0.7

25 6 5
                                    

"Apa nak jadi lah korang ni. Dah Nisah, sini aku tolong"
Aku masih tidak percaya dengan orang yang disebelah aku. Tangan dia sudah merampas tiang khemah daripada aku.

"Kau tenung apa lagi? Aku tahu aku hensem. Dah cepat" aku tersentak. Ya Allah Nazim, tolonglah jangan cakap macam tu. Malu lah gila!

"Tak payah nak perasan sangat lah. Ha Ha Ha" aku menghemburkan ketawa walaupun kedengaran awkward. Tapi Nazim boleh join gelak dengan aku. Ahh dah dia layan makin menjadi jadi lah ketawa aku. Even aku tak tahu mana part yang kelakar tu

"Korang nak pasang khemah ke nak ketawa? Cepat lah sikit. Aku dah kepanasan ni. Nak masuk khemah cepat" ngomel Sarah. Aina dan Ad pula menjeling kami. Dah jealous cakap jelah, ingat aku tak tahu, Aina tu suka dekat Nazim. Tapi sorry lah, aku cakap awal awal, Nazim was mine.

"Kalau nak cepat, tolong lah" -Nazim
Yes, I love that. Sarah dah berang, muka dia kelihatan kemerahan. "Kau suruh aku buat benda alah ni? Kalau luka tangan aku macam mana?" marah dia

"Habis apa motif kau join camp ni kalau tak nak buat aktiviti yang ditetapkan" perli Nazim. Aku cuba memberhentikan dia. Kalau diteruskan pergaduhan ni, mungkin sampai tahun depan tak habis
"Dah lah, cepat tolong aku. Cepat buat cepat habis cepat dia berhenti cakap" ujar aku. Nazim menganggukkan kepala nya

Selesai mendirikan khemah. Aku mengangkat barang barang aku masuk kedalam khemah tersebut. Diva tiga orang tu dah selamat beradu dalam khemah tu. Memang sekarang masa untuk berehat sampai waktu asar. Lepas Asar kitorang ada game then dinner

Disebabkan hampir semua berehat di khemah masing masing, aku pun bercadang untuk ke tasik sebentar seorang diri. Nazim pun dah pergi cari hotel dengan senior Luqman.
Di tasik, aku keluarkan telefon pintar aku dan layan apa yang patut. Hampir sejam juga lah aku mentelaah telefon aku tu, sampai nak masuk Asar pun aku tak perasan.

Aku bergerak ke khemah aku dan mengambil barang mandian aku. Semasa perjalanan ke bilik air, aku perlu melalui bilik air lelaki dahulu. I though tak ada sesiapa kat situ, sebab memang belum masa mandi. Aku mandi awal pun, sebab takut berebut.
Disebabkan aku tak expect yang ada orang kat situ, hati aku tergerak untuk aku pandang bilik air lelaki. Serious menyesal gila, cepat cepat aku istighfar. Kaki aku pula laju melangkah ke bilik air wanita.

Semasa mandi, aku tak dapat khusyuk. Fikiran dan bayangan aku semua terbang. Teringat peristiwa di depan bilik air lelaki tadi. Luthfi yang tengah buka baju sebab nak mandi memang menguji hati aku
Badan dia yang kurus tetapi dilengkapi dengan muscle dan six pack, amat menarik fikiran aku. Aku harap dia tak perasan je yang aku ada di depan bilik itu sebentar tadi

Aku gelengkan kepala aku, "erghh Nisah wake up wake up" aku ketuk ketuk pula kepala aku. Naik pusing dah kepala aku ni. Tak tahan punya pasal, cepat cepat aku mandi. Selesai mandi aku kembali ke khemah dan mengambil telekung. Aku tunggu orang lain di kabin yang disediakan untuk solat.
Walaupun aku bukan hijabista, tetapi aku tak pernah tinggal kan tanggungjawab aku yang satu ini. Bukan nak belagak, tapi nak share kat korang yang tanpa solat, hidup korang akan terasa kosong.

