Bab 9

12.5K 704 21
                                    

Segala persiapan perkahwinan sudah siap. Dulang hantaran yang sudah cantik tersusun di ruang tamu di pandang sepi oleh naura. Di sendiri tidak mengerti, dan terkejut dengan keputusan abahnya. Dia tahu, abahya buat keputusan seperti ini pasti ada sebab .

Lagi beberapa jam dia akan menjadi isteri Adam. Memang dia langsung tidak sangka yang dia akan berkahwin dengan Adam. Betul-betul tak sangka. Selama ini, dia hanya berangan naik atas pelamin bersama orang tersayang dan tercinta. Tapi tak sangka pula dia dan Adam akan naik pelamin bersama-sama. Mimpikah aku?

Adam yang tegas, garang berkahwin dengan seorang perempuan yang seksi, brutal, manja dan langsung tidak tahu perihal agama. Mampukah aku jadi isteri yang solehah untuk Adam?
Mampu ke aku? Masak pun kelaut. Huh.

Sesekali matanya melihat ke arah ruang tamu, tangannya digenggam. Dia dapat rasa, Adam pasti terpaksa mengahwininya. Tapi.... Adam yang ajak aku kahwin. Tapi.... Aku rasa abah yang suruh Adam kahwin dengan aku. Arghh pening!

Dia teringin bertanya soalan itu kepada abahnya, tapi nanti saja lah dia bertanya.

"Laa kenapa naura tak siap lagi. Cepat siap ".

Naura mengangkat wajahnya dan memandang ke arah bibiknya . Dia tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia bangun daripada sofa. Bahu bibik di peluk. Kemudian kepalanya di lentokkan ke bahu bibiknya itu.

"Mak.... ".panggilnya dengan perlahan. Walaupun perempuan yang dipeluknya ini hanya bibik, tapi dia masih menganggap perempuan ini sebagai maknya. Hampir semua bibik yang sudah berusia dia memanggil dengan gelaran mak. Ramai betul mak aku.

"Kenapa? " soal mak Leha dengan perlahan.

"Betul ke apa yang ara buat ni? Ke nak ara lari? ".

Dengar sahaja kata-kata naura itu. Dia terus menampar lembut lengan naura yang terdedah. Kepalanya disengetkan sedikit supaya dapat melihat wajah naura. "Apa kata macam tu. Tak baik lah ".

Naura diam. Tiada kata-kata ingin dikeluarkan.

"Abah buat semua ni mesti ada sebab. Ara terima je eh. Mak tahu dan mak pasti, satu hari nanti, segalanya akan terjawab. Lagi pun ni untuk kebaikan ara jugak ". Pujuk Mak Leha. Naura ni bukan boleh.. Buatnya datang idea gila dia, habis semua kelam-kabut nanti. Macam dia tak kenal dengan anak majikan dia sorang ni.

Bibir naura mula menguntumkan senyuman kecil. Dia mengangguk. Selepas itu, kepala nya diangkat dan memandang wajah Mak Leha. Pipi Mak Leha yang Agak tembam itu dicubit sebelum dia berlari menaiki tangga.

"Hish budak ni! ".

Tangan naura yang sudah berpeluh dingin di genggam kuat. Tudung yang tersarung di atas kepalanya diperbetulkan sedikit. Jantungnya usah dikata lah. Berdegup bagai nak gila.

Sesekali matanya meliar melihat sekeliling masjid Putrajaya ini. Orang ramai yang mula berpusu-pusu masuk di dilihat sekilas.

Almaklumlah, hari ini tiga pasang pengantin akan akad nikah di masjid Putrajaya ini. Tidak heranlah kenapa ramai sangat orang.

"Ara tu...Adam dah sampai ". Ujar Mak Leha perlahan.

Naura terus mengangkat wajahnya. Terpegun buat seketika apabila dia melihat Adam yang segak memakai baju Melayu biru langit itu. Haish kawal mata tu ara...

Selepas itu matanya terarah pula ke arah belakang Adam. Matanya dikecilkan untuk mengecam siapa yang berada di belakang Adam. Seorang lelaki berusia mula menyalam abahnya. Ayah dia kot. Bisiknya di dalam hati.

No wonder lah, dia langsung tidak kenal dengan keluarga Adam. Kena faham konsep keluarga perempuan melamar lelaki. Bukan keluarga lelaki yang datang melamar dia. Hahaha.

Sedang dia ralit melihat setiap gerak geri mesra abahnya dengan lelaki berusia itu, tiba-tiba ada seorang perempuan menghulurkan tangan ke arahnya. Naura terus mengangkat wajahnya untuk melihat si empunya tangan itu. Kekok dia dibuatnya ketika menyambut huluran itu. Dia tak kenal siapa perempuan dalam likungan 50 an ni .

