"Nisah kau join perkhemahan tak nanti?" seraya itu kepala aku dongakan dan memandang gerangan dihadapan aku, Ireen.
"Tak, asal?" Balas aku acuh tak acuh
"Wei pergi lah. Aku tak ada kawan lah. Tahun lepas pun kau tak pergi, tahun ni pergi lah" rayu Ireen, sambil tangan kanan nya memaut tangan kiri aku erat.
"Hmm tengok lah macam mana. Nanti aku bagitahu ayah aku"
"Serious eh? Pujuk ayah kau sampai dapat tau" aku hanya mengangguk. Bukan aku tak nak pergi, dari dulu lagi aku nak pergi aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh PIBG, tapi.. Bila fikir kan keluarga aku yang tak mampu nak tampung bayaran tu. Aku pasrah dan tak pergi.
Focus aku kembali kepada buku matematik tambahan. Ireen juga telah menghilangkan diri. Dalam ralit aku menyiapkan latihan itu, pensil aku tiba tiba ditarik dari genggaman aku.
Aku dongak lagi. "Ikut aku" kata orang yang mengambil pensil aku tadi tanpa persetujuan aku. Aku kaku di tempat aku, "tak nak" membantah
"Ikut jelah" kata dia tegas
"Aku kata tak nak" aku masih tidak endah dengan arahan dia. Tiba tiba dia mengambil beg sekolah aku dan bawa ke arah tong sampah.
"ikut aku! Kalau kau tak nak beg murah kau ni masuk dalam tong sampah"
"Bagi balik lah beg aku. Aku kata tak nak, tak nak lah!" Marah aku tak dapat dibendung lagi. Sedaya upaya aku cuba merampas beg itu semula. Ada beberapa pelajar yang melihat adegan kami ingin menolong aku, tapi malang. Lelaki tadi atau nama sebenar nya, Mahadi Luthfi telah menutup pintu kelas dan mengunci nya.
"Jangan sesiapa berani nak buka" amarah nya
Now, I'm stuck with this mad guy in my classroom. "Kau nak apa?" soal aku
"Aku just suruh kau ikut aku susah sangat ke?" Kata dia kasar, "-itu pun perlu ajar. Perlu ugut macam ni?"
"Penting sangat ke? Tak boleh nak settle dekat sini?" Nada aku kembali tenang, tapi ada sedikit sinis. "Sebab tak boleh lah, aku suruh kau ikut aku. Now, ikut aku or this beg akan masuk ke dalam tong sampah" seraya dia hadiah kan aku senyuman senget.
"Bagi beg tu dulu" arah aku lembut
"Ikut aku dulu, aku bawa beg ni sekali"
"No! And big no. Bagi dulu baru aku ikut kau"
"Aku tak kesah, tapi beg ni dalam sekelip mata je boleh mendarat" tangan dia yang kemas memegang beg aku mengacah acah untuk masuk kan beg aku ke dalam tong sampah itu
"Okay aku ikut" aku mengalah.
±
Aku hulurkan tangan aku ke arah Luthfi, "beg" kata aku ringkas.
Dia pulang kan beg aku. Tanpa tunggu lama, kaki aku melangkah meninggalkan tempat tu. "MARWAH ANISAH! Aku belum cakap apa apa lagi"
Aku pusing ke arah dia semula, "kau nak cakap apa? Aku nak belajar lah"
"kau pergi ke kem tu?" Tanya dia lembut. Tapi soalan dia itu aku biar kan sahaja, dan kembali pulang ke kelas sambil menyandang beg sekolah aku.
"Jangan pergi, aku merayu" kata dia sambil tangan menarik beg aku dari belakang. "Kau siapa nak halang aku?" Soal aku sinis
"Aku tahu kau macam mana. Jangan pergi" kata dia lagi
"Diam! Kau tak ada hak atas keputusan aku" nada aku naik seoktaf. Pantang betul aku dengan orang yang suka masuk campur hal aku ni. Tak boleh ke buat hal sendiri?!
"Tapi...." Sebelum ayat dia habis, aku sudah memotong "lepas kan beg aku! Aku nak belajar. Sebelum aku report kau dekat peng"
"Okay aku lepas, tapi tolong jangan pergi"
Seraya itu dia melepaskan beg aku dan aku terus ke kelas aku kembali.±
Fikiran aku runsing. Patut ke aku pergi? Tapi.. Kesian ayah nak cari duit dekat mana?
Haih, hanya perkara itu sahaja yang berlegar legar difikiran aku sekarang ni. Kalau tak pergi, tak merasalah aku perkhemahan sepanjang aku bergelar pelajar. Kalau pergi, kesian ayah. Aku tahu ayah tak mampu nak bayar.
