Irene masih terkaku. Semua orang di konsert melihat ke arahnya. Skrin konsert juga tertumpu ke arahnya.
"Err....err...eh" Irene hanya ketawa kecil dan menepuk lengan Sehun.
"Eh mana ada. Saya dah lama maafkan awak. Sekarang ni saya cuma nak balik je."
Muka Irene menjadi merah seperti udang bakar. Sehun sengih dan melihat langit yang dipenuhi bintang. Matanya melihat semula ke arah Irene.
"Aku tahu kau tipu aku sebab aku mintak maaf kat tempat orang ramai macam ni dan kau takut nak biat masalah. Jadi ikut aku kat belakang pentas . Aku nak kau berterus terang."
Sehun memegang tangan Irene. Irene terkejut. Tangannya dipegang kemas. Semua orang dengki melihat mereka berpegangan tangan bersama.
Irene juga terasa selesa bila tangannya di dalam genggaman Sehun. Dia tak tahu untuk bezakan benci dan suka terhadap Sehun.
💐💐💐
Tangan Irene dilepas perlahan. Mata Irene direnung. Irene terus tunduk. Jangan goda aku, jangan goda aku. Sehun memegang dagu Irene dan memaksa Irene untuk memandangnya. Muka Irene makin membahang. Dia menepis tangan Sehun.
"Kenapa dengan awak ni?"
"Kita kena tengok muka orang kalau nak cakap dengan dia."
"Ok fine." Irene memaksa dirinya untuk melihat Sehun. Jangan goda aku, jangan goda aku.
"Baiklah, sekarang aku nak kau jujur dengan aku. Kau maafkan aku atau tak? Ataupun kau berpura pura mintak maaf sebab ramai orang kat luar sana?"
"Anniya. Saya dah jujur dengan awak. Saya dah lama maafkan awak. Lepas awak buat macam tu, saya terus maafkan awak."
Irene mula tunduk dan dia terlihat jaket baju Sehun yang masih menunjuk badan Sehun. Dia segera menutup mata.
Sehun melihat di mana Irene melihat dan dia ketawa. Sehun ingin mengenakan dia. Dia cuba untuk mendekati Irene dengan dekat.
Irene terasa pelik kerana tiba tiba hangat di hadapannya. Pabila dia membuka matanya, dia terkejut melihat badan Sehun yang terdedah mendekatinya.
Irene memecut keluar dari tempat itu. Sehun hanya ketawa sekuat hati dan melihat Irene berlari. Ish, kenapa aku ketawa pulak kat dia. Tak lucu , Sehun. Tak lucu.
💐💐💐Irene berlari masuk ke dalam rumah sehingga eommanya terkejut.
"Anak aku ke tadi? Ke langsuir?"
Eommanya menggeleng dan terus masuk ke dalam bilik.
Irene menutup pintu dengan kuat dan laju. Dia berdiri di belakang pintu. Dia masih merasa pipinya terasa bahang.
"Sehun sshi, why are doing this to me!!!"
Disebabkan itu, Irene tidak boleh tidur semalaman.
💐💐💐
"Woi Irene, apsal mata kau merah ni?"
"Aku tak boleh tidur." Irene berkata seperti robot.
YOU ARE READING
PHOTO OF YOU | BI +OSH | MALAY FANFIC
FanficCast: Irene Red Velvet Sehun Exo Irene melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dan perbualan hangat oleh kerana kecantikannya yang mengalahkan semua orang. Bukan begitu sahaja , dia diminati oleh semua lelaki. Tapi dia menola...