaki itu ditepis.

"Budak ni tarik."

Mendengarkan jawapan dari Eve, mencerlung mata Danielle memandang Afif. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Didekatinya Afif dengan pantas.

"Kau memang nak mati awal, budak." Terus pipi Afif menjadi mangsa sepakan padunya.

"URGH!" Menyembur darah keluar dari mulutnya.

Danielle tersenyum puas melihat Afif yang terbatuk-batuk. Badannya meringkuk menahan kesakitan. Esakan perlahannya mengundang rasa marah dalam diri Danielle.

"Diamlah, bodoh!" Kali ni pisau yang disimpan elok di celah kasutnya dicapai. Tangan diangkat tinggi mahu menikam.

Eve sedari tadi sekadar memerhati. Dia tahu, tak mungkin Danielle akan biarkan mangsa mati dengan cepat.

"Huwargh! Jangan! Jangan!" raung Afif kuat.

Hayunan pisau diberhentikan betul-betul di depan mata kiri Afif. Puas hatinya melihat mental budak ini menjadi kacau.

Tiba-tiba pintu besi dibuka dari luar.

"Tak menyempat. Kata nak tunggu." Tenang saja suaranya. Mata hazelnya menangkap air mata Afif yang menitik di lantai.

Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]Where stories live. Discover now