"Entah, hari tu aku nampak ada pelajar lain duduk dekat sini. Nak halau tapi nanti kantoi lah ni tempat kita ponteng dulu"
Fad menggelengkan kepala dengan senyuman yang tak lekang di bibir nya.
"Tapi aku tengok banyak juga berubah. Afnan asal masih sekolah? Bukan dia dah habis ke tahun lepas?" Soal dia"Kau macam tak tahu keluarga Afnan tu. Ilmu kan penting"
"Then, awat dia masih sekolah dekat sini. Tahun ni kan kita yang senior"
"Sebab tahun lepas dia gagal dalam peperiksaan besar. So, mak dia suruh ulang balik, cuma dia ambil dua tahun akan datang"
"Kesian dia. Ha, lagi satu, aku tengok budak budak sini, asal macam berkawan dengan kawan yang se label dengan diorang?"
"Sejak kau pindah, sekolah ni ada perbezaan golongan. Golongan pertama, golongan bawah emas. Terdiri daripada anak anak yang mempunyai syarikat syarikat besar. Diorang ni yang memang akan warisi harta harta keluarga diorang."
"-golongan dua. Golongan ni digelar anak kamus. Tergolong dari anak anak peguam, hakim dan pegawai pegawai besar, menteri. Diorang ni yang akan menaikkan negara kita."
"-golongan tiga. Diorang dipanggil as ketua drama. Terdiri daripada anak producer producer TV terkenal, pelakon, penyanyi dan penyampai radio. Diorang ni ada bakat untuk menjadi seperti mak ayah diorang and also a talented."
"-golongan empat. Golongan yang paling ramai pelajar tolak untuk berada dalam golongan ni. Golongan yang digelar pembantu terhormat. Anak anak PA, driver, maid dan ke bawah. Tak ada keistimewaan kecuali mendapat bantuan biasiswa"
"So, kau dekat golongan mana?"
"Empat"
"Serious lah, bukan ke ayah kau ada syarikat sendiri?" Fad terkejut dengan fakta yang aku berikan
"Muflis"
"Then?"
"Dia driver dan orang suruhan sekarang. Mak aku pula orang gaji" balas aku
"Ayah dengan mak kau kerja bawah siapa?"
"Keluarga Luthfi"
"Mahadi Luthfi?" Aku angguk lemah.
Dulu ayah dengan Pak cik Mus, pesaing kuat dalam business, tapi sekarang cuma sebagai orang atasan dan suruhan.Fad usap belakang badan aku. "Sabar wei, orang tahu ke kau dalam golongan tu?"
"Tak, kecuali kau dengan Luthfi"
"Ireen pun?" aku angguk lagi.
"Asal tak bagi tahu dia? Macam mana kalau dia tahu nanti?" Soal Fad bertubi tubi
Aku takut nak bagitahu Ireen, salah satu sebab dia. Dia seorang je yang nak kawan dengan aku. Lagi pun, aku tahu dia kawan dengan aku sebab dia ingat aku anak bawah emas . Ini lah rahsia yang aku simpan selama aku berkawan dengan dia. Banyak yang dia tak tahu tentang aku.
"Aku takut dia tak nak kawan dengan aku nanti"
Aku tundukan wajah"Habis kau fikir kalau dia tahu dari orang lain? Dia nak kawan dengan kau?"
Aku geleng. Sekiranya, Ireen tahu tentang ni. Aku bersedia untuk terima kepergian dia"Ish, kau ni pelik betul. Ni, asal kau tak masuk kelas? Problem apa lagi ni?"
"Luthfi"
Fad pandang aku atas bawah."Kenapa dengan dia?"
"Dia dah berubah"
"Apa maksud kau tentang berubah?"
YOU ARE READING
Antara Dua
Teen FictionDi antara Nazim dan Luthfi, Nisah terpaksa membuat pilihan yang rumit. Ia seperti memilih antara 'mencintai untuk kebahagiaan' atau 'dihargai dalam percintaan?' Pemilihan ini mengharuskannya memilih hanya satu dari kedua lelaki itu. Luthfi, seorang...