"Rehat ikut aku. Ada benda kena settle dengan kau. Kalau tak segala barang kau, jahanam aku kerja kan. Jangan cabar aku"
Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu megikut nya. "Aku cakap jangan cabar aku"
"Kau siapa nak paksa aku?" Marah aku
Dah lah pagi tadi cari pasal, hati aku ni bukan kering sangat senang nak lupa kan perkara lepas. Huh"Kau yang buat aku untuk paksa kau" kata Luthfi ringkas. "-tak susah kan? Aku suruh kau ikut aku je. Itu pun kena cakap banyak kali ke?" Sindir dia pula
"Aku kata tak nak kan? Itu pun kena cakap banyak kali ke? Tak faham bahasa?" Dalam pada masa yang sama, aku tekan kan ayat 'tak nak' itu biar dia faham sikit.
"Aku tak faham. So ikut aku lepas rehat. Aku dah warning awal awal jangan sampai aku jahanam kan segala barang kau ni" ugut dia.
"Aku ada hak untuk berkata tak nak" aku tak mengalah
"Aku tak main main eh. Aku cakap, aku buat."
"So, buat lah. Aku nak tengok berani mana kau ni" laju tangan nya mengambil pencil box aku dan membaling nya ke lantai.
"Aku dah kata tadi. Apa yang aku cakap, aku buat. So, rehat ikut aku. ni baru sikit, belum kau punya beg, buku, baju. Jangan sampai semua hancur hari ni"
Dalam perasaan marah, Aku mengutip barang aku yang bertaburan di lantai. "Jangan kau berani sentuh barang aku. Kau tak ada hak" marah aku
"Kalau kau nak cakap pasal hak dengan aku tak ada guna pun. Sebab" dia mencangkuk sebelah aku, dan merapatkan mulut dia ke telinga aku.
"-sebab barang kau ni semua guna duit ayah aku. Kecuali baju ni" sambung dia dengan sidiran
"Suka lah kan kau nampak aku macam ni. Buli lah aku lagi sampai kau puas. Selagi tak puas jangan berhenti" arah aku, dalam diam aku menahan sebak dengan sikap Luthfi yang tak pernah nak habis
"Kau yang suruh, jangan menyesal" seraya dia meninggalkan aku sendirian.
Aku hanya mampu menjeling. Cakap dengan dia ni mahu sampai tahun depan tak habis. Dia je yang nak menang. Grr
±
Rehat,
"Nisah, kau tak rehat ke?" Tanya Ireen. Mungkin nampak aku tak bangun bangun dari kerusi membuat kan dia bertanya
"Hah, kau pergi lah dulu" saja aku melengahkan masa aku dengan mengemas barang di atas meja aku. Dalam hati aku memang tak nak hadap muka si cemerkap tu. Haih
"Okay, aku pergi dulu Lah" aku mengangguk dengan kata Ireen. Bagus juga dia pergi sekarang
Aku mengeluh kecil. Dari sisi mata aku, aku boleh melihat gerangan yang setia menunggu aku di sebalik pintu hadapan kelas. 'Biar lah dia tunggu. Aku tak suruh pun dia tunggu, tu salah dia'
Lagi aku lengahkan masa dengan mengutip sampah yang berdekatan dengan tempat aku duduk. Mungkin dia penat menunggu, dia masuk dan menarik aku ikut dia ke tempat rahsia kami 'bergaduh', atas bumbung sekolah.
"Kau memang tak reti sabar eh? Aku tengah buang sampah kan tadi" marah aku setelah sampai ke tempat yang dituju
"Aku dah lama sabar dengan kau. Kau tu yang saja nak biar aku tunggu lama lama kenapa?!" Marah dia
YOU ARE READING
Antara Dua
Teen FictionDi antara Nazim dan Luthfi, Nisah terpaksa membuat pilihan yang rumit. Ia seperti memilih antara 'mencintai untuk kebahagiaan' atau 'dihargai dalam percintaan?' Pemilihan ini mengharuskannya memilih hanya satu dari kedua lelaki itu. Luthfi, seorang...