Aku teliti surat kebenaran ibu bapa itu kembali. Yuran penyertaan itu aku amati begitu mendalam. RM 480. Gaji ayah sahaja sebulan mencecah RM 5700. Tolak bil air, bil api. Haih
Dalam kerunsingan aku berani kan diri untuk memberitahu ayah pasal keinginan aku ini. Aku cari kelibat ayah di ruang tamu, tiada, di dapur, tiada. Akhirnya aku jumpa ayah ralit menyiram pokok di gazebo rumah ku. Dalam diam, aku tersenyum sendirian.
Aku menghampiri ayah. "Ayah, along ada nak cakap sikit" fokus ayah terarah kepada aku pula.
"Apa dia? Cakap lah" nampak ayah yang seperti tidak heran dengan kehadiran aku, aku ajak ayah duduk. "-kenapa ni? Macam penting je"
"Erm macam mana eh nak cakap" aku tarik nafas dalam dalam. "Kenapa?" Soal ayah kehairanan
"Okay macam ni. Erm. Sekolah along ada buat perkhemahan tapi, erm. Er yuran dia, erm. Er mahal" aku dongak untuk lihat reaksi ayah. Bila perasan wajah ayah tidak berubah, seperti tidak kisah dengan cerita ini aku menyambung kembali.
"-tapi along memang nak pergi. Lagipun, erm. Er tahun ni along last bersekolah" aku tundukan wajah aku. Takut ayah akan marah dengan permintaan aku
"Lah, itu je. Pergi lah"
Aku pandang ayah tidak percaya. "-kenapa pandang ayah macam tu?"
"Serious lah, ayah bagi along pergi. Tapi tambang dia hampir mencecah RM 500" Aku masih risau tentang harga tersebut
"Pergi lah. Pak cik Mustafa bagi ayah duit. Katanya untuk kamu pergi perkhemahan. Cuma ayah tunggu masa kamu minta kebenaran ayah dulu."
"Pak cik Mustafa bagi duit? Untuk?"
Soal aku pelik. Pak cik Mustafa adalah kawan karib ayah sejak ayah di bangku sekolah. Dia juga seorang penerbit buku terkenal, malah dia adalah ayah kepada Luthfi."Entah. Mula mula ayah tolak. Tapi dia merayu supaya ayah terima. Kamu tahu lah kalau pak cik Mus tu dah merayu macam mana"
Aku hanya ketawa dengan penyataan ayah, tapi dalam masa yang sama aku kecewa. Bukan dengan ayah, bukan dengan pak cik Mus tapi dengan Luthfi. Aku tahu ini kerja dia
±
Esoknya disekolah,
Mata aku tidak lekang melihat kesesakan sekolah yang aku huni sejak tingkatan satu. Sekolah yang sibuk dengan gosip masalah keluarga, fashion dan mata wang.
Ye, mata wang! Bagi mereka mata wang adalah perkara paling berharga dalam hidup mereka. Tiada istilah kasih sayang atau cinta dalam hidup diorang kecuali keseronokan dengan wang ringgit.
Aku kerap hadir awal ke sekolah. Salah satu sebab nya, aku tak nak mereka tahu aku hanya berjalan kaki ke sekolah. Aku malu? Tidak, tapi sedikit cemburu dengan rakan sekolah aku yang lain. Setiap pagi dihantar oleh driver yang di bayar berpuluh puluh ribu.
Jika dibandingkan kerja ayah aku dengan ayah mereka, sangat berbeza. Ayah aku cuma orang suruhan atau dipanggil orang bawahan. Tapi ayah mereka adalah orang atasan, yang mengarah dan membayar gaji pekerja nya.
Bagaimana aku boleh masuk sekolah ni? Aku dapat masuk ke sekolah ini dengan bantuan majikan ayah aku. Dia adalah seorang penerbit yang berdedikasi, dan isteri nya adalah pengetua sekolah ini. Dia adalah, pak cik Mus dan auntie Hani. Papa dan mama kepada Mahadi Luthfi. Kawan yang digelar musuh.
Dia ada ketika aku susah dan senang. Namun kehadirannya, hanya membuat aku berasa seperti orang tiada apa apa didunia ini.
First chapter. How? Bad or good?
YOU ARE READING
Antara Dua
Teen FictionDi antara Nazim dan Luthfi, Nisah terpaksa membuat pilihan yang rumit. Ia seperti memilih antara 'mencintai untuk kebahagiaan' atau 'dihargai dalam percintaan?' Pemilihan ini mengharuskannya memilih hanya satu dari kedua lelaki itu. Luthfi, seorang...