"Ummi Adam ".sapa Puan khadijah dengan senyuman manis di bibir. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah naura. Tangan sejuk naura masih ada digenggamannya .

Naura mengangguk kecil. Dia tersenyum manis ke arah bakal mak mertuanya. "Mintak maaf pu.. Puan.. Saya tak kenal keluarga Adam".lembut naura berkata.

Puan khadijah senyum. Tangan naura ditepuk perlahan. "Jangan panggil puan panggil je ummi. Tak per nanti kita berkenalan dengan lebih rapat .".ramah dia berkata.

Naura mengangguk lagi. Perasaan janggal kian menyelubungi dirinya. Haih, kekoknya . Nampak sangat keluarga Adam ni alim. Buktinya, puan khadijah bertudung labuh. Aku? omelnya di dalam hati.

"Ni ummi perkenalkan. Yang ni, mama Adam . Kira ibu susuan Adam ". Terang puan khadijah apabila madunya sudah tiba.

Naura terus menyalam tangan puan asmah. Tapi sayangnya puan asmah hanya memberi hujung jarinya sahaja. Tersentak naura dibuatnya. Wajahnya terus memandang Mak Leha . Mak leha mengusap lembut belakang tubuh naura. Supaya naura dapat bersabar.

Puan Khadijah yang melihat adegan itu terus dia menukar topik.
"Dan yang ni pula adik Adam yang ketiga, umur dia 24. Damia namanya"

Oooo tua daripada aku lagi. Bisik naura dalam hati. Dia cuba berjabat tangan dengan Damia, tapi Damia menepis kasar tangannya. Eh, eh, eh.. Berlagaknya perempuan ni.

"Dan yang ni pula adik Adam yang bongsu, syafiqah ".

Naura senyum kecil. Risau pula adik Adam yang bongsu ni pun berlagak macam mak, kakak dia. Tapi sebaliknya, sangkaannya meleset apabila syafiqah terus duduk di hadapannya dengan senyuman di bibir.

"Akak ni cantik lah ".puji syafiqah dengan mesra.

Tersipu malu naura dibuatnya. Sporting pula adik bongsu Adam ni. "Make up je pun ".

"Make up akak ni nipis. Tapi still jelas kalau wajah akak tak pakai make up macam mana. Cantik laaa".

"Thanks".

Syafiqah mengangguk.

Puan khadijah menggelengkan kepalanya sedikit. Syafiqah ni kalau dah jumpa orang, sampai esok tak habis, ada je nak dibualnya. "Yang duduk di sebelah abah naura tu, walid Adam. Dan di belakang walid tu, adik Adam nombor dua ".

Naura mengangguk sambil bibirnya berbentuk bulat. Hensem jugak adik dia. Mesti lagi tua daripada aku.

"Kak hani! Datang pun! ".

Suara jeritan kecil daripada mulut hani menarik perhatian naura. Berkerut dahinya melihat perempuan yang Agak sopan dari segi pakaiannya
. Akrab betul Damia dengan perempuan tu. Tapi jap, perempuan ni sapa ? Macam pernah nampak.

Sedang otak ralit mengingati tiba-tiba situasi dimana Adam berjumpa dengan seorang wanita di mall. Yeah ustazah tu...

Baru dia ingin bertanya ke arah puan khadijah mengenai ustazah itu, tiba-tiba suara tok kadi kedengaran. Keluhan kecil dilepaskan. Baru dia nak tahu siapa perempuan tu dalam hidup adam. Isteri adam ke ? Heshh, ara! Stop merepek. Tapi kalau walid dia boleh kahwin 2 takkan dia tak boleh. Tak boleh-tak boleh!

"Dah boleh mula dah kot "ujar tok kadi itu .

Semua keluarga mula mengangguk.

Agak-agak kalau aku nak stop sempat tak?

"Aku terima nikahnya Naura Iris binti Amril Mustaffa dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai ".

"Sah! "
"Sah! ".

Sekali lafaz, naura sudah menjadi isteri kepada Adam Mikhael.

Selesai mengaminkan doa. Adam mula meliar dengan menolehkan kepalanya ke belakang. Terkaku dia melihat naura yang cantik memakai tudung. Walaupun hanya sementara. Sopan betul bila dia pakai tudung. Tergoda pulak aku.

"Pengantin lelakinya pun, tak sabar sangat dah ke? Ralit bertul tengok isteri tu. Sabar kejap ye. Lepas habis baca taklik ni, bebas la nak buat apa pun ". Usik tok kadi itu lagi.

Adam tergalak malu. Macam mana dia boleh ralit tengok naura. Haih.

Naura tergelak kecil. Tapi dalam waktu yang sama dia juga rasa malu bila diusik seperti itu. Haih. Adam ni pun...

MY Husband ! My Bodyguard !Where stories live. Discover now