0.5

26 7 0
                                    

"Kepada semua pelajar yang pergi ke Tampin untuk aktiviti perkhemahan sila jelaskan yuran penyertaan sekarang."

Aku bangun dari duduk aku dan pergi ke depan. Semasa aku hendak ke tempat aku semula, aku nampak Nazim memandang aku dari tempat dia tidak berkelip. Tiba tiba ada orang menolak aku dari belakang

"Jangan pandang dia" arah orang tersebut
Aku berpusing untuk melihat gerangan nya, ternyata betul sangkaan aku, Mahadi Luthfi
Aku terus ke tempat duduk aku

± (Mahadi Luthfi)

Buku rujukan dan latihan sains kemas dalam pelukan aku. Kaki aku terarah ke tempat yang selalu aku singgah kalau ada waktu lapang. Tempat ni juga, tempat aku perhati Marwah Anisah, gadis baju pink.

Throwback, (4 tahun lepas)

Setelah penat berjoging, aku merehatkan diri aku di bangku yang berdekatan dengan tasik. Aku teguk air mineral di dalam botol beberapa kali. Aku cabut earphone yang aku pakai dan menikmati pemandangan yang terhidang di hadapan ku

Dalam keasyikan melayan perasaan, tiba tiba aku mendengar suara gadis menangis keesakan. Aku mencari, seriau babe. Dah lah tengah seorang seorang, tiba tiba dengar orang nangis, perempuan pula tuh.
Dalam pencarian aku, mata aku tertumpu kepada gadis bersweater pink, kepala nya ditutup dengan hook baju tersebut. Aku menghampirinya

"Kenap-pa ayah dengan ibu tak pernah cerita pasal ni?" Rintih dia,

"Kenapa aku perlu tahu sendiri? Kenap-pa diorang rahsia kan dari aku" walaupun aku tak faham apa yang cuba dia sampai kan, tapi benda kedengaran sangat mengilukan. Mesti hati dia sakit sekarang ni

Dalam tenang aku mendengar rintihan dia, tiba tiba dia menjerit, "ARGHHHHHH, ALONG KAU KUAT. JANGAN JADI LEMBIK SANGAT LAH! MUNGKIN ADA SEBAB DIORANG RAHSIAKAN! HUH"

Aku menahan ketawa. Pelik, tadi menangis sekarang menjerit. Haduhai, comel je.
Dia bangun dari duduknya, oleh disebabkan angin hook yang menutup kepala nya terjatuh. aku berkesempatan melihat wajah dia. Damn, Marwah Anisah? My classmate! Kenapa aku baru tahu yang dia ni comel? Kenapa dengan dia? Apa masalah dia?

Dia terus ke tepi tasik.
"AYAH IBU, ALONG JANJI TAK KAN BEBANKAN AYAH DENGAN IBU. ALONG SAYANG KELUARGA ALONG!"

Then dia terduduk di tepi tasik itu. Menyambung tangisannya dengan tersendu sendan. Banyak aku tengok perubahan dia, dulu masa ada Fad, dia nampak ceria dan selalu positive. Tapi sekarang dia nampak macam mengalami kemurungan. I dont why, but hati aku rasa berat sangat, nak tahu je pasal dia ni

End flashback,

"Ehermm, jauh daydream kau. Aku panggil banyak kali pun tak perasan" disebabkan teguran yang tiba tiba dan tanpa jangkaan aku, bahu aku terhinjut

Aku menoleh ke sisi aku, kelihatan Arfadh sedang menyedut air kotak dutch lady nya dengan tenang. Eh eh dia nih, dah buat aku terkejut macam nak terberanak boleh sedap dia sedut air dutch lady. Aku tetak juga kang

"-so, apa yang kau mimpi kan siang siang terik macam ni?!" Sambung dia

"Kacau ahh kau. Tak ada apa apa, kau sibuk apa hal"

"Saja nak tahu. Sebab aku ada satu lagi soalan untuk kau"

"Soalan apa? Aku tak ada masa lah"

"Macam mana kau boleh tahu tempat ni? Kau stalk Nisah ehh?!"
Aku balas pandangan pelik dia. Babi lah budak ni. Sorry jujur aku cakap, aku menyampah gila dengan dia ni. Mulut tu, hadui. Kalau ye pun, cakap slow slow dah lah, ni macam nak satu sekolah dengar

"Tak ada makna nya aku stalk dia. Ni tempat aku study seorang seorang, aku tak tahu pun Nisah selalu ke sini" aku bohong

"Kau kalau nak menipu, jangan dengan aku"

"-tempat kau nak study, sepatutnya dekat bangku tu. Kenapa kau bersiri dekat sini then tengok tempat Nisah selalu menyorok?!"jari nya menunding ke arah bangku yang memang selalu aku duduk.

Damn, how did he know about this?!
"-untuk pengetahuan kau, aku nampak kau masa Nisah lepas kan stress dia kat sini haritu. Jangan ingat boleh lari dari aku. Baik jujur, kau suka dia kan"

"Mengarut" aku nafikan

"Pengecut" jerit Fad lantang

"Babi kau, aku bukan pengecut lah sial"

"So jujur, tak kan itu pun susah kot" kata dia dengan sindiran

"Okay fine, ye aku suka dia. Suka sangat sangat. Puas"

"Okay, settle, apa apa perkembangan nanti aku bagitahu kau" dia mengeluarkan telefon pintar nya dari kocek seluar dan mematikan recorder perbualan kami

"Sial, kau rakam apa yang aku cakap"
Dia angguk, dan mula melangkah pergi dari tempat itu. Aku tarik dia dan menggenggam kolar baju nya

"Kau nak buat apa dengan rakaman tu?"

"Bagi Nisah mungkin"

"Babi" aku lepas kan penumbuk ke muka nya

"Chill, kau buat macam ni lagi aku rasa tercabar nak bagi satu sekolah"
Terus aku lepas kan kolar baju dia

"-jangan risau, aku tak sejahat yang kau fikir kan. Ni aku akan simpan, bila tiba masa aku perlu buka rahsia ni, aku akan buka" Fad memukul belakang bahu aku perlahan

Aku melepaskan keluhan

± Marwah Anisah

Pagi ni, kami perlu datang awal ke sekolah. Aku menunggu Ireen di hadapan bas. Sebelum masuk ke dalam bas, kami perlu tahu tempat duduk masing masing. Sementara tunggu Ireen, aku pun pergi ke cikgu Husnain dan melihat no kerusi aku dan siapa partner aku.

Alhamdulillah, aku tak duduk belakang dan tak duduk dekat depan. Partner aku pula Fad. Memang seronok lah macam ni.  Dalam bas boleh tidur puas puas, tak ada siapa nak kacau. Fad sah sah dia tidur dulu sebelum aku


"Nisah!" Aku menoleh, Ireen yang baru saja tiba menarik bagasi dia ke arah aku. Pelik betul, aku rasa kem kali ni 4 hari 3 malam. Tapi dia bawa barang macam sebulan dekat Tampin


Aku lambaikan tangan aku. "Sorry lambat, kau ni buat bodoh je nampak aku. Bukan nya nak tolong, tahu tak berat"
Eh eh, dia punya barang suruh aku pula bawa.


"Yang kau bawa banyak banyak ni buat apa? Bukan nya lama pun dekat sana. Sampai tiga beg, bawa apa doh" soal aku


"Bawa dosa lah, bawa apa lagi. Dosa dia kan bertimbun mana boleh tinggal" aku menoleh lagi. Lawak yang disampaikan oleh Fad yang baru je sampai, disambut meriah dari semua pelajar. Aku ingat aku je dengar rupanya hampir semua yang menyertai kem ni ketawa.


"Mana ada lah. Tengok ni, beg ni aku bawa bantal, nanti susah nak tidur kalau tak ada bantal. Aku bawa dua, satu untuk kau. Yang ni pula beg untuk doll doll aku. Kesian diorang nak ikut. Aku mimpi diorang nangis sebab aku tinggalkan, so aku angkut lah sekali. Dan bagasi ni pakaian dengan barang mandi."
panjang lebat dia terangkan, aku hanya mengangguk faham. Cuma yang tak faham nya, anak patung tu tak payah lah bawa. Setakat mimpi diorang nangis, aduhhh, mimpi je pun


"Kau demam eh" Fad meletakkan belakang tapak tangan dia ke kepala Ireen


"Mana ada lah. Sibuk je, tak nak kawan. Haa, Nisah nak tahu lagi tak. Aku packing barang aku sendiri. Pastu kan mama dengan papa aku puji aku pagi tadi. hebat kan" sambung dia, aku mengangguk lagi.
"Good job girl. Bagus bagus" dan aku mengusap kepala dia


Fad pandang aku pelik. "Macam mana lah korang ni boleh berkawan. Pelik aku" dan dia berlalu pergi dan mencari Amra


TBC🔥
UB1 dah selesai, tinggal PPT, TRIAL then SPM sebenar. Tak lama je lagi
So wish me luck okay🙆🌸

Antara DuaWhere stories live. Discover now