Bab 1
Budak praktikal. Itulah gelaran aku sekarang. Aku yang bernama Annur Syauqiya. Orang panggil aku Nur je. Aku graduan dari Universiti Sains Malaysia. Jurusan sastera. Hari ini aku bergelar editor di syarikat penerbitan buku, Dubook Press untuk beberapa bulan ni. Aku bersama dua orang rakanku, Farahana dan Qistina. Hidupku dari zaman universiti tak banyak beza. Kalau waktu di universiti dulu aku terpaksa teman Qistina dating hari hari dengan buah hati dia, Arfan. Dua orang tu memang tak boleh berpisah dari dulu lagi. Sekarang ni praktikal pun tempat yang sama. Tak faham aku. Aku jelah yang masih kesepian. Ramai orang cakap, buat apa nak sedih, keluarga kan ada, kawan-kawan kan ada tapi diaorang tak faham. Kawan-kawan pun asik dengan boyfriend je habis aku ni apa? Farahana pula, boyfriend dia orang berada. Selalu dapat hadiah, dapat suprise, dapat macam-macam lah. Tipu lah kalau cakap tak jelaous. Aku ni, kasih sayang ibu dan ayah pun dah tak merasa. Aku cuma mampu tumpang gembira dua orang kawan aku ni jelah. Walaupun masing-masing cinta mati dengan boyfriend masing-masing tapi dua orang ni jugalah yang ada dengan aku susah senang.
Genap hari ketujuh bergelar editor di Dubook Press. Nak kata seronok tak juga, nak seronok adalah penatnya sikit. Tengahari tu aku makan lunch dengan Farahana dan Qistina bersama-sama pakwe tersayang Qistina.
"Tulah Nur, dulu masa kat U taknak cari awal-awal, kan dah sunyi sepi hidup. Sekarang kalau kau nak cari semua dah hak orang tau.. Budak UPSR pun dah ada pasangan tau.."
Tutur Qistina sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. Setiap kali lepak itulah kata-kata yang sering diajukannya. Macam takde soalan lain. Macam berdosa sangat tak jumpa pasangan waktu belajar. Jawapan aku macam biasalah.
"Aku sambung belajar sebab nak cari ilmu bukan nak cari teman hidup.."
Balas aku selamber. Tak sempat Qistina menjawab, kali ini muncul pula buah hati Farahana. Segak bergaya. Berkaca mata. Kalau bukan Farahana yang punya dah lama aku tackle tapi tulah aku sedar diri. Farahana tu cantik, gebu, putih. Aku ni siapa yang nak pandang. Tipulah kalau zaman sekarang tak pandang rupa.
"Sayang.. Sorry i baru habis meeting. Ni baru ada masa untuk lunch.. Sorry tak dapat lunch dengan you.. Nanti hujung minggu kita watch movie okey?"
Ujar Faliq. Faliq Ezani Dato Mukhriz. Anak Dato beb. Farahana tu pun anak orang kaya juga. Tengku Farahana Tengku Farhan. Entahlah aku pun taktau macam mana aku boleh berkawan dengan anak orang kaya. Mujurlah Farahana ni tak sombong macam anak orang kaya yang lain. Aku bersyukur.
"Takpelah bie.. I okey je.. I tau you busy kerja kan, cari duit.. Lepas i konvo kan kita nak kahwin.."
Naik bernanah telinga aku. Benda tulah yang aku hari hari dengar. Dekat rumah sewa, dekat kedai makan dan tak lupa juga waktu satu bilik dengan Farahana dekat USM dulu. Farahana jurusan management, jadi dia bertugas bahagian pengurusan di Dubook Press. Mana ada anak orang kaya nak belajar sastera. Kalau ada pun, mak ayah diaorang takkan setuju.
"Can i join you all?"
Maka krik krik krik lah aku antara pasangan sejoli itu.Bukan setakat jelaous tengok kawan -kawan bahagia. Bila Qistina berbual dengan mak ayah dia di telefon pun buat aku cemburu. Sangat-sangat cemburu. Mak dengan ayah aku dah tak ada. Mereka kemalangan jalan raya waktu mereka pulang dari menghantar aku ke USM. Sebak hati aku. Aku selalu harap mak ayah aku ada waktu aku konvo nanti tapi semuanya dah tertulis. Aku redha. Orang selalu cakap aku kurang kasih sayang dan aku tak kisah pun sebab aku memang kurang kasih sayang.
Lamunan aku terhenti. Bunyi hon kereta kedengaran di luar rumah. Tak lain tak bukan Faliq lah tu. Aku yang sedang termenung menikmati kopi panas bersama biskut kering cuma memerhatikan susuk tubuh Farahana yang berlari anak menuju ke muka pintu. Tak lama pun Farahana di depan rumah. Beberapa saat kemudian dia masuk membawa bungkusan hadiah. Macam tulah selalunya. Faliq tak suka berbual lama-lama. Tak manis dipandang orang katanya. Acah-acah couple islamik lah tu padahal tak wujud pun couple macam tu! Nasib baik Faliq ni jenis setia dan bersungguh-sungguh kalau tak memang aku penumbuk muka dia. Aku pantang lelaki tipu perempuan ni. Aku pula akan menjadi insan penyibuk yang nak tahu apa yang ada dalam bungkusan tu. Selalunya coklat, shawl, jam. Aku bukanlah inginkan percintaan yang aku nampak depan mata ni. Aku tak perlukan hadiah-hadiah mahal pun cuma aku nak juga rasa disayangi. Zaman universiti dulu aku memang tak bersedia. Niat aku memang nak belajar demi mak ayah aku di dunia yang berbeza.
