Tak kuat, just skip ½ of this chapter and skip the media.
***
12: Happy birthday
"Next plan?"
"Clown."
"Clown?"
"Clown."
***
23.52pm
Sepi menguasai suasana malap dalam kereta. Sejuk air cond yang terasa menyebabkan bulu romanya naik mencacak. Nyanyian berirama hening tersangatlah membantu proses perembesan hormon adrenalinenya. Tak mampu bertahan dengan ketakutan yang bersarang, phone dari dalam kocek seluar dicapai.
Calling Danielle...
Tak berjawab.
Berbekalkan perasaan takut yang teramat, digagahkan diri untuk menghubungi nombor itu sekali lagi.
Sabar cuba dipupuk.
"Hello?"
Terhambur jua hembusan nafas kelegaan dari bibirnya.
"Danielle, cepatlah. Awak kata ada surprise," rengeknya manja. Kedengaran tawa halus Danielle dari corong phone.
"Ya, Amy. Awak dah ada dekat taman kan?"
"Erm, dah." Mata memerhati sekeliling cuba mencari kelibat Danielle.
Tak ada.
"Okay, good. Awak suka clown tak, sayang?"
Senyuman mula mekar dari bibir Amy. Panggilan sayang dan soalan yang didengarnya berjaya membuahkan perasaan bangga di hatinya.
"Suka!" jawabnya ceria.
"Awak keluar dulu. Masuk aje dalam taman tu. Ada something special."
Bersinar bebola mata Amy mendengar setiap bait percakapan Danielle. Rasa takut dan gemuruhnya perlahan-lahan beransur pergi.
"Really? Oh my God. Saya pergi sekarang tau," kata Amy tidak sabar.
Terus dimatikan panggilan dan phone dicampak ke seat. Pintu kereta dibuka kemudian mata melilau mencari sebarang clue.
Tiba-tiba matanya mengesan satu figura yang sedang duduk membelakanginya di buaian. Kelihatan seperti badut kerana rambutnya berwarna merah dan terdapat belon di tangannya.
'Mesti ni surprise yang Danielle maksudkan!'
Tanpa rasa was-was, kakinya bergerak ke situ.
Kini, batang tubuhnya sudah tepat berdiri di depan badut tersebut. Dalam fikirannya, badut itu pasti mempunyai wajah yang ceria, bersesuaian dengan hari tersebut.
Hari jadinya.
Tapi...
Sangkaannya meleset.
"Hello, dear." Serentak itu, badut tadi mula mengangkat kepala.
"Hel- Arghhh!!!" Laju badan dipusingkan dan berlari meninggalkan si badut di belakang.
"It's your birthday!"
Keras, kuat dan ngeri kedengaran suara tadi bertempik. Bunyi tapak kasut yang semakin mendekat di belakang menggentarkan hati. Langkahnya semakin perlahan.
YOU ARE READING
Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]
Mystery / Thriller[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'From Hell' Book 1 of Ash Diego ⚠ Hati tisu & belum baligh dilarang baca ⚠ --- Apabila dendam tercipta, nyawa menjadi taruhan. Ternyata wang yang lumayan berjaya mengaburi mata mereka. Strategi telah dirangka tanp...