13: Pujaan hati
4.57am
Splash!
Percikan air dari swimming pool yang terkena pada badannya tidak dihiraukan. Mangsa yang terkapai-kapai meminta pertolongan dipandang dengan perasaan bercampur-baur. Kemudian kepala yang dibenamkan di dalam air itu ditarik semula.
"Ergh... Dani- ump!"
Sekali lagi kepala dibenamkan. Hanya bahagian kepala yang masuk manakala bahagian badannya elok meniarap di tepi kolam.
"Ah! Betina sial!" tengkingnya kuat kemudian rambut panjang Amy ditarik dan diheret tanpa belas kasihan hingga ke atas rumput.
Kaki naik memijak kuat tepat di muka.
Wajah yang dulunya dibelai lembut, kini dipijak-pijak!
"Danielle... please... I'm sorry. Saya terpaksa. Jangan buat saya macam ni..." rintih Amy sayu.
Kalau dulu, bibir itu yang sentiasa mengungkapkan bait-bait romantis, tetapi tidak bagi sekarang.
Rayuan!
Rayuan!
Rayuan!
"Terpaksa? Kau dengar sini, sundal! Aku sayang kau separuh mati. Tapi ni yang kau balas? Shit! Aku sayang kau, sial! Kenapa buat aku macam ni! Kenapa! Fuck off!" Danielle meraup kasar rambutnya ke belakang. Hatinya terasa dihimpit sesuatu.
Pengkhianatan.
Kasih sayang.
"Bodoh!" Serentak itu kaki dihayun menyepak kuat kaki Amy.
Tak puas dengan itu, tangan kecil itu turut menjadi mangsa tapak kasutnya.
"Argh! Danielle! Tolong dengar apa saya nak cakap! Tolong!" rayu Amy bersama linangan air mata.
Kesakitannya kini adalah kesakitan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Pengalaman sebelum mati.
Terhenti gerakan kaki Danielle. Tanpa segan silu, punggung dilabuhkan di atas rumput. Amy yang terbaring lemah dan meringkuk kesakitan itu dipandang.
Bibirnya yang dulu indah dihiasi lipstick kini terhias dengan cecair merah pekat.
Mata yang dulu mengecil apabila ketawa kini menjadi redup.
Kuku yang dulu cantik dan berkilat, kini terpatah teruk.
Amy yang dulu disayangi sepenuh hati, kini tiada lagi.
"Cakap ah, betina!" Ditunjalnya kepala Amy kuat.
Amy menggigit bibir menahan sebak.
"Saya terpaksa," ujar Amy perlahan tapi cukup jelas untuk mereka berdua dengar.
Danielle mengerutkan keningnya.
"Siapa paksa?" Pandangan tajam dihadiahkan.
Tiada lagi pandangan yang lembut.
"Mr. Alvin."
Jawapan dari Amy berjaya membuahkan senyuman sinis di bibir Danielle.
Bapak gunakan anak.
"I've told him that I love you. Then, dia paksa saya untuk jadi pengintip. Kalau saya tak ikut cakap dia, dia akan bunuh saya. Saya bagitau dia semuanya. Means, semua maklumat tentang Evil Crow dah sampai ke telinga dia." Jawapan berani mati dari Amy berjaya menaikkan amarah Danielle.
YOU ARE READING
Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]
Mystery / Thriller[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'From Hell' Book 1 of Ash Diego ⚠ Hati tisu & belum baligh dilarang baca ⚠ --- Apabila dendam tercipta, nyawa menjadi taruhan. Ternyata wang yang lumayan berjaya mengaburi mata mereka. Strategi telah dirangka tanp...