"Terima kasih Encik Hafez atas niat baik nak tumpangkan saya. Tapi saya boleh pergi sendiri."
"Kenapa tak nak naik? Awak takut kena gosip bercinta dengan saya ke?"
Itu satu hal. Satu hal lagi, disebabkan aura Hafez tak sama dengan aura Fahri. Aura Hafez kadang-kadang memberinya rasa tidak selamat.
"Kalau fitnah tu boleh dielakkan, kita elakkan, Encik Hafez."
Benci sungguh Khadijah apabila Hafez ketawa mendengar jawapannya. Benci sungguh Khadijah apabila Hafez keluar semula dari perut kereta Honda Civicnya. Dan Khadijah mula sakit kepala tatkala Hafez kembali menghampirinya.
"Kita bercinta ke, Khadijah?"
Ini soalan yang tidak disangka-sangka. Soalan yang Khadijah boleh jawab dalam sekelip mata.
"Tak. Kita tak bercinta. Saya hormat Encik Hafez sebagai ketua saya."
"Bagus kalau macam tu. Sekarang masuk."
Nota PK:
Wajib baca NAMAKU KHADIJAH dulu, kemudian baru baca DIARI JIWA.Kembar ni tak boleh dipisahkan. Masalahnya sekarang, si Pena Kayu tu kejam. Dia cetak DIARI JIWA 500 naskah saja. NAMAKU KHADIJAH cetak banyak pula.
Pena Kayu jawab...
Sebab tu DIARI JIWA edisi eksklusif. Ada 500 pembaca saja yang pegang buku tu nanti dan cuma dijual secara online sahaja.Yang tak pernah baca DIARI JIWA, boleh ke link ni untuk membacanya
👉 https://my.w.tt/mgCQbQDkCUSedutan dari DIARI JIWA:
"Awak tak patut melamar saya dulu. Kita tak patut berkahwin. Keadaan saya takkan teruk macam sekarang kalau saya tak berkahwin dengan awak. Saya akan bahagia kalau saya tak jadi isteri awak."Dia menarik saya rapat pada tubuhnya. Ubun-ubun saya dicium berkali-kali. Bibirnya juga membaca beberapa potong doa. Tenang suaranya mengalunkan doa tersebut.
Dia cukup sabar melayan kemarahan saya. Saya jadi malu. Dan rasa malu itu cuma bertahan sekejap. Diganti dengan rasa marah semula sebab ditipu.
"Saya nak awak mengucap. Tarik nafas perlahan-lahan."
Saya tak membalas kata-katanya. Saya ingkar arahannya. Malah, rontaan saya semakin kuat. Saya seperti mendapat tenaga seekor gajah.
Begitu pun, kekuatan luar biasa saya tak mampu melawan kekuatan lelaki dia. Dia mematahkan semua pukulan saya dengan mudah. Ketika saya hampir kalah, dia meleburkan terus kekuatan luar biasa saya.
Dia tak menggunakan kekerasan. Sebaliknya dia menggunakan pendekatan dengan mencium bibir saya. Ciumannya menggemparkan seluruh sistem saraf saya.
WhatsApp +6010 449 7835 untuk pertanyaan/ pembelian.
KAMU SEDANG MEMBACA
NAMAKU KHADIJAH | Best Seller
RomanceTerbitan: Karya Seni Isbn: Harga: Rm23.00 (Sm) / Rm26.00 (Ss) Status: Terbitan Eksklusif PBAKL 2019 Blurb/ Sinopsis: Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemuka...