1.0

8 0 0
                                    

Akhirnya, percutian perkhemahan kami berakhir. Sumpah, aku rasa menyesal sangat join perkhemahan ni. Penatnya tak hilang lagi dari semalam. Pagi ni, dah kena pulak pergi sekolah. Kalau ikut hati, memang dah lama aku sambung tidur. Tapi, bila teringat ibu dan ayah, terus hilang niat nak tidur balik.

Di sekolah, macam biasa aku dianggap pelajar rajin yang selalu datang awal. Pagi ni, aku paling awal sampai. Sunyi gila sekolah ni, nasib baik ada pak guard. Tak pelik lah, hari ni tak ramai orang sebab cuti sehari lepas perkhemahan. Haih, penat.Aku tunggu Ireen di pondok biasa. Daripada aku membuang masa, lebih baik aku baca apa yang patut. Spm pun dah nak dekat.

"Seorang je?" Suara yang akrab kedengaran di telinga aku, membuat aku segera memalingkan badan menghadap dia.

"Haah, seorang je. Tengah tunggu Ireen", aku senyum manis pada boyfriend aku, Nazim, yang berdiri berhadapan denganku. Nazim mengambil tempat dan dengan pantas menutup buku yang aku pegang.

"Tak payah lah baca buku. Dah pandai pun nak baca lagi ke," katanya.

"Mana ada pandai. Bagi balik", aku cuba merebut buku itu dari tangannya.

"Tak payah lah. Setakat sejarah, senang je ni", Nazim berkata dengan penuh keyakinan, aku hanya memandang sinis ke arahnya.

"-berani ambil lah", buku aku diacah-acah ke arah aku. Setiap kali tangan aku nak capai, mesti terlepas buku itu. Banyak kali aku cuba namun hanya sia-sia.

"-cepatlah, nak ke tak nak?' dia mengacah-acah lagi.

"Ish, malas lah. Ambil lah buku tu. Bawa balik terus!", aku merajuk. Bukan selalu nak merajuk dengan lelaki ni. Alang-alang dah ada boyfriend ni, peluang nak merasa dipujuk. Hehe.

"Alalalalaaa. Merajuk ke? Nak kena pujuk ke ni?", kepalanya disengetkan menghadap aku. Aku buat tidak tahu, sedangkan hati aku dah menjerit-jerit dah. Kenapa dia comel sangat nih!

"Tak payah pujuk. Dah lah, orang nak pergi kelas. Bye," aku masih dengan rajuk aku. Masa aku jalan ke kelas, aku tahu Nazim membontoti aku.

"Tak payah lah ikut orang!", aku marah sambil berjalan, menoleh ke belakang untuk melihat Nazim.

"Saya nak ke kelas juga, salah ke?" sekali lagi, dia menyengetkan kepala nya.

"Mengada-ngada, sibuk je," aku berkata perlahan, perlahan sehingga aku rasa aku saja yang dengar.

"Saya dengar. Saya sibuk sebab saya sayang", sekali lagi aku toleh menghadap Nazim. Nazim menjuihkan bibir bawahnya.Dan aku perasan buku rujukan sejarah aku ada di tangan kiri Nazim, tanpa membuang masa, aku berkata, "Tak sangka kan sebenarnya Nazim ni seorang yang manja", sambil merebut buku sejarah aku tanpa Nazim sedar.

"-terima kasih. Bye," aku jerit dan berlari ke kelas. Sedang aku berlari, aku terlanggar seseorang yang sedang berdiri statik di depan papan rujukan. Disebabkan perlanggaran itu, aku terjatuh manakala orang yang aku langgar itu terhantuk dengan papan rujukan itu.

"-Arghh, sorry. Sorry tak nampak tadi", cepat aku meminta maaf.

"Ish, macam budak-budak lah. Ni high school bukan kindergarten! Lari-lari buat apa", teriak orang itu.

"Sorry, saya minta maaf", disebabkan terlalu takut, aku tidak bangun dari tempat yang aku jatuh malah hanya menundukkan wajah aku. Lagipun, budak-budak sekolah ni bukan boleh main. Mereka anak-anak orang kaya. Sekiranya tidak puas hati, mereka terus menyaman orang tersebut.

