0.9

21 3 0
                                    

"aku terima, kita couple for real" laju aku memotong percakapan Nazim dan memberikan nya senyuman


Perkara yang berlaku beberapa minit lepas sering mengganggu fikiran aku. Setiap bait bait perbualan aku dengan Nazim masih terngiang ngiang di telinga aku. Dalam ralit aku berangan di siang hari ni, ada seseorang masuk ke khemah rehat tanpa pengetahuan aku.


"Dah okay ke? Aku risau gila tau" suara itu aku dengar tapi sekadar berlalu seperti angin. Tiada sahutan daripada aku langsung.
"Kau okay ke tak? Asal macam makin teruk je ni?" Sekali lagi, aku tidak menyahut sehingga lah...


"ANISAH MARWAH!" Kali ini aku tersentak dan pandang ke gerangan yang cuba berbual dengan aku sebentar tadi.
"Ha? Irene, kenapa jerit jerit" seperti orang bodoh aku menyoal dia. Muka Irene dah merah membahang menahan sabar. "Ish mana tak jerit nya, orang cakap dengan dia. Dia boleh buat donnoh je. Ish" seraya itu jari runcing nya menunjal nunjal pipi aku.


"Ala sorry lah. Ada benda aku fikir. Serabut sikit" aku cuba membetulkan duduk aku. Selimut aku jatuh kan sehingga betul betul di pinggang aku. Irene membantu aku bersandar di kepala katil.
"Apa yang serabut sangat?" aku mula ceritakan kepada Irene tentang hubungan yang baru terjalin sebentar tadi. From A to Z.


"WHAT?! Serious lah. Patut lah" aku kerut kan kening aku. Apa yang patut nya?
"Kenapa patut lah?" Irene tersengih sumbing. Kening kiri dia terangkat angkat. "Patutlah, masa aku jalan sini aku terserempak dengan Nazim. Semenjak dua menjak ni dia jarang senyum. Tapi tadi dia dah kembali kepada asal. Suka senyum. Dan serious aku cakap senyuman dia creepy gila. Macam orang mati akal" dalam Irene bercerita, dia turut ketawa dengan lawak jenaka nya. Tapi bukan aku, aku hanya diam membatu tanpa bergerak


'Jarang senyum?
Serious lah, selama ni dia senyum je dengan aku.
Kembali kepada asal?
Lagi tak percaya. Perangai dia tak pernah berubah. Well ada lah berubah sikit. Tapi tak lah obvious sangat.
Arghh, makin serabut lah aku.'


Aku menggelengkan kepala aku berulang kali, sampai lah Irene memegang kepala aku dari terus bergerak. Kepala aku menjadi kejap, tidak dapat bergerak. Hebat penangan Irene
"Nisah? Are you there?" Mata dia mencari anak mata aku. Bila bertembung, dia menghela nafas lega


"Apa hal?" Soal aku
"Tak ada apa. Cuma risau kau kena rasuk ke apa. Yelah kita pun dekat tempat yang agak... tak pelah" dia pula menggelengkan kepala dia. Aku ketawa halus, tahu takut. Ingat berani sangat.


"Nisah, can I ask you something?" Aku mengangguk
"Are you serious with this relationship? I means about you and Nazim, couple for real." Aku takut takut nak mengangguk tapi akhirnya kepala aku jatuh dan bangun berulang kali.


"So, how about Luthfi?" mata aku menikam seraut wajah Irene, "-I just ask. Sorry" sambung Irene
"No its okay"


"So?" Aku mengangkat bahu aku.
"-I knew you love him. Do you?" aku diam mencari jawapan. Bila aku mula membuka mulut. Satu gerangan yang aku dan Irene amat kenali masuk ke dalam khemah rehat itu.


"Sorry ganggu. Aku ingat kau tidur"
Luthfi, ye Mahadi Luthfi masuk ke khemah itu dengan wajah yang penuh lebam. Tangan dia juga berbalut. Kecederaan dia lebih teruk dari Nazim.
"-korang sambung lah borak. Aku nak ambil ubat je kat sini" sambung dia tanpa melihat ke arah aku malah hanya memandang ke arah Irene


"Luthfi bukan kau pun kena tahan ke kat sini? Macam mana boleh keluar then masuk balik nak ambil ubat. Kalau medic tahu macam mana?" bentak Irene
"Diorang tak akan tahu kalau tak ada siapa report. So better kau pun diam kan diri" Luthfi kelihatan dingin. Mood dia juga seperti dalam ribut taufan


Sebenarnya aku terkejut. Dia satu khemah dengan aku. Tapi kenapa aku tak perasan langsung. Masa Nazim masuk pun seperti tiada sesiapa.
Nazim?!
Maknanya Luthfi dengar lah apa yang aku cakap dengan Nazim. About that relationship also? But I think no, kalau dia tahu mesti dia akan jumpa aku personal then mula tarbiah aku.


"Irene diam tau jangan bagi tahu medic or sesiapa tentang ni. And," lama ayat dia tergantung. Mata dia memandang aku setelah lama dia di khemah ini.
"-and you, get well soon" dia keluar dari khemah. Semasa dia cakap get well soon ke aku, dia menundukkan kepala dia dan nada dia sedikit dingin berbanding dia bercakap dengan Irene



Ireen memandang aku. "Kenapa pandang macam tu?" soal aku
"Kau tak rasa pelik ke? Luthfi dah tak layan kau sangat? Ke aku je yang rasa macam ni?" Bertubi tubi soalan yang Ireen lontarkan



"Tak" aku gelengkan kepala aku sedang kan aku juga turut merasakan perkara yang sama. Luthfi dah lain.
"Serious lah. Kau tak rasa yang dia dengar perbualan kau dengan Nazim?" Belum sempat aku menjawab soalan itu, Luthfi masuk kembali kedalam khemah



Dia memandang kami, kami turut memandang ke arah nya.
"Sorry kacau lagi, aku tersalah ambil ubat" Ireen mengangguk dan aku hanya memandang dia tanpa berkelip. Malangnya dia tak pandang ke arah aku langsung



"Luthfi baik kau jumpa je medic. At least kau tahu ubat apa yang perlu kau ambil" cadangan yang diutarakan Ireen hanya dibalas dengan jelingan
"Kan aku kata, tak payah bagitahu sesiapa. Aku boleh buat sendiri" bentak dia



Aku sudah tidak mampu menahan. Melihat Luthfi yang seperti kehilangan anak itu membuat aku ingin menolongnya. Aku bangun dari katil aku dan menghampiri dia. Aku mencapai iodine dan pembalut luka. Aku hulurkan ke arah nya.
Dia nampak teragak agak untuk menyambut huluran aku



"Ambil lah, orang dah bagi. Aku tak boleh berdiri lama ni. Cepat ambil" aku capai tangan dia dan memberikan nya ubat itu
"Dah tahu cacat, nak berdiri juga kenapa? Aku tak perlukan bantuan daripada orang cacat macam kau lah" seraya itu dia keluar dari khemah



Ireen menghampiri aku dan memapah aku hingga ke katil semula. "Ireen, betul cakap kau. Dia dah lain" aku menangis. Walaupun Luthfi selalu marah pada aku, tapi kali ni hati aku terasa sangat.
Ireen memeluk aku dari belakang, "tak lah. Dia tengah sakit tu biasa lah"



TBC
yeah, finally dapat update
#SHRMZDB🍴

Antara DuaWhere stories live. Discover now