"-btw lupa kan apa yang kau nampak tadi" sambung Luthfi. Tak semena mena nya, langkah aku terhenti.
"Apa yang aku nampak?" Aku tidak memandang muka nya
"Sah kau ni memang tak faham bahasa. Berapa kali aku kena cakap, kalau tengah cakap dengan ora.."
Disebabkan bebelan dia, terus aku memalingkan badan aku menghadap dia."Apa yang aku nampak tak ada kaitan dengan kau. Stop masuk campur hal aku" aku memintas kata Luthfi.
"Tapi kali ni ada kaitan dengan aku. Baik kau lupakan, atau aku tuntut tanggungjawab dari kau" balas dia
"Apa benda kau mengarut ni, tanggungjawab jawab bagai. Aku dengan kau tak ada kaitan pun. Kau tak tahu apa aku nampak, dan aku tak faham apa yang kau cuba sampai kan." Bentak aku. Jangan lah cakap yg dia perasan aku time dia buka baju tu. Mahu merah padam muka aku ni dekat sebulan. Hu Hu
"Tanggungjawab lah. Kau dah tengok free free. Pastu tak nak tanggungjawab. So disebabkan aku tahu kau tak nak tanggungjawab, lupa kan apa yg kau nampak" kata kata Luthfi berakhir dan tinggal kan aku
"Masalah nya, aku nampak apa?" suara aku kuat kan sebab katak kami yang semakin menjauh
Luthfi terus melangkah dekat dengan aku. Semakin aku pelik. Kenapa dengan dia ni. Aku mengundur. "Kau apa hal?" Suara aku bergetar takut.
Dia semakin ke hadapan, mata dia merenung aku tajam. Aku mengundur dan pusing badan untuk sedih berlari. Namun, baru sekerat badan aku berpusing aku ditarik ke dalam pelukan hangat. Lama
Aku cuba menolak dada Luthfi sekuat hati. Tapi kudrat wanita tidak setanding lelaki. Aku cuba lagi, dan terlepas, "Kau gila ke! Nak mati awal?" Marah aku. Tapi malang, mulut aku ditekup malah dia menarik aku semula ke pelukan dia.
"Aku nak kau bertanggungjawab" mata dia turun melihat mata aku yang sedia memandang dia tepat. "-dan aku harap kau tak marah aku pasal ni. Sebab 'dia' tengah tengok" sambung Luthfi dekat dengan telinga aku. Jantung aku mengepam laju, kaki aku menjadi lemah
Dalam kekeliruan, siapa 'dia' yang dimaksudkan? Aku ditarik jauh dari pelukan Luthfi. Dan seraya itu, orang yang menarik aku melayangkan penumbuk ke muka Luthfi. Aku tersentak, dan cuba memberhentikan Nazim dan Luthfi dari bergaduh.
"Korang stop it. Weh dah lah, benda tak selesai lah kalau gaduh macam ni" aku menarik Luthfi yang menghempap Nazim, tapi laju Nazim pergi ke Luthfi dan kini dia yang menghempap Luthfi. Luthfi di bawah nya hanya menyerah muka dia ditumbuk. Dia tidak melawan kembali, mungkin kerana kudrat dia yang telah habis.
Air mata aku hampir menitis, melihat Luthfi sedemikian. Aku tahan dan menarik Nazim dari terus menumbuk Luthfi. "Stop it Nazim! Dia dah macam nak pengsan tu" suara aku mula tinggi, tapi Nazim makin agresif, dia menolak aku sehingga belakang aku terlanggar dengan batang pokok. Sakit
"I SAID STOP IT. Nazim please, aku merayu" air mata yang aku tahan akhirnya menitis akibat menahan sakit. Nazim seperti dirasuk, dia tidak mendengar rayuan aku dan terus menumbuk Luthfi.
"Nazim please stop" suara aku mula lemah, dahi aku mula berkerut menahan sakit, kepala aku mula berdenyut"Kurang asam" aku tak tahu siapa yang cakap. Aku tak tahu siapa yang bertindak, pandangan aku gelap dan aku hanya mengharapkan hari baru.
YOU ARE READING
Antara Dua
Teen FictionDi antara Nazim dan Luthfi, Nisah terpaksa membuat pilihan yang rumit. Ia seperti memilih antara 'mencintai untuk kebahagiaan' atau 'dihargai dalam percintaan?' Pemilihan ini mengharuskannya memilih hanya satu dari kedua lelaki itu. Luthfi, seorang...