"Dah tak reti nak bangun? Tak payah nak buat macam sakit sangat, kau yang langgar aku", kata gerangan yang aku langgar tadi. "-haa, tu boyfriend kau dah datang nak selamatkan kau. Aku gerak dulu", selepas itu, dia meninggalkan aku yang masih menunduk.

"Nisah, boleh bangun tak?" setelah dengar suara Nazim, segera aku bangun dengan sendirinya."-tulah, berlari lagi. Nasib baik Luthfi tak pukul kau. Dia tu bukan boleh buat main", Nazim membantu aku mengutip barang aku di lantai, sambil aku menepuk habuk di baju aku.Luthfi? Tadi tu Luthfi? Tapi kenapa aku tak cam langsung yang itu dia?


🌥


"Okay kelas, sebelum saya lepaskan kamu untuk berehat. Saya nak ingatkan yang peperiksaan pertengahan tahun kamu tinggal lagi dua minggu. Seronok-seronok juga, tapi belajar jangan lupa. Hari ni pun saya kecewa dengan kedatangan kelas kamu, tak sampai separuh yang datang. So, saya minta tolong ingatkan kawan kamu yang tidak hadir hari ini okay. Dah kamu semua boleh rehat."


Di kantin, aku duduk sorang-sorang makan sandwich sambil tangan ku membaca buku nota ringkas yang aku buat untuk subjek sejarah. Tapi fikiran ku kerap berpusing memikirkan tentang perbezaan Luthfi. Dia berbeza. Sangat berbeza. Dia dah tidak busbody seperti selalu. Aku ada buat salah besar ke dengan dia, atau ada tersalah cakap. Otak aku bergeliga memikirnya.

Tuk tuk, "Uit, khushuknya dia ni study sejarah", leka aku mengelamun, Nazim datang mengetuk meja yang aku duduk, dan mengambil tempat di sebelah aku. Terus aku lupa tentang Luthfi dan tersenyum memandang Nazim.

"-suka sangat dengan sejarah awak ni, jarang tau nampak orang suka sejarah", seperti biasa Nazim memulakan perbualan, tapi 'awak?' benda baru. Takpelah, layan jelah.

"Mana ada saya suka sejarah, ini saya belajar sebab saya risau. Saya tak rasa subjek sejarah ni boleh ambil ringan je", kata aku sambil mencebik bibir membuat muka sedih.

"Alololo, dia manja ni. Sejarah ni senang je kalau awak fokus dalam kelas."

"Oo, awak nak cakap saya tak fokus lah dalam kelas, macam tu?" Nazim menggelengkan kepala dan ketawa.

"Saya tak cakap, awak yang mengaku hahaha", aku pukul bahu dia dengan nota ringkas ku. "-hahaha ni awak makan sandwich je ke?"

"Iyee, malas nak beratur dekat tempat makanan berat."

"Habis tu sia-sia je bayar yuran tapi hari-hari ambil sandwich."

"Mana ada hari-hari. Isnin dengan Jumaat saya ambil lah makanan berat", Nazim mengangguk.

"Oo, Isnin dengan Jumaat. Banyak lagi saya kene belajar tentang awak ni", mata dia fokus memandang aku, aku mula tersipu malu tak tahu nak pandang mana.

"Jangan pandang macam tu."

"Pandang macam mana? Macam ni ke, macam ni?", dia makin telengkan kepala nya berdepan dengan muka aku. Semakin aku malu dan tersenyum. Kalau hari-hari macam ni kan best, hilang stress.

Tanpa diduga, adegan sweet dari couple tercomel itu dilihat penuh minat oleh Luthfi di sebalik tiang. Dari jauh dia hanya memerhati senyuman yang terukir dibibir Marwah Anisah. Di sudut hatinya ada perasaan gembira tapi kecewa. Kekecewaan yang dia perlu simpan demi kebahagiaan orang lain. Dia berlalu ke tandas, waktu rehatnya hari ini hanya bertemankan sepi dan memikirkan kebahagiaan orang lain.

TBC

Anisah Marwah ni nak mana satu, red flag red flag

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Antara DuaWhere stories live. Discover now