Macam yang aku cakap tadi, Selepas Asar kitorang akan bermain game. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan, satu kumpulan terdiri daripada 9 ahli. Aku disatukan dengan Fad, Amra, Amir, Zaki, Syed, Nor, Ad dan Nina. Permainan ini dinamakan hide and seek.
Disebabkan aku ni pemalas nak mati, aku cuma menyorok dan tunggu sampai permainan habis. Yang penting tak ada orang tangkap aku.

Aku mencari port yang memang orang susah nak cari. Setiba nya di sana, aku duduk menyandar di bawah pokok dan mematahkan ranting ranting gugur akibat bosan. Dalam keasyikan mematahkan ranting ranting tersebut, aku mendengar derapan kaki seseorang.
Aku pun mengerekotkan badan aku sekecil yang boleh. Harap harap orang tu tak perasan aku

"Tak payah lah nak kecil kan badan kau tu. Dah sah sah gemuk, buat cara gemuk" damn, I know this voice. Aku rasa nak carut je, dalam banyak banyak orang dlm camp ni why must Luthfi juga yang jumpa aku!!!

"Kau ni kalau tak nak main tak payah join kem ni. Membazir duit ayah kau je" perli Luthfi

"Kau diam boleh tak? Kalau tak nak serang aku, blah cari mangsa lain" marah aku

"Huh, dah lah perasan kecil. Mulut main gasak je nak cakap apa. Dah gemuk tu gemuk jelah"

Gemuk?! What? Kau buta ke? Aku kurus okay. Bukan nak cakap apa lah, tapi reality berat aku baru 46. Kira okay lah kan

"Aku malas lah nak cakap ngan kau, buat jadi gaduh je nanti. Lebih baik kau serang je aku kalau kau nak menang sangat" aku bercakap tanpa memandang ke arah wajah Luthfi.

"Tak ada adab. Mak ayah ajar penat penat pun tak faham juga" sindir dia
"Kau kalau tak kaitan kan ibu dengan ayah aku tak boleh ke?!" Bentak aku. Memang aku hidup macam ni, nak cari pasal dengan aku, aku okay aku tak kesah. Tapi sekali kau kait kan dengan my mom and dad. Memang kau tempah tanah kubur digali.

"Masalah nya sekarang ni kau tu. Tak pandai pandai nak hormat orang ke bila bercakap. Setahu aku lah, pak cik Mus pernah ajar aku, kalau cakap dengan orang pandang muka dia. Tak kan dia tak ajar kau kot, kau anak sulung dia" aku menjeling dia

"Dia banyak kali ajar aku. Tapi kalau setakat orang yang tahu nak cari pasal macam kau ni, lebih baik tak payah hormat. Sama je dengan orang tak ada akal. Kita hormat pun bukan dia faham" aku melangkah meninggalkan dia. Tapi badan aku yang dilengkapi dengan baju keselamatan terasa hentakan. Bila aku pusing, ye Luthfi telah melepaskan tembakan ke arah aku.

"One of red team out" teriak penjaga kami. Dia tersenyum sinis, "and you're out"


"So? Did I looked care" aku terus meninggalkan dia

Dan lagi sekali aku dengan bunyi tembakan. Aku pusing lagi sekali, "I'm too" ujar Luthfi. Dia menembak diri dia sendiri, aku dah kata dia ni tak ada akal. Dah lah cemerkap, tak ada akal. Macam mana lah ada orang suka dia. Tak faham aku

"Gila" aku bergerak meninggalkan dia, dia mengikut aku dari belakang

"Dont said like that to me" marah dia


"Aku tak tuju dekat sesiapa. Kalau dia yang makan chili, dia yang rasa pedas" balas aku ringkas

"Tak payah nak bagi ayat pandai sangat lah. Kau cakap macam tu lagi nampak kan yang kau tu bodoh, dekat sini ada aku je. Ke kau ada kelebihan boleh cakap dengan hantu" kata Luthfi tak nak kalah. Dia balas dengan kata kata dia yang superb menusuk dan menyakitkan hati

Aku terus kan langkah, makin dilayan makin menjadi. "-btw lupa kan apa yang kau nampak tadi" sambung Luthfi. Tak semena mena nya, langkah aku terhenti.




TBC😊
Luthfi ke Nazim?

Antara DuaWhere stories live. Discover now