Engross

256 10 0
                                    


"Kenapa awak lari daripada saya? Apa salah saya? Kalau awak tak suka saya sentuh awak, awak patut cakap dan bukan lari. Melarikan diri takkan menyelesaikan apa-apa masalah. I'm very furious with you right now."

Khadijah menjauhkan telefon bimbitnya. Di luar dia dapat mendengar bunyi loceng rumahnya, bertali arus dengan suara Hafez. Mata Khadijah terarah pada skrin telefon bimbitnya. Biarpun dia masih mamai, namun matanya tak salah melihat. Sekarang baru menunjukkan pukul 3:55 minit pagi dan dia tidak tahu kenapa Hafez boleh berada di depan rumahnya sekarang.

"Khadijah, open the door. I said, open the door!"

Kepalanya berdenyut, namun dia masih sempat meraih selimutnya. Semua bahagian tubuhnya ditutup dan hanya sepasang matanya yang kelihatan. Kemudian kakinya dihalakan ke ruang tamu. Pintu utama dihampiri.

"Encik Hafez nak apa pagi-pagi buta ni?"

Semua ayat yang baru hendak dilontarkan bertempiaran lari. Hafez kelu untuk bersuara setelah Khadijah muncul di depan matanya. Sekarang yang memisahkan mereka berdua hanya jeriji besi.

"Pukul 4:00 pagi pun belum, Encik Hafez. Kalau Encik Hafez nak tanya fasal kerja, tunggulah selepas subuh."

"Awak lari tinggalkan saya," kata Hafez, menutup semua bebelan Khadijah.

Buat sejenak Khadijah pula yang kelu lidahnya. Dia memandang Hafez tanpa berkelip sebelum mulutnya berdecit mengeluarkan soalan terkejut.

"What?"

"Awak isteri saya."

"What?!" Lebih tinggi suara Khadijah sekarang. Pegangan tangannya pada selimut hampir terlepas kerana terkejut. Atas dan bawah dia menilik Hafez. Baru dia sedar, Hafez hanya memakai pijama tidurnya.

"Encik Hafez mimpi. Saya syorkan Encik Hafez balik dan kemudian ambil wudhu. Kita tak pernah berkahwin."

"No, awak memang isteri saya. We slept together and we made love. Benih saya ada dalam awak." Telunjuk Hafez menuding ke arah perut Khadijah.

"I do believe we have created life. Saya sentuh awak bukan sekali, tapi lebih dari empat kali. Mungkin lima, atau mungkin enam kali. Saya tak pasti. We're too engross and I forgot to count how many time I put my..."

"Stop it, Encik Hafez!" Kali ini Khadijah menjerit sekuat hatinya. Pipinya kemerahan dengan kepetahan Hafez menyebut ayat yang membuat dia mahu menyorok di bawah meja. Malunya Khadijah hanya TUHAN saja yang tahu. Khadijah mula rasa mahu menampar mulut Hafez sehingga pecah.

"Saya tak bergurau. Awak akan jadi ibu dan saya jadi ayah. Kita akan ada anak."

Terus sahaja Khadijah menutup pintu di depan muka Hafez. Anggap sajalah Khadijah yang sedang bermimpi sekarang. Mimpi ngeri.

Nota bonda PK:
Untuk menempah, wasap la kami macam biasa. Ready stock
➡️ https://wasap.la/rumahpk
➡️ https://wasap.la/rumahpk
➡️ https://wasap.la/rumahpk

NAMAKU KHADIJAH | Best SellerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang