CHAPTER 2

12K 537 202
                                    

2: Split Personality

"Kau buat macam biasa. Kisar daging dia, campak tengah laut."

Alex selaku anak buahnya mengangguk faham. Diego mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dan nyalakan dengan lighter.

"Aku masuk bilik dululah," pinta Danielle. Dicium selamba pipi kiri Eve sebelum berlalu keluar dari ruang bawah tanah itu.

Eve hanya biarkan kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

"Aku pun nak naik bilik. Nak mandi." Baru kakinya hendak melangkah, pantas Diego menarik kuat lengan Eve. Eve yang tidak bersedia terus terpusing dan tersembam ke dada Diego.

"Auw..." ringis Eve apabila terasa cengkaman di lengannya. Kepala didongakkan memandang anak mata Diego.

"Lepas mandi jangan nak mengada tidur. Masuk bilik aku. Hukuman berjalan macam biasa." Diego memesan tanpa nada. Kemudian lengan Eve dilepaskan dan dia mula mendaki tangga keluar dari situ.

Eve mengeluh berat. Kaki longlai melangkah ke bilik. Macam-macam persoalan bermain di benaknya. Kenapa Diego tak melayannya dengan baik? Sedangkan Danielle sendiri pun memberi layanan yang cukup lembut. Kenapa Diego tak pernah melindunginya ketika menjalankan misi? Hanya Danielle yang setia menarik, memeluk dan melindunginya daripada bahaya. Bukan mahu kata Diego tak ada perasaan langsung, ada juga gurauan yang berjaya mencuit hatinya. Tapi, selebihnya, beku.

Mereka berbeza.

Selesai mandi, Eve menuju ke bilik Diego yang bersebelahan dengan biliinya. Pintu diketuk perlahan.

"Masuk!"

Mendengarkan arahan itu, Eve menguak pintu bilik. Kelihatan Diego sedang ralit merenung skrin laptop di meja kerja.

"Tercegat apa lagi?" Dingin suara Diego kedengaran.

Eve akur pada arahan memandangkan Diego adalah leader Evil Crow.

Seperti biasa, jika Eve melakukan sebarang kesalahan, hukuman inilah yang menanti. Badan ditelentangkan di katil. Tangan didepakan dan mata dipejamkan. Dia bahu semuanya berlalu dengan pantas.

Terasa ada tali yang diikat di tangan kiri dan kanannya. Liur ditelan.

"Buka mata."

Sekali lagi Eve menurut. Diego tersenyum sinis. Hukuman berjalan. Raungan kesakitan bercampur rengekan bersatu. Bagi Diego, ini adalah hukuman yang pantas bagi Eve. Dalam masa yang sama, nafsunya juga dapat dipuaskan.

Danielle yang kebetulan lalu di depan bilik Diego terhenti. Segala raungan Eve dapat didengar. Amarahnya pada Diego ditahan saja. Tidak sepatutnya Diego berkasar. Baginya, Eve bagaikan permata dalam Evil Crow. Hanya Eve perempuan yang paling lama bertahan. Yang lain?

Mati.

Tapi inikah yang Eve dapat sebagai balasan?

Sejahat-jahat Danielle, rasa simpatinya akan terbit jika hal melibatkan Eve. Tidak seperti Diego yang seratus peratus macam syaitan. Namun dia tak mampu menolong. Mana mungkin dia melawan setiap arahan ketuanya. Tambahan pula, Diego lah gerangan yang mengutipnya ketika dahulu. Dengan hati yang masih belum sejuk, Danielle masuk semula ke biliknya. Niat mahu mencari air di dapur dibiarkan terbantut.

***

Sedang elok bersantai di depan televisyen, loceng rumah berbunyi. Siapa aje yang dibenarkan masuk ke kawasan villa mereka kecuali Amy, girlfriend Danielle.

"Eve, buka pintu." Danielle mengarah. Eve mengeluh malas.

"Tak nak." Badan disandarkan di sofa dan mulut masih mengunyah makanan ringan.

Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]Where stories live. Discover now