Bab 10

14.4K 728 26
                                    

Selesai saja persandingan di kampung Adam iaitu di Kedah, mereka mula bersiap-siap untuk pulang ke KL. walaupun persandingan itu hanya simple, cukup lah sekadar orang kampung mengetahui mereka sudah kahwin.

"Kenapa cepat sangat balik? Kenapa tak tunggu esok je? ". Soal puan khadijah dengan kerutan di dahi.

"Entah abang long ni, baru je habis takkan nk balik dah. Balik la esok ke. Penat tu pun tak habis lagi ". Potong Damia .

Adam yang sedang memasukkan bag ke dalam bonet kereta honda accordnya hanya tersenyum kecil. Ahli keluarga yang sudah tercongok berada di belakangnya di perhati . "Kalau ikutkan memang Adam nak balik esok. Tapi tu lah, ada hal dekat KL. Adam ni kan bodyguard, so kena lah ikut majikan ".

Dania dan puan asmah sudah mencebikkan bibir. "Takkan ayah mertua kamu tak bagi kamu cuti kahwin. Ni mesti isteri kamu yang paksa kan? Nak ikut dia sangat kenapa? Kamu tu suami Adam, suami kena tegas sikit ". Celah puan asmah.

Damia mengangguk laju sambil memeluk lengan puan asmah.

Puan khadijah hanya mampu memerhati. Dia tidak pula mencelah.sesekali dia hanya menggelengkan kepala. Asmah ni baik orangnya. Tapi entah kenapa dia berperangai seperti itu sejak melihat naura.

Adam tersenyum mendengar mamanya bercakap. Bahu puan asmah di pegang. "Maa.. Jangan risau, lagi pun ara yang nak ikut abah dia pergi KL. tapi Adam tak izinkan kalau Adam tak ikut. Mama jangan risau, nanti lepas settle je masalah dekat KL tu, Adam terus datang sini. Adam duduk sini lama sikit ".

"Dah Agak dah ". Ucap Damia dengan kegeraman.

"Kakak ni cuba relex sikit. Kalau adik jadi kak ara pun, adik nak ikut abah adik sebab adik ada abah je ". Jawab syafiqah tiba-tiba.

"Kau diam la kau. Kecik-kecik dah pandai jaga tepi kain orang ! Kau masuk sekarang ". Arah damia sambil menarik telinga adiknya, syafiqah.

"Aduh, aduh sakit... Walid! ".

"Mia... Sakit adik kamu tu " tegur encik khalid dengan kerutan di dahi. Dia tahu apa yang terjadi pada besannya itu. Besannya sendiri menerangkan apa yang terjadi padanya.. Kata dato amril, tiada rahsia antara kita lagi. Risau kalau apa-apa jadi pada dato amril, encik khalid boleh menjaga naura seperti anaknya sendiri.

"Selamat kau ".

Syafiqah terus menjelirkan lidahnya. Selepas itu dia terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Ara.. Dah siap? ". Ujar Adam sambil melihat ke arah naura yang baru keluar daripada rumahnya bersama dato amril. Dia terus menerpa ke arah isterinya dan ayah mertuanya.

Naura tersenyum kelat sambil memimpin abahnya. Walaupun luka abahnya sudah kering tapi dia masih takut jahitan itu terbuka semula. Lagipun dia dengar saja apa yang dikatakan oleh keluarga Adam. Tapi belum sempat dia nak curi-curi dengar, abahnya sudah menegurnya. Kacau line betul.

Ara mula berdiri di hadapan keluarga Adam. Hulurannya mula disua ke arah ummi Adam. Kemudian ke arah mama dan damia. Seperti biasa, hanya hujung jari sahaja yang mereka suakan. Apa aku ni jijik ke pada pandangan mereka? Hanya hani tu saja yang suci pada pandangan mereka berdua. Sebab dia bertudung. Tapi aku tak. Macam tu? Bisiknya di dalam hati.

Sampai sahaja di hadapan walid Adam, dia mula menyalam tangan tua itu. Dia tersenyum ketika memandang encik khalid. Baru dia ingin melepaskan pegangan tangan itu tiba-tiba encik khalid berbisik sesuatu kepadanya. Berkerut dahi. Dia cuba menghadam kata-kata itu.

"Walid tahu ara kuat. Sabar banyak-banyak okey. Jadi isteri yang solehah dekat Adam. Kalau apa-apa jadi, walid dengan ummi dan semua keluarga adam ada untuk ara ".

MY Husband ! My Bodyguard !Where stories live. Discover now