01 - Lee Shin Li

4.1K 106 22
                                    

SUARA orang saling bertingkah

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

SUARA orang saling bertingkah. Kemudian ada suara bunyi barang pecah. Terakhir sekali suara emak menangis. Bergegar rasanya rumah pusaka yang telah berusia lebih tiga puluh tahun ini apabila ada pertelingkahan besar yang berlaku.

Kalau lahir ke dunia ini satu dosa, dia rela tidak dilahirkan. Dia tidak dicerca, tidak dihina dan tidak juga dimaki sesuka hati. Dari dalam rumah, emak dan bapaknya teruk dimarah dalam bahasa Hokkien. Kalau dialih bahasa, begini bunyi kemarahan tersebut.

"Dia tu anak tak ada usul! Anak kotor! Aku dah cakap dulu, jangan ambil dia jadi anak angkat. Kau berdua degil! Tengok mata dia, langsung tak sama dengan kita!"

Pak Cik Lee yang memegang utuh tradisi lama bangsa Tionghoa mula mengamuk. Setiap kali Pak Cik Lee ke sini, dia memang selalu mengamuk. Mana pernah orang tua itu tidak mengamuk.

"Aku nak kau berhenti jaga budak tu. Bagi dia duit dan suruh dia keluar dari rumah ni. Aku tak nak keturunan baik-baik kita, jadi tak baik. Aku tak nak nenek moyang kita marah dan datangkan bala. Faham?"

Air mata yang menitik dikesat.

Tiba-tiba pintu biliknya ditendang dengan kuat. Tercabut pintu tersebut dek kuatnya tendangan Pak Cik Lee. Dia mahu lari namun sudah terlambat. Lengannya direntap sampai dia jatuh terduduk. Dia harap tulangnya cukup kuat menerima amukan Pak Cik Lee. Jangan sampai ada yang patah.

"Kau keluar sekarang!"

Tubuh kecilnya diseret meski puas dia merayu minta dilepaskan. Dia cuba melawan, pipinya ditampar pula. Bukan sekali, tetapi dua kali. Sakitnya hampir membuat dia pitam. Namun digagahkan juga menyusun sepuluh jari di depan Pak Cik Lee. Dalam hati tak lupa dia menitipkan doa pada Tuhan supaya hati Pak Cik Lee jadi lembut.

"Aku tak suka kau tinggal dekat rumah ni. Kau bawa malang!" tempik Pak Cik Lee dengan mata merah seperti naga sedang marah. Kemudian rambutnya, Pak Cik Lee tarik dengan cara paling kasar. Tubuh kecilnya kembali diseret tanpa belas. Suara rayuan dan lolongan kesakitannya tidak menggoyahkan hati Pak Cik Lee langsung.

Sebaik saja sampai di muka pintu, tubuhnya ditolak jatuh. Dahinya terhantuk pada pasu bunga emak. Darah keluar, bercampur dengan air hujan yang turun.

"Aku dah tak nak tengok muka kau! Pergi berambus!"

Emak menangis penuh sayu. Bapak terbaring di atas lantai ruang tamu sambil menahan kesakitan. Dahi bapak pun berdarah juga. Selepas itu dia sudah tidak melihat apa-apa lagi. Pintu telah ditutup dan yang menemani hanyalah bunyi guruh dan petir.

Dahinya diraba. Sakit!

Perlahan-lahan dia bangun dalam pekatnya malam itu. Langkah kakinya goyah. Dibiarkan saja hujan menghentam tubuh kecilnya. Lebih bagus kalau dia dipanah petir dan terus mati.

Namaku Shin. Lee Shin Li. Aku anak angkat yang tidak diperlukan.

Nota PK:
Wajib baca NAMAKU KHADIJAH dulu, kemudian baru baca DIARI JIWA.

Kembar ni tak boleh dipisahkan. Masalahnya sekarang, si Pena Kayu tu kejam. Dia cetak DIARI JIWA 500 naskah saja. NAMAKU KHADIJAH cetak banyak pula.

Pena Kayu jawab...
Sebab tu DIARI JIWA edisi eksklusif. Ada 500 pembaca saja yang pegang buku tu nanti dan cuma dijual secara online sahaja.

Yang tak pernah baca DIARI JIWA, boleh ke link ni untuk membacanya
👉 https://my.w.tt/mgCQbQDkCU

Sedutan dari DIARI JIWA:Sebagai seorang anak dara Melayu, ini perkara yang memalukan

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Sedutan dari DIARI JIWA:
Sebagai seorang anak dara Melayu, ini perkara yang memalukan. Perkara seperti ini tak sepatutnya terjadi, tetapi tetap terjadi. Fahri ada magnet. Magnet yang tak dapat saya hindari.

Saya tak pernah mempunyai perasaan begini dengan mana-mana lelaki. Fahri lelaki pertama yang berjaya merobohkan tembok hati saya. Dia tak perlu berusaha, cukup dengan lirikan matanya, saya sudah seperti ditembak bertubi-tubi sampai mati.

Setiap Isnin sehingga Jumaat, saya selalu curi-curi memandang ke arah Fahri. Dia tidak sedar tentang kewujudan saya. Bukan saya tak mencuba, cuma Fahri tidak pernah memberi perhatian.

Mungkin saya perlu menggunakan pendekatan lain untuk mendekatinya. Mungkin saya perlu pura-pura terlanggar bahu dengannya dan kemudian meminta maaf, seperti babak dalam drama televisyen. Tapi itu bukan cara saya. Saya tak suka dengan kepura-puraan.

WhatsApp +6010 449 7835 untuk pertanyaan/ pembelian.

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
NAMAKU KHADIJAH | Best SellerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang