Irene menunggu lama di luar rumahnya. Haih, mana mamat ni. Dia yang lambat daripada aku.
Setelah lama menunggu, Sehun keluar dari rumahnya dengan kelam kabut.
"Kenapalah diorang tak kejutkan aku dari tidur. Tak pasal pasal aku lewat pergi tournament."
Sehun melihat Irene yang sudah menunggunya. Hmm, dari jauh nampak dia tengah membebel. Sehun memakai kasut dan segera berlari ke arah Irene.
"Tolong kejap. Kau sumbat barang barang ni dalam bagasi. Aku nak panggil driver aku."
Sehun mencampak semua barangnya bersama bagasi di tepi Irene. Irene memandangnya dengan muka terkejut.
Sampai hati dia macam ni kat aku. Irene pun dengan rela hati mengambil bagasi mamat kamera tu dan melipat semua barangnya dan masukkan ke dalam bagasi. Dia menyiapkan semuanya sehingga satu barang membuatkan mukanya terasa membahang.
Perlu ke dia suruh aku lipat benda ni? Irene terus mencampak ke dalam dan menutup dengan laju.
💐💐💐
Akhirnya driver sudah sampai ke di depan rumah milik Irene. Sehun membuka pintu van tu dari dalam. Sehun memberi isyarat untuk masuk.
Irene dengan malas mengheret bagasi yang nak pergi sebulan tuh. Apabila dia masuk ke dalam van, dia terkejut melihat kemewahan van tu. Tapi Sehun masih lagi sibuk menyiapkan barangnya.
Barangnya yang penuh sehingga dia terpaksa berhimpit dan merapati Irene. Irene masih lagi malu tentang benda tadi. Akhirnya, van tu tak muat dan mereka berdua terpaksa berhimpit.
Irene segera ke tempat lain dan dia rela duduk di tempat yang penuh walaupun tak muat. Sehun hanya diam dan sambung kerjanya.
Tiba tiba drivernya membuka tingkap penghadang dengan penumpang.
"Sehun, kau kena pakai baju tinju tu sekarang sebab kemungkinan kita sampai tepat pada waktu kau lawan."
"Eh jap, mana aku letak baju tinju aku?"
Sehun mula terlupa. Sehun melihat ke arah Irene yang masih blur.
"Apa?" Tanya Chorong. Sehun abaikan soalan Irene dan mencari baju yang patut dia pakai.
Dia berjalan dalam van dan cuba mengawal badan daripada terjatuh. Dia mula teringat yang bajunya berada di dalam bagasi yang terletak di belakang Irene.
Sehun menghampirinya. Irene terkejut. Dia cuba bangun tapi tiba tiba van tu terlanggar lubang sehingga mereka berdua terjatuh. Irene berada di atas badan Sehun.
Irene yang terkejut cuba untuk bangun tapi Sehun menyekatnya dengan memegang pinggang kecil milik Irene.
"Shhh.." Sehun meletakkan jari telunjuknya di bibir. Muka berdua begitu dekat. Irene mula berdebar.
Sehun memandangnya dengan tajam.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"
"A..ap..apa maksud awak?" Irene tergagap. Sehun hanya tersenyum. Sehun mula bermain dengannya.
Sehun mula mencantumkan hidungnya dengan hidung Irene. Irene mula sesak nafas. Irene cuba untuk bangun tapi tangan Sehun lagi gagah.
"Aku cakap diam." Sehun berbisik sehingga nafasnya yang hangat singgah di muka Irene.

YOU ARE READING
PHOTO OF YOU | BI +OSH | MALAY FANFIC
FanficCast: Irene Red Velvet Sehun Exo Irene melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dan perbualan hangat oleh kerana kecantikannya yang mengalahkan semua orang. Bukan begitu sahaja , dia diminati oleh semua lelaki. Tapi dia menola...