"Along! Dah siap ke belum?" Jerit ayah dari luar rumah
"Kejap, nak minum sikit" balas aku yang sedang menghampiri air yang dituang oleh ibu
Selesai menghirup sedikit kopi ibu dan memakai kasut. Aku terus meluru ke kereta ayah.
"Sorry lambat" ujar aku kepada ayah yang siap sedia untuk memandu. Hari ini aku naik dengan ayah aku disebabkan aku bangun lambat. Kalau nak jalan kaki mahu pukul 9.30 pagi baru sampai sekolah.
Ini pun aku suruh ayah berhenti depan tempat tunggu bas yang berhampiran dengan sekolah, bukan nya depan pagar.Sampai saja di sekolah. Aku terlihat Luthfi, dan mata kami bertemu. Tapi pelik, kali ni dia seperti tidak mengenali diri aku. Aku terasa seperti orang asing di sekolah ini.
Walaupun ada sedikit perasaan gembira sebab dia tidak mengganggu aku, tapi aku rasa seperti di pinggirkan.Aku buat tidak tahu dan terus ke kelas. Disebabkan hari ini aku sedikit lewat, jadi aku tidak menunggu Ireen. Entah entah dia sudah masuk ke kelas meninggalkan aku terkontang kanting di sini. Huh
"Nisah. Kenapa lambat? Aku ingat kau tinggal kan aku tadi. Nasib baik aku tak nangis tau" aju dia, manja
"Sorry, aku bangun lambat tadi" aku sedekahkan senyuman pagi kepada nya.
Tiba tiba mulut dia mendekati telinga aku yang tidak berlapik"Kau wut wut eh?" Bisik dia, aku senyum dan angguk tanda mengiyakan. Kami ketawa perlahan. Faham sangat dengan 'wut wut' dia tu. Sah sah, dia cakap pasal bendera jepun perempuan. Ha Ha Ha Ha Ha
Dalam kami sedang bergelak tawa, mata aku sekali lagi tertangkap dengan mata Luthfi. Tapi secepat mungkin dia palingkan wajah dia dan kembali kepada buku di atas meja nya.
"Erm, Nisah kalau aku tanya jangan marah tau" Ireen menanya aku takut takut
"Tanya lah, apa dia?"
"Kau dengan Luthfi ada problem ke? Semalam masa dia gaduh dengan Nazim pun ada dengar pasal kau"
Flashback,
"Tapi kenapa? Bagitahu aku dulu kenapa kena ikut cakap kau"
"Sebab dua dua tu bodoh suka kan orang yang tak pandang diorang" senior Luqman
"Hah? Apa kaitan dengan aku?" Soal aku
"Tak sangka kau ni lembap juga eh, kalau nak tahu kau pergi lah jumpa diorang sendiri." habis sahaja dia berkata begitu, dia terus meninggalkan aku seorang diri
End flashback.
"Aku pun tak tahu kenapa. Pagi tadi je dia buat macam tak kenal aku, so aku pun buat benda sama lah. Tapi bagus juga, at least aman sikit hari aku" balas aku panjang lebar
"Aku rasa kan, diorang berdua syok dekat kau lah" Ireen membuat andaian yang mungkin betul dan mungkin salah
Aku kerut kan kening aku"Ish kau ni, mengarut je. Dah lah aku nak study" aku halau dia dari tempat aku.
"Kau ni asyik study je. Aku bosan lah, teman lah aku borak" sambil itu kepala dia sandarkan di bahu aku
"Dah sana" aku tolak kepala dia perlahan. Tak boleh buat kasar kasar dengan dia ni, manja bukan main lagi. Karang kalau merajuk tambah lagi satu hal.
Dia mendengus geram dan berpusing ke belakang berbual bersama pelajar lain.
Tengah khusyuk aku mengulang kaji, cikgu masa pertama pun masuk bersama seorang pelajar lelaki."Assalamualaikum kelas. Hari ni ada pelajar baru masuk ke sekolah kita. Jadi tolong beria kerja sama ye?!" Masuk masuk saja gegendang telinga kami terhidang dengan bebelan cikgu tersebut.
YOU ARE READING
Antara Dua
Teen FictionDi antara Nazim dan Luthfi, Nisah terpaksa membuat pilihan yang rumit. Ia seperti memilih antara 'mencintai untuk kebahagiaan' atau 'dihargai dalam percintaan?' Pemilihan ini mengharuskannya memilih hanya satu dari kedua lelaki itu. Luthfi, seorang...