Dua minggu sudah berlalu tapi Sehun sudah lama tidak menegur Irene. Irene pula asyik dipanggil oleh Lee susangnim kerana Irene telah dipilih sebagai mentor.
Irene cuba untuk berjumpa dengan Sehun tapi dia dihalang dengan kerja rumah dan tugas mentornya.
Sehun pura pura tak nampak Irene dan berlatih tinju seperti biasa. Tiap kali habis sekolah, Irene melihatnya dari jauh.
Kenapa? Hari pertama sudah buatkan dia jauhkan diri dia daripada aku? Irene ingin menangis tapi air mata sudah kering. Akhirnya, dia pergi dari situ.
💐💐💐
Sehun menumbuk punch bag sekuat hati. Dia terasa sakit. Dia menumbuk dan tumbuk lagi sehingga tangannya menjadi lebam walaupun memakai sarung tangan.
"Aghhhh!!" Sehun memberi tumbukan yang terkuat baginya dan memeluk punch bag.
Peluhnya menitis dengan laju bersama nafas yang kuat. Sehun menutup matanya. Aku tak tahu. Aku tak pernah rasa yang aku terlalu sayangkan orang lain seperti minah tu. Kali pertama, aku rasa aku...
Rindu dia.
Aghh, otak aku dah serabut. Patut ke aku minta maaf kat dia atau aku perlu diamkan diri je?
💐💐💐
Irene duduk di atas kerusi dan membaca buku kegemarannya. Angin di balkoni masuk meniup rambutnya. Ketika itu, dia terasa bau yang dia kenal.
Irene segera keluar dan melihat Sehun yang berjalan melalui rumahnya. Dia terasa hatinya semakin remuk bila melihat Sehun langsung tidak melihat ke arah rumahnya.
Apa salah yang aku buat kat dia sampai dia buat aku macam ni? Patut ke aku..
Lupakan dia?
Ahh, mengarutlah. Mungkin dia sibuk. Tapi takkan sibuk sampai aku pun dia tak nak tengok?
Akhirnya, Irene berpaling untuk masuk ke dalam biliknya semula. Pada ketika itu, Sehun melihat Irene yang sudah masuk ke dalam rumahnya.
Sehun mengeluh. Aku dah buat salah yang besar. Aku tak patut buat dia macam ni. Aku dah letih dengan semua ni.
Sehun masuk ke dalam rumah dengan rasa putus asa.
💐💐💐
"Yah,wae geurae??" Tanya Chen kepada Sehun. Dia terasa pelik melihat Sehun yang masam dari tadi.
"Aku tak tahu nak pujuk perempuan macam mana."
"Kau gaduh dengan Irene ke? Apsal pulak?" Tanya Xiumin.
"Boleh kata macam tulah sebab aku marah tengok dia dengan Lee susangnim." Semua orang memandang pelik ke arah Sehun.
"Dia cikgu kita lah. Takkan dia nak kat budak hingusan."
"Tapi budak hingusan tu jugak yeojachingu aku." Sehun memberi jelingan maut kepada Chanyeol.
"Hehe mian mian."
"Kenapa pulak kau boleh cakap macam tu pulak."
"Sebab aku nampak dia asyik tengok Irene. Aku marah kat Irene lepas tu aku tinggalkan dia sorang sorang kat bilik rawatan."

YOU ARE READING
PHOTO OF YOU | BI +OSH | MALAY FANFIC
FanficCast: Irene Red Velvet Sehun Exo Irene melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dan perbualan hangat oleh kerana kecantikannya yang mengalahkan semua orang. Bukan begitu sahaja , dia diminati oleh semua lelaki. Tapi dia menola...