"Dapat hadiah lagi ke?"
Qistina muncul dari dapur membawa nasi goreng yang dimasaknya tadi. Farahana sekadar mengangguk dengan senyuman. Aku yang dari tadi menempel di sebelah Farahana menyengih. Aku pula yang nampak bersungguh sungguh nak tahu apa dalam bungkusan tu. Farahana nampak relax je. Mungkin sebab dah biasa dapat hadiah.
"Syok lah kau kan.. Arfan pun selalu bagi hadiah tapi takdelah mahal mahal macam kau.."
Tutur Qistina.
"Alah.. Mahal ke tak tu tak penting Qis.. Asalkan dia ikhlas.. Ikut kemampuan dia juga.. Kita ni sebagai perempuan bersyukur je.. Dengan bersyukur kita akan rasa cukup.."
Balas Farahana. Pandai anak Tengku ni berfalsafah. Kali ni aku diamlah. Aku sekadar dengar saja. Nak menyampuk apa pun tak tau.
"Haaa kau Nur.. Bila pula nak ada.. Umur macam kita ni dah patut ada.."
Qistina dah mula bertanyakan soalan yang sama.
"Ada jodoh adalah.."
Aku bagi jawapan paling selamat.
"Haa tulah orang sekarang, memanglah jodoh, tapi kalau tak usaha dapat ke? Rezeki pun tak kan datang bergolek kalau kita tak cari.."
Bebel Qistina.
"Nanti ada lah tu.."
Balas aku dah terus bangun menuju ke meja, mencapai cawan dan balang biskut. Aku menuju ke dapur mahu mencuci cawan dan menyimpan balang biskut. Malas nak dengar Qistina bebel lebih lebih. Apa dia ingat dalam hidup ni kalau nak bahagia kena ada cinta je ke? Aku pun okey apa macam ni. Aku menolak daun pintu bilik. Bingkai gambar yang aku semadikan potret ibu dan ayah ku terpapar pada bebola mataku. Aduh. Bertabah sebak hati ni. Kalaulah ayah dengan mak ada lagi taklah hidup aku sunyi macam ni. Aku mula terfikir, kalau Farahana dengan Qistina dah kahwin, siapa lagi yang aku ada. Aku takde siapa siapa.Sebelum aku memejamkan mata, aku mendapat satu idea. Untuk kebahagian aku sendiri dan aku menutup mulut Qistina yang asik perli aku je tapi aku kena fikir masak-masak, kalau kantoi aku kena tanggunglah akibat dia.
Hari Ahad. Offday. Maka aku pun menuju ke bandar untuk merealisasikan idea aku malam tadi. Mujur Qistina dan Farhana masing-masing keluar dengan buah hati. Maka peluang untuk aku merealisasikan idea aku cerah. Aku menuju ke sebuah kedai bunga. Aku menolak pintu yang bertulis tolak. Mula-mula tadi aku tarik. Budak lelaki dalam kedai tu dah gelakkan aku. Lepastu baru aku sedar, tolak bukan tarik. Belajar tinggi-tinggi nak buka pintu pun tak pandai. Ngomel aku sendiri. Aku tak reti sangat nak beli bunga jadi aku pilih jelah yang mana aku berkenan. Aku beli bunga ros putih. Selesai pilih aku menuju ke kaunter. Yang jaga kaunter lelaki. Budak lelaki yang gelakkan aku tadi. Mesti Mat Bunga ni. Bisik hati aku.
"Nak kad?"
Soalnya. Aku angguk.
"Nak tulis apa?"
Soalnya lagi. Aku berfikir seketika.
"Annur, i'll love you always dont leave me.."
Balasku. Wajah lelaki itu hairan. Mungkin dia ingat aku lesbian kot belikan bunga untuk awek.
"Untuk lelaki ke perempuan?"
Soalnya sambil memandang aku dengan wajah yang pelik.
"Perempuan..."
Aku jawab dengan senyuman lebar.
"Alamat?"
Soal lelaki itu lagi dengan wajah hairannya yang tak lekang-lekang.
"Thaqif.. Akak keluar kejap. Kalau Thaqif nak delivery bunga nanti Thaqif close je dulu kedai.."
Suara seorang wanita menyelinap dari belakang kedai. Aku cuba mengintai. Owner kedai kot. Aku membuat andaian. Oh.. Nama mamat bunga ni Thaqif. Selesai membuat pembayaran aku melangkah meninggalkan kawasan kedai.Kejap lagi kalau Farahana dengan Qistina balik mesti diaorang terkejut aku dapat suprise!
YOU ARE READING
KEKASIH YANG TAK WUJUD
RomanceAnnur Shauqiya. Kehilangan ibu dan ayah. Kesepian dan kesunyian. Farahana dan Qistina sahabat karib yang masing-masing sudah mempunyai pasangan. Turut ingin merasakan diri disayangi, Annur menempah bunga dan coklat buat dirinya sendiri. Kononnya su...