"Irene. Bangun!! Harini sekolah baru."
Irene bangun dari tidurnya dengan malas. Dia mengeluarkan rambut yang termasuk ke dalam mulutnya.
"Nae eomma." Dia bangun dengan malas dan menuju ke bilik air.
Setelah itu, dia menyikat rambutnya dan memakai solekan yang tipis sahaja. Dia segera keluar dari biliknya.
"Irene bas dah pergi. Kamu lambat sangat."
"Bwo?!" Irene terkejut. Dia menepuk dahinya. Dia mengambil keputusan untuk menaiki basikal.
"Nasib baik appa belikan." Dia mengayuh basikal dengan laju. Tapi malangnya, sekolah itu terlalu jauh. Dia sudah penat mengayuh basikal.
"Aisy, kenapa eomma suruh aku sekolah kat tempat jauh."
💐💐💐
Selepas merungut selama 30 minit akhirnya dia sampai ke sekolahnya. Irene berlari dengan sekuat hatinya dan meluru ke arah pejabat.
Tiba tiba dia terlanggar seseorang yang tinggi. Lelaki tu memakai jaket dan topi yang menutup separuh mukanya. Irene terkejut.
"Jeongmal mianhae, saya lewat sekarang ni. Saya pelajar baru di sini. Irene imnida." Irene memberi tunduk hormat dengan lama. Ketika dia ingin bangun semula, lelaki tu sudah tiada. Irene marah dan meniup rambutnya di depan.
"Aku nak berkawan dengan dia, boleh dia biarkan aku bercakap sorang diri. Tak gentleman langsung. Hmmph."
Irene segera lari dan memasuki pejabat. Dia membuka pintu pejabat dengan kuat sehingga pengetua terkejut melihatnya.
Dia membetulkan bajunya yang sedikit senget dan memberi tunduk hormat.
"Annyeonghaseyo, Irene imnida. Saya pelajar baru."
"Kamu lewat 45 minit. Boleh bagitahu saya kenapa?" Irene hanya tersengih.
"Mianhae, sebenarnya saya terlepas bas. Jadi saya naik basikal tapi terlalu jauh dengan rumah saya jadi..."
"Ikut saya ke kelas kamu."
"N...nae" Irene mengikut dari belakang. Dia sudah diamarahi oleh pengetua. Alah, setakat masuk lewat takkan salah. Lagipun aku budak baru kat sekolah ni.
💐💐💐
"Baiklah kelas, harini kamu ada pelajar baru yang akan masuk ke dalam kelas kamu." Lelaki semuanya bersorak kerana mereka sudah tahu yang pelajar baru adalah yeoja.
"Irene kamu boleh masuk." Irene masuk ke dalam kelas dengan gementar. Dia melihat semua orang di dalam kelasnya. Mulut pelajar namja semuanya terlopong lebih lebih lagi si Suho.
Irene hanya senyum sudah membuatkan semua pelajar namja cair.
"Annyeonghaseyo, Irene imnida. Harap korang dapat memberikan tunjuk ajar yang baik." Pelajar namja semuanya bersorak. Irene terkejut.
"Baiklah, kamu boleh duduk di tepi Yeri."
"Nae."
Irene cuba mencari Yeri dan ternampak seorang pelajar yeoja di belakang sedang melambai ke arahnya.
Irene terus duduk di tepi Yeri. Mereka berdua berbual sehinggalah seorang namja masuk.
"Aik bukan ke mamat tu yang aku langgar tadi?"
"Oh Sehun sekali lagi kamu lambat."
"Mianhae."
"Boleh tak kamu tolong jangan pakai jaket dengan topi tu. Ini waktu belajar bukannya waktu kamu photoshoot."
"Mianhae."
Namja bernama Sehun terus membuka jaketnya. Di sebalik topi tu, terserlah wajah Sehun. Kali ini, Irene pula yang terkedu.
"Irene, Irene?" Yeri melambaikan tangannya dj hadapan Irene.
Sehun menjeling tajam ke arah Irene. Irene segera melemparkan pandangannya ke arah Yeri.
"Nae?"
"Kenapa ni?"
"Takde pape." Irene hanya senyum sehinnga ke telinga.
Irene memandang semula ke arah Sehun yang duduk di sebelah Suho. Daebak, kenapa wujudnya lelaki sekacak dia.
💐💐💐
Waktu rehat sudah bermula. Irene berjalan dengan geng barunya iaitu Red Velvet.
"Wah, cantiknya sekolah ni!" Irene kagum melihat sekolah tingginya begitu cantik.
"Hmm memanglah. Kitorang ditugaskan untuk cantikkan sekolah ni dan kami bertanding siapa yang lagi cantik."
"Kami menang minggu lepas." Wendy menari dengan gembira sehingga mereka ketawa. Tapi Seulgi memberhentikan mereka.
"Oh wae wae?" Irene terkejut. Seulgi menunjukkan jarinya ke arah seseorang.
"Sehun?" Teka Irene. Mereka semua melihat Irene dengan pelik.
"Apsal nama dia asyik lekat kat kepala otak kau? Itu Suholah. Dia kawan baik Sehun lah jugak. Tapi Sehun bukan layan orang sangat pun. Aku minat dia sangat." Wendy tersengih seorang diri. Mereka semua menggeleng. Tapi Irene mencari di mana Sehun?
Ketika mereka sedang berbual, Irene mengambil kesempatan untuk pergi dari situ.
Dia mencari Sehun. Mana mamat tuh?
Di sebalik 8 orang namja itu, Sehun sedang mengambil foto gambar pemandangan. Irene menarik nafas dan cuba untuk menegur Sehun.
"Annyeonghaseyo."
Sehun tidak mengendahkan Irene.
"Boleh tak saya kawan dengan awak?" Sehun berhenti daripada mengambil foto dan memandang tajam ke arah mata Irene. Waktu tu, Irene hampir mati melihat mata Sehun.
"Kenapa dengan kau ni? Kau dah ada kawan kan? Apsal kau nak kawan dengan aku. Dahlah, aku sibuk ni."
Sehun pergi dari situ. Irene mencebik.
"Nak kawan pon tak boleh. Hmmph!".
Irene hanya memandang Sehun pergi dari situ. Dia menjuihkan bibirnya. Kenapa aku rasa aku sukakan dia. Walaupun dia tak layan aku tapi dia tetap menarik perhatian aku.
💐💐TBC💐💐
macamana guys? Best tak? Hope korang suka ff ni...jangan lupa untuk vote dan komen eh? Saranghaeyo💓💓
YOU ARE READING
PHOTO OF YOU | BI +OSH | MALAY FANFIC
FanficCast: Irene Red Velvet Sehun Exo Irene melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dan perbualan hangat oleh kerana kecantikannya yang mengalahkan semua orang. Bukan begitu sahaja , dia diminati oleh semua lelaki. Tapi dia menola...