Hujan membasahi mereka berdua. Irene masih sebak. Sehun hanya melihatnya
"Bila kita jumpa balik?"
Sehun diam.
"Boleh tak awak jawab soalan saya?"
Sehun diam lagi. Mereka sudah basah kuyup.
Flashback...
"Bwo?! Lee susangnim tak bersalah? Bodoh apa sekolah ni?"
"Sehun kena pindah. Jadi, kita pun kena pindah."
Sehun dalam diam mengambil kotak dan meletakkan buku ke dalam kotak kosong. Irene menghampirinya. Tangan Sehun dipegang.
Sehun memegangnya tapi dilepaskan dengan lembut. Irene terasa kecil hati. Matanya berair.
"Ni..ni semua salah saya. Patutnya saya yang pindah bukan awak. Awak tak perlu pergi."
Irene menghalang Sehun daripada menyimpan bukunya. Sehun memandang Irene dengan penuh sayu. Dia cuba untuk senyum. Sehun menggeleng. Dia meninggalkan Irene seorang diri.
Irene mengalirkan air mata. Dia mengikuti Sehun dari belakang walaupun terasa berat.
Nak saja dia memeluk Sehun dari belakang tapi apakan daya, Sehun ingin bersendirian. Peminatnya juga ramai menangis kerana Sehun terpaksa pindah. Apatah lagi, yeojachingunya.
EXO juga menyimpan barang mereka. Bila seorang keluar, semua akan keluar. Itulah sahabat kan? Mereka akan ada untuk kita. Bila sorang buat salah, semua rela menerima kesalahan.Ketika itu juga, hujan lebat mula turun. Exo memasukkan barang mereka ke dalam van dalam keadaan basah.
"Andwae, Baekhyun oppa~"
"Chanyeollie.."
"Andwae!!" Semua peminat mereka menangis teresak esak. Semua ahli Exo masuk ke dalam van. Irene menangis dari jauh. Yeri menggoncang badan Irene.
"Irene, ini kali terakhir kau jumpa dia. Jumpalah dia sekarang sebelum terlambat."
"Irene palli ah.."
Betul kata diorang. Irene berlari dalam hujan yang lebat. Dia berlari dengan laju walaupun van sudah jauh. Irene sudah menangis teresak esak.
"Sehun!!" Dia menjerit walaupun dia sudah tahu yang itu hanyalah sia-sia. Makin lama lariannya makin perlahan. Dia berhenti.
Van sudah jauh. Air mata tak berhenti mengalir bersama hujan. Irene rebah di atas jalan. Dia tunduk.
Dia menutup mukanya dan menangis sekuatnya. Tapi tiba tiba dia merasakan yang seseorang sedang berdiri di hadapannya.
Irene melihat siapa yang berdiri dan melihat Sehun juga sudah basah kuyup. Irene berdiri dan menangis sekuat hati.
Dia melangkah dengan perlahan dan memeluk Sehun.
"Saya tak nak kehilangan awak."
Sehun membalas pelukan Irene dengan erat tapi dia masih lagi senyap. Irene meleraikan pelukannya.
"Bila kita jumpa balik?"
Sehun diam.
"Boleh tak awak jawab soalan saya?"
Sehun diam lagi. Mereka sudah basah kuyup.
YOU ARE READING
PHOTO OF YOU | BI +OSH | MALAY FANFIC
FanfictionCast: Irene Red Velvet Sehun Exo Irene melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dan perbualan hangat oleh kerana kecantikannya yang mengalahkan semua orang. Bukan begitu sahaja , dia diminati oleh semua lelaki. Tapi dia menola...