0.1

32 7 1
                                    

Dalam keasyikan aku melayan perasaan, sebuah kereta Toyota baru melepasi pagar sekolah ku. Seorang pelajar lelaki yang kemas beruniform keluar dari perut kereta. Affaf Nazim, lelaki yang bukan sahaja kacak tetapi juga seorang pelajar cemerlang.

Senang cerita, dia lah aku punya crush di sekolah ini. Anak kepada Dato Sri Khalid Nizam merangkap ketua PIBG Sekolah Mutiara. Dan juga musuh ketat kepada Luthfi kerana sering merebut tempat pertama di dalam kelas.

Kalau dibandingkan Nazim dan Luthfi, orang lain akan pandang Luthfi dahulu, kerana rupa nya. Tapi tidak aku, bagi aku Nazim lebih perfect dari Luthfi. Mungkin sebab aku dah tahu perangai cemerkap si Luthfi itu.

Mungkin dia perasan mata aku terarah kepada nya, dia melambaikan tangan nya ke arah aku. Aku balas dengan senyuman. Sombong? Tak dia tak sombong, sebab tu aku suka dia.

"Nisah, kau buat apa kat sini? Tak masuk kelas?" soal Nazim. Walaupun, ni bukan kali pertama dia tegur aku dulu tapi hati aku tetap berdegup kencang.

"Tunggu Ireen dulu" ringkas tapi padat. Awkward situation

"Ohh, kalau macam tu aku masuk kelas dulu lah. Jumpa dalam kelas. Bye" dia melambaikan tangan nya sekali lagi.
Seperti biasa aku hanya membalasnya dengan senyuman dan anggukan.

Dalam masa dia pergi ke kelas, setiap langkah dia dilengkapi dengan renungan aku dari belakang nya. Beg berwarna hitam dan buku teks dipegang di tangan kanan nya, membuatkan hati aku asyik untuk memujinya.

"Hoi, tak baik tenung anak teruna orang lama lama tau" sergahan daripada Ireen membuat bahu aku terhinjut sedikit. Nasib baik tak melatah.
Aku jeling dia, "macam tak tahu pula aku suka orang macam mana"

"Ye tahu sangat. Kalau boleh, mata kau tu nak tembus dinding dinding yang menghalang pandangan kau tu. Tapi kan, asal kau minat sangat dia tu? Tak lah hensem sangat!" Aku jeling lagi, kali ni kerana statement dia yang tak berapa nak tepat tu.

"Hensem lah tu nak hensem mana lagi?" Soal ku

"Tak lah, si Luthfi tu lagi hensem. Selalu caring pasal kau, tapi kau tak noticed dia pun. Kesian doh aku tengok dia"

"Itu bukan caring tapi busy body. Suka masuk campur hal aku. Aku tak suka"
Balas aku perlahan, takut ada yang dengar perbualan kami.

"Ish kau ni. Kalau aku jadi kau, aku yang propose dia dulu tau"
Aku pandang dia tidak percaya.

"Tak kenal dengan Luthfi tu lagi boleh lah cakap macam tu. Kalau dah kenal dia tu macam mana, segala kekacakan dia lenyap dek perangai busy body dia tu tau tak. Lenyap"

"Busy body? Erm aku rasa dia suka kau lah. Mana ada lelaki busy body pasal perempuan yang tak ada kaitan dengan dia. At least mesti dia fikir perempuan tu special, sebab tu dia busy body" Ireen mengangkat sebelah kening nya. Aku mengerutkan kening aku.

"Tak mungkin. Dia tak akan pernah suka aku. The end, dah jom masuk kelas" dalam kitorang bangun dari tempat kitorang berbual tadi, ada suara menyapa

"Siapa suka kau? Ada juga eh, lelaki suka kan kau. Mesti dia buta" tanpa menoleh aku boleh tahu, dia siapa. Ye, Mahadi Luthfi Bin Mustafa Kamal. Anak pengetua sekolah ini.

"Ireen, kau masuk dulu boleh? Aku ada benda nak settle" aku bisik perlahan di telinga Ireen. Ireen mengangguk dengan senyuman yang sukar ditafsir, lalu meninggalkan aku dengan Luthfi di sini.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau" kata aku, "hah, apa dia? Penting ke?"

"Penting sebab dia melibatkan keluarga kita"

Luthfi berkerut, "okay teruskan"

"Kenapa kau suruh Pak cik Mus bagi duit dekat ayah untuk bayar tambang pergi kem aku?" Nada masih aku kawal

Antara DuaWhere stories live. Discover now