17: Hidup tanpa pilihan
Keadaan ruang tamu di villa ditemani hening malam walaupun ada lima mulut manusia-manusia di situ.
"Nak bincang ke tenung muka dia?"
Direct soalan Diego mengena batang hidung Chris. Mendengarkan itu, Chris cepat-cepat menundukkan kepalanya. Eve pula hanya menayang riak selamba.
"Ehem! Jadi? Kau memang nak bunuh aku ke?" tanya Chris selepas berdehem.
Belum sempat sesiapa membalas, suara Alice memotong.
"Kenapa nak bunuh abang Alice. Abang Chris degil ke? Janganlah bunuh. Kesian abang, dahlah tak ada girlfriend. Hodoh pula tu. Please, please please. Jangan bunuh abang." Alice merayu. Rayuannya berjaya membuat hati mereka kucar kacir.
Sama ada nak simpati.
Atau nak ketawa.
"Abang tak hodohlah, adik!" Laju rambut adiknya ditarik.
"Adoi! Sakitlah, abang! Nak merajuklah macam ni!" jerit Alice kemudian berlari ke arah Diego.
Riba lelaki itu menjadi tempat dia melabuhkan punggung.
Tercengang Eve, Danielle dan Chris melihatnya.
"Riba Danielle ada, yang kau nak juga berlari dekat aku ni, kenapa? Budak gedik." Diego menyoal tanpa perasaan.
"Abang Danielle tak handsome macam abang. Muka dia macam pondan," jawab Alice. Bibirnya dicebikkan manja.
Eve menekup wajah dengan kusyen.
Chris mendongakkan kepala kemudian tangan ditepukkan ke dahi.
Danielle?
Danielle tersedak air liur sendiri.
"Aku ni tak suka budak. Pergi," halau Diego.
Alice mengerutkan dahinya kemudian bibir dimuncungkan.
"Merajuk!"
Kepala dipalingkan dari memandang wajah Diego. Tangan disilangkan di badan tapi masih tiada tanda-tanda yang dia akan beralih dari situ.
"Kalau nak merajuk, turun. Dahlah berat macam gajah," ujar Diego bosan.
Tangan ditongkatkan di sofa sambil mata memandang wajah Alice dari sisi.
"Kalau merajuk kena turun, eh? Tak jadi merajuklah," dalih Alice dengan sengihan. Ejekan Diego tentang beratnya langsung tidak dibiraukan.
"Adik! Sinilah! Mengada betul, kau ni." Chris memandang geram.
Arahan dari Chris menyebabkan Alice memutarkan bebola matanya.
"Abang tak ada isi. Peha macam ranting," bidas Alice selamba.
"Budak ni, kan!" Chris sudah menyandar pasrah di sofa.
"Kalau layan Alice, memang tak jalanlah perbincangan ni." Danielle mula bersuara manakala Eve mengangguk setuju.
"Tulah pasal. Mula sekarang, okey? Diego, kau korbankan ajelah riba kau." Eve memandang dengan senyuman.
"So, aku nak bagitau kau dengan Alice terus terang. Aku memang tak nak simpan korang lama-lama. Nak bunuh pun tak sampai hati sebab Evil Crow tak pernah dapat kes bunuh budak kecil. Tambah-tambah lagi kalau budak tu mengada nak mampus." Mata menghala ke arah Alice sekilas selepas menangkap pandangan tajam Alice dengan hujung matanya.
"Nyawa kau akan ditentukan antara ketiga-tiga kemungkinan ni. First, lepas umur Alice mencecah 12 tahun, kitorang akan bunuh dia dengan kau sekali."
YOU ARE READING
Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]
Gizem / Gerilim[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'From Hell' Book 1 of Ash Diego ⚠ Hati tisu & belum baligh dilarang baca ⚠ --- Apabila dendam tercipta, nyawa menjadi taruhan. Ternyata wang yang lumayan berjaya mengaburi mata mereka. Strategi telah dirangka tanp...