Can I be your princess and you be my guard?
Pagi-pagi lagi naura sudah bermasam muka di meja makan. Dia tiada mood pada hari ni, memandang bodyguardnya sudah bertukar orang. Mesti bodyguard barunya tidak sebest abang bad. Nasi goreng yang berada dipinggannya mula dikuis-kuis dengan sudu.
Sesekali matanya memandang sekilas kearah beberapa orang bodyguard dan orang gajinya yang turut serta makan bersarapan di meja ini. Memang ini rutin harian mereka . Setiap pagi mesti makan sama-sama. Selepas bodyguard dan orang gajinya habis makan, bodyguard dan maid yang lain akan makan pula. Mereka akan bergilir-gilir. Kalau nak makan semua memang tak cukup meja makan ini yang hanya ada 20 kerusi. Bodyguardnya lah yang paling ramai. Orang gaji hanya ada tiga orang je.
"Huh! " . Terlepas keluhan naura. Matanya masih termenung memandang nasi.
Semua mata yang berada di meja sudah tertumpu ke arah naura. Masing-masing sudah mengerutkan dahi. Mungkin pelik melihat naura yang bad mood itu.
"Kamu ni kenapa ara? Pagi-pagi dah bad mood " . Soal dato amril tiba-tiba. Tidak senang dia ingin makan apabila melihat wajah anak perempuannya.
Tersentak naura dengan teguran itu. Matanya terus memandang abahnya dengan mata yang berkelip beberapa kali "Apa dia? "
"Ouh tak ade ape abah. Kenapa? " soalnya dengan sengihan."Kamu kan selalu buat bising masa makan. Ini senyap je. Lepastu mengeluh. Kamu ni kenapa ara ?" soal dato amril lagi.
Naura menggeleng sambil matanya merenung ke arah bodyguardnya. Matanya tertumpu pula ke arah adam yang berada di hadapannya. Kakinya terus mencuit kaki adam sambil tersengih-sengih.
Adam yang sedang enak menikmati nasi goreng itu terus tersentak. Dia terus memandang bawah meja. Kemudian matanya memandang pula ke arah naura yang sedang menjelirkan lidah kearahnya. Kakinya terus menepis kaki naura dengan kasar. Aish Minah ni.
Bibir nuara sudah tercebik. See, orang kacau sikit dah sepak kaki orang balik. Abang bad dulu tak balas pun. Tak best la! . Tiba-tiba otaknya dapat idea. Dia terus memandang abahnya sambil tersenyum-senyum.
"Abah.... " panggilnya meleret.
"Hmmm"
"Kejap lagi ara nak keluar tau! Nak pergi jalan-jalan bawak bodyguard baru ara ni eh abah eh " . Ujarnya dengan senyuman manis.
Dato amril mengangguk. "Okey boleh. Tapi ingat jangan pergi karoke pulak.kalau abah tahu, ara tak boleh keluar dah " .dia mula memberi amaran. Kalau tak diberi amaran pasti anaknya tidak makan saman.
Naura terfikir sejenak. Baru dia terniat nak pergi. Hadui. Perlahan-lahan dia mengangguk. "Okey... " tapi ara tak janji. Hahahaha. Sambungnya dalam hati.
Kakinya kembali menendang kaki adam. Setelah adam melihatnya, dia mengangkat-angkat kening. Tiga jari di tangan kirinya pula dibukak untuk menunjukkan pistol kemudian digerakkan ke atas, sebagai tanda menembak. Kemudian bibirnya meniup hujung jarinya . Senyuman sinis dilemparkan ke arah adam .
Adam hanya menunjukkan riaksi 'ada aku kisah'. Kepalanya digelengkan. Malas layan budak-budak tak matang ni.
Badri yang duduk di sebelah adam sudah tersenyum. Dia tahu apa yang naura iris ingin lakukan kepada adam. Kesian kau adam, first day masuk kerja dah kena buli.
"Mana nak pergi ni ? " soal adam dengan geram. Ini kali ke tiga dia tanya naura, tapi naura tidak jawab.
Naura berdecit geram. "Pergi je lah time square " .balasnya geram.
YOU ARE READING
MY Husband ! My Bodyguard !
RandomApabila arang bertemu api, semakin marak apinya . Begitu juga apabila Naura Iris dan Adam Mikhael bertemu . Sikap Adam yang tegas dan garang sedikit sebanyak dapat menundukkan Naura Iris yang sangat degil. Pada hari bahagia sepatutnya milik Naura...