Bab 13

13.4K 708 17
                                    

Hujan diluar rumah membuatkan naura berkoba-koba ingin mandi hujan. Bingkas dia menutup laptopnya dan berlari laju menuruni tangga. "Mak....ooo mak !" Jerit naura kuat sambil berlari ke arah dapur.

"Masyaallah kamu ni ara. Kenapa?" soal mak leha sambil mengusap dadanya. Terkejut dia mendengar suara nyaring naura.

"Mak... Mak... Jom mandi hujan.. Jomlah.. Jomlah ".ucap naura kegirangan. Lengan tua milik mak leha digoncang-goncang sambil kakinya melompat-lompat kecil.

Mak leha menggeleng. "Kamu ni ara. Nak main hujan apanya. Nanti suami kamu marah macam mana? "

"Alaaa dia tak de. Boleh laa mak, jom. Kalau mak tak mau mandi, mak teman je lah ara mandi " desak naura.

Mak leha sudah menggeleng. "Mak tak mau. Kamu tu pun jangan nak gatai-gatai pergi main hujan. Nanti demam susah. Kamu tu dah la cepat demam ".

"Alaaa mak leha.. Boleh lah " pujuk naura lagi.

"Kamu mandi, mak call adam ".

Naura terus melepaskan tangan mak leha dengan mulutnya dicebikkan. Sikit-sikit nak bagi tahu adam. Eyy.

"Pergi duduk depan tengok TV. Tak pun pergi naik atas belajar. Lagi Bagus " sambung mak leha lagi .

Cemberut terus wajah naura. Mulutnya dimuncungkan sambil memeluk tubuh. Merajuk.

Mak leha menggeleng melihat kelakuan naura. Dah jadi bini orang pun perangai macam budak-budak lagi.

Naura masih kaku berdiri di sebelah meja kaunter. Tiba-tiba dia dapat idea nakal. Laju dia berlari ke dalam biliknya dan membuka laci meja makeupnya. Ular tiruan diambil dan dia tergesa-gesa menuju ke arah mak leha semula.

Dia tersenyum sambil memandang mak leha. Ular digumpal supaya muat dalam genggaman tapak tangannya ."Mak...... "

"Hmmm". Acuh tak acuh mak leha menjawab sambil mengelap meja kaunter.

"Mak ! " jerit naura dengan sedikit kuat

"Ouh mak kau mati tersepit ehh tersepit ehh " melatah mak leha. Kain buruk tercampak di muka naura.

"Eyyyyyyy! " . Dengan menggunakan dua jari naura mengambil kain buruk yang sudah jatuh di lengannya. Kemudian di campak di atas meja kaunter.

"Kamu ni kenapa ara? Terkejut mak ".

"Mak.. De...dekat seluar mak.. Ada... Eyyyy"

Baru mak leha ingin menunduk tiba-tiba suara naura menghalang perbuatannya. Terus kepalanya tegak melihat kelakuan naura yang lari ke arah pintu dapur. Pintu dapur yang dibukak kalut oleh naura dipandang dengan beribu soalan.

"Mak..sini mak.. Dekat kain mak ada benda.. Cepat mak ".desak naura sambil menarik lembut tangan mak leha ke muka pintu.

"Bende apa kamu ni? " soal mak leha dengan kerutan di dahi.

"Ada... Ada ular! " dia terus mencampak ular itu ke kain batik mak leha. Selepas itu dia terus berlari ke tengah hujan sambil tergelak besar melihat riaksi mak leha yang turut lari ke tengah hujan.

"Ui ular dalam kain.. Eh ular.. Eh ular.. Psssssss ehh "latah mak leha sambil tangan kirinya buat gaya ular senduk. Kepalanya dipegang sebelum dia menjerit
"Ular-ular! "

"Hahahahahahahaha! " .sakan naura menggelakkan mak leha. Sambil itu dia turut mengajuk cara latahan mak leha. Dia memegang perutnya yang kian sakit akibat ketawa dan selepas itu dia baring ke rumput tiruan belakang rumahnya. Berguling-guling dia ketawakan mak leha. Tubuhnya yang basah terkena hujan dihiraukan

MY Husband ! My Bodyguard !Where stories live. Discover now