Bab 11

15.3K 748 51
                                    

Sudah empat hari naura terbaring di atas katil. Demamnya pula langsung tidak kebah walaupun sudah memakan ubat. Mungkin dosnya tidak kuat. Ataupun dia rindukan abahnya.

Adam yang setia berada di sisi naura mula memerhati wajah naura yang berkerut seakan bermimpikan sesuatu . Tapak tangan kasarnya diletakkan ke tas dahi isterinya. Keluhan dilepaskan. Dia buntu bagaimana lagi dia mahu memujuk isterinya itu pergi ke hospital. Bila dia memaksa isterinya, mula lah naura merayu dan menangis. Dia cukup lemah melihat tangisan naura itu.

Mungkin naura rindukan abahnya. Setiap malam pasti mengingau memanggil abahnya.

"Abah... ".

Lamunan adam mati. Matanya laju memandang ke arah isterinya yang sudah terjaga. Pantas tubuh isterinya didapati.

"Adam... ". Panggil naura lemah dengan air matanya sudah bertakung di tubir mata. Perlahan-lahan dia duduk daripada pembaringan. Serta merta pinggang adam dipeluk kejap dan wajahnya disembamkan pada dada bidang adam . Dia mula melepaskan tangisan kecil. Beginilah kelakuannya jika dia bangun daripada tidur.

Bila dia tak nampak adam pasti dia menangis lagi. Dia takut orang yang dia sayang tinggalkan dia. Cukuplah abah tinggal aku. Jangan adam. Sakit bila terasa kehilangan, tambah-tambah orang yang kita sayang.

Adam mengusap rambut ikal naura sambil tangan sebelah kanannya memeluk bahu isterinya seakan memberi kekuatan.
"Aku ada dekat sini. Kau jangan risau ". Pujuknya. Panas badan naura jelas terasa pada kulitnya. Tapi dibiarkan.

"Adam...kenapa abah tinggalkan ara? Sobs sobs sobs ". Tersedu sedan dia bertanya adam. Wajahnya digerakkan sedikit supaya adam tidak melihat wajahnya.

"Shhh...semua manusia dekat dunia ni akan mati ara. Abah pergi dulu sebab Allah sayang abah ... " lembut sahaja dia berkata. Belakang badan diusap perlahan.

"Tapi...sobs.. Sobs.. Ke.. Kenapa abah pergi macam tu? ". Soalnya lagi. Jelas bagaimana keadaan abahnya yang rentung itu di bawa keluar daripada kereta. Masih segar diingatannya.

"Takdir ara.. Allah dah tetapkan macam mana perjalanan hidup kita, termasuk sekali macam mana cara kita mati ara ". Jawab adam.

Naura senyap. Bahunya terangkat-angkat kerana menangis teresak-esak. Sejak hari pertama abahnya pergi dia langsung tidak berenti menangis. Waktu tidur pun dia akan menangis bila bermimpi abahnya.

Adam hanya biarkan esakkan naura memenuhi ruangan bilik itu. Dadanya juga terasa basah dek air mata isterinya.

"Tadi... Ara mimpi abah. Ara nampak tubuh abah rentung... Ara takut, tapi ara rindu abah. Lepas ni tak de sapa dah nak layan manja ara, marah ara, bebel ara. Ara dah tak dapat kasih sayang seorang bapa lagi. Kalau diberi peluang, ara nak ikut abah. Biar waktu tu ara ada sekali dengan abah. Ara boleh jaga abah... ".

"Ara.. Ara... ". Panggil adam beberapa kali. Kedua bahu isterinya dipegang dan di tolak kebelakang. Wajah naura yang merah itu dipandang dengan penuh kasihan. Tapak tangannya mula di letakkan di pipi naura dan di dongakkan wajah itu. Ibu jarinya juga mengusap linangan air mata itu. Dia benci melihat air mata isterinya mengalir . Dadanya sakit.

"Semua ni ketentuan Allah ara... Dia tahu hamba dia kuat laluinya. Dia takkan bagi sesuatu dugaan tu kalau hambanya tak mampu... Isteri adam ni kuat. Lagi pun adamkan ada. Adam janji adam akan jaga ara macam mana abah jaga ara. Adam janji ". Begitu lembut sekali dia berkata. Mata naura ditenung lembut. Jelas sekali rasa kehilangannya itu. Kalau dia lah ditempat naura, pasti dia tidak sekuat isterinya ini.

"Jangan menangis lagi please. Adam rasa sakit dekat sini ". Sambungnya lagi. Dadanya ditunjukkan. Air mata naura yang hampir menitis laju diseka. Dah banyak sangat isterinya menangis.

MY Husband ! My Bodyguard !Where stories live. Discover now