Can I be your princess and you be my guard?
"Naura Iris! "
Tertelan air liur naura dibuatnya apabila abahnya memanggil namanya dengan nama panjang. Bibirnya diketap kuat sambil mengerutkan dahi. Suasana ruang tamu yang tadinya gelap gelita kini sudah dilimpahi dengan cahaya lampu.
Derapan kaki abahnya mula kedengaran menuju ke arahnya. Senyuman dibibirnya diukirkan sebelum memusing menghadap abahnya.
"Hai abah. Kenapa tak tidur lagi? " soalnya sambil tersengih-sengih. Wajah abahnya yang begitu serius membuatkan dia tunduk memandang lantai. Seram.
"Kenapa balik lambat? Kamu pergi mana Naura Iris sampai pukul 12.30 malam baru kamu nak balik?! Apa nak jadi dengan kamu ni naura! ". Marah dato amril. Naik turun dadanya menahan marah.
Bibir naura sudah dicebikkan . Kepala nya diangkat memandang dato amril iaitu abahnya.
"Alaaa abah. Ara pergi club je. Tapi ara tak buat apa-apa pun. Tanya abang bad. Dia teman ara tadi. Lagipun ara tak berani pergi sorang-sorang. Sebab tu ara ajak abang bad "
Jujurnya. Abang bad itu bodyguard khasnya. Abahnya memang sediakan seorang bodyguard untuknya supaya menjaga keselamatannya.Dato amril sudah melepaskan keluhan berat. Wajah anaknya yang tunduk memandang lantai itu dipandang dengan geram. "Adam. Kamu pergi panggil badri kejap. Kata dekat dia, boss besar nak jumpa " arahnya kepada adam .
Adam yang begitu asyik melihat drama di hadapannya terus terganggu dengan arahan manjikannya. Dia mengangguk sebelum beredar daripada situ.
Mata naura sudah terkebil-kebil melihat susuk tubuh adam . Dahinya sudah berkerut pelik. Tidak pernah dia melihat lelaki itu. Siapa dia? Bodyguard abahkah? Tapi.. Abahkan dah ada ramai bodyguard. Kenapa kena tambah lagi sorang? .soalnya dalam hati. Baru dia ingin membuka mulut ,tiba-tiba daun pintu sudah dikuak daripada luar.
Bibirnya mula menguntumkan senyuman manis ke arah bodyguardnya iaitu abang badri. "Hai abang bad " .tangannya mula melambai-lambai kearah abang badri.
Badri yang baru masuk ke dalam rumah sudah menjegilkan matanya kearah anak majikannya. Riak muka macam tak bersalah je bila aku kena panggil dengan bapak dia. Aduh.
"Ye tuan . Ada apa? " ujarnya setelah berdiri di hadapan dato amril. Kedua tangannya mula diletakkan di belakang badannya. Wajahnya tiada langsung secalit senyuman. Wajahnya kini beku. Dato amril memang pantang kalau bodyguarnya senyum-senyum, sengih-sengih ketika membuat perjumpaan sebegini.
"Kenapa kamu pergi teman naura ke club. Saya kan dah cakap, jangan bawak dia ke club! " marah dato amril kearah bodyguarnya.
Badri laju menggelengkan kepalanya. "Bukan saya yang bawak dia tuan, dia yang bawak saya tadi. Saya dah halang tapi dia paksa jugak saya masuk .tapi dia tak buat apa-apa pun tuan " jujurnya. Anak majikannya ini memang tak makan saman. Dulu dia takut la juga dengan aku, tapi sejak aku bagi muka dekat dia, dia makin berani dengan aku. Dia anggap aku macam kawan dia dah. Haih, naura.. Naura.
Dato amril sudah berdecit. Wajah anaknya yang daripada tadi tersengih-sengih memandang kearahnya dijeling sekilas. "Ini la akibatnya kalau kamu bagi muka dekat dia.... "
Baru dia ingin menyambung kata-katanya, naura sudah mencelah. Lengan kanannya sudah dipaut oleh anak perempuannya."Alaa abah. Jangan la marah abang bad. Dia tak salah pun. Ara yang ajak dia. Lagipun dalam banyak-banyak bodyguard abah, abang bad juga yang ara selesa . Abang bad sporting. Tak macam bodyguard lain, muka ketat je. Lepastu suka sangat marah ara. Ara tak suka la abah " adunya . Matanya sudah layu ingin meminta simpati.
YOU ARE READING
MY Husband ! My Bodyguard !
RandomApabila arang bertemu api, semakin marak apinya . Begitu juga apabila Naura Iris dan Adam Mikhael bertemu . Sikap Adam yang tegas dan garang sedikit sebanyak dapat menundukkan Naura Iris yang sangat degil. Pada hari bahagia sepatutnya milik Naura...