11: Tikus belalang
Sejuk yang kian terasa menyebabkan Eve menggigil. Rambut panjangnya diikat ekor kuda. Timbul rasa menyesal kerana mandi di awal pagi.
"Eve! Cepatlah turun!" Kedengaran suara Danielle melaung dari bawah.
Tak mahu berlengah lagi, sweater berwarna dark blue dicapai dari hanger di pintu almari.
"Eve! Dengar ke tak!" laung Danielle lagi.
Eve merengus kasar sebelum berlari keluar dari bilik.
"Tak boleh sa- aduh!" Tengah syok berlari ala-ala Dilwale, boleh pula terlanggar dinding.
"Sejak bila pula ada dinding dekat sini?" Kepala diangkat memandang dinding tersebut.
Eh?
"Ada ke dinding handsome?" Selamba Diego menyoal kemudian berlalu meninggalkan Eve di belakang.
Eve tersentak. Sengihan kerana malu terbit dari bibirnya.
"ANNA EVELYNNNN!!!"
Bergegar rasanya villa akibat jeritan Danielle. Hilang terus sengihan Eve. Laju kaki dilangkah melintasi Diego. Bilik bawah tanah menjadi tujuannya tika ini.
BANG!
Pintu besi itu ditolak kasar. Danielle yang sedang berdiri di tengah bilik dipanjang tajam.
"Ha! Ni aku dah datang! Puas? Ergh, semak! Macamlah aku ni pekak," marah Eve tak puas hati.
Danielle yang berada dalam jarak lebih kurang sepuluh langkah mencebikkan bibir.
"Kau tu lembap sangat. Macam siput ba..." Sengaja dileretkan suara bagi memancing marah Eve.
"BA APA! BABI?" Suara Eve memetir. Terhambur juga tawa halus Danielle. Kepala digelengkan berulang kali.
"Ha, memekak. Jangan sampai aku hantukkan kepala tu. Tengok kepala siapa lagi keras," sindir Diego yang baru masuk.
Automatik mulut itik mereka berdua berjaya dikunci.
"Eh, tikus?" Danielle mengintai binatang kecil yang ada dalam sangkar di tangan Diego. Diego hanya respon dengan mengangkat bahu.
"Best gila! Jom mula, weh!" jerit Danielle tak sabar.
Mereka bertiga mula berjalan ke hujung bilik itu. Terdapat satu kotak kaca lutsinar yang elok tertutup dengan sehelai kain hitam.
"Buka," arah Diego.
Pantas Danielle menarik kain tadi. Maka, terpampanglah satu tubuh lelaki yang hanya berseluar pendek.
"Joe..." Spontan nama itu keluar dari bibir Eve. Diego memandang tajam sebelum nafas ditarik dalam.
"Kita soal dia." Belum sempat Danielle menyambung, Eve memintas.
"Dah berapa lama kurung dia macam ni? Tanpa makanan? Tanpa minuman? Tanpa pakaian?" tanya Eve kemudian melutut di depan kotak lutsinar besar itu.
YOU ARE READING
Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]
Mystery / Thriller[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'From Hell' Book 1 of Ash Diego ⚠ Hati tisu & belum baligh dilarang baca ⚠ --- Apabila dendam tercipta, nyawa menjadi taruhan. Ternyata wang yang lumayan berjaya mengaburi mata mereka. Strategi telah dirangka tanp...